Berjimat Dengan Carrie Junior Refill Pack 500g

10:53 AM

Assalamualaikum...


Bila sebut mandian dan syampoo CARRIE JUNIOR mesti kita teringat akan iklan TV yang ada gambar anak gajah kaler pink dan juga kanak2 yang seronok masa mandi bersama buih sabun dan syampoo yang meriah. Sampai kita yang dewasa pon tumpang seronok melihatnya apatah lagi kanak2. Dan Murni memang pengguna setia Carrie Junior sejak Alysa kecik lagi..jadi dah 7 tahun laa kami bersama jenama Carrie Junior ni. Dan menurut Alysa dan Danish, taska mereka pon menggunakan Carrie Junior untuk mandian dan syampoo mereka. 





Sebenarnya sudah lebih 20 tahun Carrie Junior mencipta nama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak kerana ianya dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.




Memandangkan keadaan ekonomi kita yang tak berapa nak elok ni ramai ibu bapa mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dan juga bulanan. Selangkah dengan itu Carrie Junior juga mengambil inisiatif yang sama dengan mengeluarkan pek isian semula Carrie Junior sebagai salah satu suatu pilihan penjimatan kos.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.






CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.







Carrie Junior Baby Bath ( 500g )

RM 8.90 (SM)

RM 9.30 (S/S)

( Termasuk GST )








Carrie Junior Baby Hair & Body Wash ( 500g )

RM 9.90 (SM)

RM 10.40 (S/S)

( Termasuk GST )


Tengok betapa seronok Alysa & Danish bila nampak 4 pack isian semula Carrie Junior ni. Balik2 sekolah terus nak mandi..hehehe..Produk mandian dan syampu Carrie Junior ini dirumus khas dengan Fruito-E yang merupakan kombinasi semulajadi ekstrak buah-buahan. Ia juga kaya dengan vitamin dan nutrien yang turut membantu melembab dan melindungi kulit anak-anak sepanjang hari. Kalau bau buah-buahan yang segar macam ni, bukan anak-anak je suka.. ibubapa pun suka kan.. 








Boleh laa Murni refill semula carrie Junior ni dalam botol2 Carrie Junior yang ada dekat rumah ni. Boleh laa mereka berdua mandi puas2..hehehe. Wangi semerbak laa dua beradik tu.hihihi. Terdapat pelbagai pilihan dalam rangkaian produk Carrie Junior yang boleh setiap keluarga miliki antaranya baby bath, baby shampoo, baby hair & body wash, baby powder, baby oil dan baby lotion. Rangkaian produk yang lengkap ini bukan sahaja dapat melindungi kulit anak-anak tetapi juga dapat memudahkan ibubapa dalam pemilihan produk dalam rangkaian produk Carrie Junior dan semestinya, produk ini diiktiraf Halal kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan.




Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-

Website:

Facebook:




Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang