Jalan Jalan ke Alor Setar Kedah | Short Vacation 2 Day 1 Nite

7:58 PM


Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama Murni tak ke Alor Setar, Kedah walaupon dekat jer dari Pulau Pinang. Last sekali kami kesana masa mengandungkan Alysa. jadi dah 7 tahun tak ke Alor Setar ni. Adoiii.. Dan anak pon dah nak masuk 3 orang..hehehe. Tapi kebetulan pulak pada 20 Mac - 22 April 2017, ada Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah. Jadi kami sekeluarga mengambil peluang untuk kesana. Encik suami pon setuju sebab dulu dia pon belajar kat sana selama 3 tahun.



Kami bertolak dari Penang ke Alor Setar hari Sabtu 1 April pukul 2 ptg selepas Murni balik kerja.Dan sampai di Alor Setar dah lewat petang. Tambahan pulak hari hujan lebat. Sampa2i kami terus check in di Hotel Holiday Villa Alor Setar. Terletak di tengah2 bandar Alor Setar. Walaupon hotel ni dah lama tapi masih elok dan bilik pon besar. Dan yang penting harga berpatutan. Kami dapat bilik di tingkat 16 dan pemandangan bandar Alor setar.

Lobi hotel

































Lepas berehat seketika anak2 ape lagi duk tanya takde swimming pool ke ibu. Malas nak dengar diorang duk witir 100 kali bawa laa mereka turun ke tingkat 9 untuk ke swimming pool. Oleh kerana ptg tu hujan masih renyai2 takde orang..Boleh laa anak2 dan encik suami konker kolam tu..hihihi








Malam tu kami keluar makan dan jalan2 kat Alor Setar Mall sebab nak tengok wayang. Kebetulan pulak movie The Boss Baby baru keluar maka kami tengok jer cerita tu dekat MBO Cinema Alor Setar Mall.


http://www.murnialysa.com/2017/04/filem-boss-baby-alysa-dan-danish-seronok.html


Keesokan Pagi kami keluar beli makanan jer kat pekan. Murni sebenarnya teringin nak makan pulut mangga yg viral kat pekan alor setar tu. Alhamdulillah dapat merasa pulut mangga dan pulut ayam percik. Sedap sangat.












Sebelum Check out macam biasa laa anak2 sekali lagi minta nak mandi kolam. Dan encik suami ambik video dengan drone dia.








 Footage jalan jalan di Alor Setar dengan Drone!

 


Lepas Check out baru kami ke pameran artifak .



Lepas tu kami ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara yang terletak berhampiran dengan Gunung Keriang. 

http://www.murnialysa.com/2017/04/pusat-sains-negara-cawangan-utara-di.html


Dalam pukul 5 petang kami bertolak balik ke Penang. walaupon percutian yg dekat dan singkat kami semua enjoy. Sekian!!











Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. Luas jugak bilik kt holiday villa tu...katil tu xyah nak berebut2 dah

    ReplyDelete

  2. selamat datang ke Kedah..hihi

    ReplyDelete
  3. Best kan jalan2 kat kedah? Nanti kalau nak mai lagi kedah, boleh tengok kat post ni ada banyak lg sebenanye tempat best boleh pegi :D

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-kedah/

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang