S Pink Premium Pointer

Tiqa Berubah Setelah Tiqi Tiada | Tiqa & Tiqi si Bulus


Assalamualaikum..



Dah 2 minggu Tiqi meninggalkan kami sekeluarga..huhuhu. Sebenarnya Tiqa & Tiqi ni adik beradik kembar..Kami ambik diaekor masa umur 3 bulan dan mereka tak pernah berenggang..makan bersama, tidur bersama dan main bersama. Masa hari pertama dan kedua kehilangan Tiqi, Tiqa macam mencari2 kemana adik beradik dia ni. Kadang mengiaoww-ngioww memanggil..Kesian kami tengok..




Tapi alhamdulillah lepas 3 hari Tiqa dah ok tapi masih tak mahu bermain dengan kami. Sebenarnya antara Tiqa & Tiqi, Tiqa paling baik dan tak lasak. Tak macam Tiqi yang sangat aktif lompat sana lompat sini..lari sana lari sini..Tiqi juga tak boleh dipegang kerana dia akan menggelepar nak melepaskan diri..dan banyak kali juga encik suami dan anak2 kena cakar. Tiqa sebaliknya, dia lebih suka menyembunyikan diri di bawah meja, ditepi kerusi dan almari. Dia tak cakar kalau dipegang tapi dia akan menggelupur nak lepaskan diri. Tiqa hanya akan bermain bila Tiqi mengusiknya...bergomol dengannya..hihihihi





Raliknya Tiqa tengok kartun dengan abg Danish..hehehe



Tapi...sejak ketiadaan Tiqi, Tiqa berubah 100%..dia dah tak sembunyikan diri..dia lebih manja. suka datang menyendeng dengan kami.Terutama dengan Danish dan Alysa. Boleh dipegang, boleh diriba dan boleh digomol. Kadang2 Danish ni suka gomol dia, dukong dia, seret dia..tapi dia hanya menyerah...Dah macam bestfriend dah mereka ni..hehehe






Alhamdulillah..barulah kami rasa ada haiwan peliharaan kat rumah ni sebab boleh dipegang, boleh diriba dan boleh digomol hehehe..Lagi satu Tiqa ni dia tak pernah melawan kalau Danish buli dia..Dia pon jenis mulut tak bising..kalau dia mengiaoww pon ala2 meoww manjer2 gitu..







Kami semua sangat2 sayangkan Tiqa...InshaAllah kalau Tiqa dah matang nanti kami nak carikan boypren yang hemsem2 untuk Tiqa ya..Ibu dan abah pon dah tak sabar juga nak ada timang cucu bulus ni..semoga Tiqa membesar dengan sihat..Aamiin!



7 Komentar untuk "Tiqa Berubah Setelah Tiqi Tiada | Tiqa & Tiqi si Bulus"

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH