SAFI BALQIS OXYWHITE | Berikan Nafas Baru Pada Kulit Muka Ku

April 15, 2017

Assalamulaikum..


Apa khabar semua pembaca blog Murni Alysa. Kalini Mak Yong nak review satu Produk yang Murni gunakan selepas muka Murni terkena alergic yang teruk dan naik ruam gatal dekat satu muka. Boleh bukak entry ni kalau berani..Muka Naik Ruam Teruk. hehehe. Selepas pulih dari ruam, Murni try gunakan Safi Balqis Oxywhite Set Ayu ni. Mula2 Murni takut2 juga nak try sebab doktor tak benarkan Murni gunakan atau pakai ape2 produk muka. Tapi kerana lepas ruam tu surut kulit muka Murni jadi kering dan menggelupas. Murni try juga dan ternyata Safi Balqis Oxywhite ni memberikan kesan positif pada kulit Murni terutama Gel Pelembabnya sangat sesuai dengan kulit muka Murni yang kering masa tu. Selepas menggunakannya kulit muka Murni merasa sejuk dan selesa. Dan sampai harini Murni masih menggunakannya..







Terkini, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit iaitu SAFI Balqis OxyWhite dengan gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit muka tampil lebih sihat dan cerah sempurna. 


Apa Fungsi Teknologi Nano?


1. Nano Oxygen 
Bertindak untuk membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit.


2. Nano BioWhite 
Mempercepatkan pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.


Set Penjagaan Kulit ( Set Ayu)

Kali ini, Murni mencuba Set Ayu SAFI Balqis OxyWhite dimana terdapat 3 jenis iaitu :




Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka

Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

a) membersih jauh ke dalam liang pori

b) menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan

c) mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) sesuai untuk semua jenis kulit


Saiz pek: 50g/100g
RCP: RM7.30/RM12.30 (selepas GST)





Safi Balqis OxyWhite Penyegar

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar Safi Balqis OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan

b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan

c) Memberi kesegaran tanpa  meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol


Saiz pek: 100ml
RCP: RM10.90 (selepas GST)







 Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Gel

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

 a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah

b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka

c) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

d) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


Size pek: 45g
RCP: RM20.20 (selepas GST)





Rangkaian produk Safi Balqis OxyWhite ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, boleh layari laman sosical SAFI: 

Instagram: @safimalaysia



Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. nampak macam best jer boleh try guna gak ni

    ReplyDelete
  2. kita mmg pakai safi sejak2 tinggalkn produk syadira

    ReplyDelete
  3. tok mmg dok pakai skrg..best sgt

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang