Buffet Ramadhan '101 Resipi Tok Wan' Di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul

8:42 PM


Assalamualaikum


Ramadhan 2017 menjelma lagi. Seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dan pada tahun ini, kita semua berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa bersama rakan2 dan keluarga tercinta. Jadi bagi kawan2 semua yang berada di sekitar Pulau Pinang dan teringin untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan2 boleh laa raikan di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul dengan resepi kebanggaan Hotel Vistana Penang iaitu 'Tok Wan 101 Resipi'. Buffet Ramadhan ini bermula dari 29 May hingga 24 Jun 2017.



Bertemakan dengan hidangan melayu tradisional diilhamkan oleh Resipi Tok Wan. "TOK WAN" merupakan gelaran kepada nenek oleh masyarakat Negeri Pahang. Jadi bila kita dengar sahaja perkataan Tok Wan mesti kita terbayangkan keenakan dan kesedapan masakan hasil tangan nenek kita dikampung. Betul tak???. Hidangan 101 Resipi tok wan menyajikan bermacam-macam salad segar seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Taugeh, Kerabu Betik Muda, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Kacang botol dan kerabu Nenas.
























Selain itu, pemilihan menu yang sihat seperti ulam-ulaman atau herbal seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan Petai yang dimakan bersama pembuka selera iaitu sambal dan pencicah seperti Sambal Belacan, Cencaluk, Tempoyak, Budu dan Sambal Nenas menjadikan kita bertambah berselera. Tok Wan juga menyediakan inspirasi sup daging paling enak di antara yang lain dimakan bersama pelbagai jenis Roti.
  
 










 Menu hidangan utama Tok Wan menampilkan ayam goreng berempah, Ikan Cencaru Belah Belakang, Daging Rendang Tok, Siput Belitung Masak Lemak Cili Padi, Gulai Daging, Rendang Itik, Pucuk Ubi Masak Lemak dan banyak lagi. Pastinya semua memikat selera kita semua.






































   
Selain itu, semua masakan kegemaran Penang seperti Asam Laksa, Murtabak, Rojak Buah dan Pasembur juga dihidangkan. A Signature masakan "Bakar-Bakar" seperti kambing golek juga disediakan secara dibakar segar dan panas2 di station bakar2 tersebut. Kambing Panggang tersebut dihidangkan bersama empat jenis sos yang sedap. Di stesen bakar2 juga terdapat satay ayam yang baru dibakar panas2 dan lembut isinya. Satay Ayam tersebut dimakan bersama kuah kacang yang sedap dan menyelerakan.


























Untuk hidangan pencuci mulut pula, terdapat banyak pilihan dengan pelbagai jenis muih kuih Melayu Tradisional seperti kuih Cara Manis, Onde-onde, Seri Muka, Ketayap dan Kuih Loyang. Dan yang paling Murni dan anak2 sangat teruja bila melihat Ais Krim Malaysia yang pelbagai jenis. Teringat kenangan masa dekat kampung dulu suka sangat makan ais krim Malaysia buatan mak. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis kuih tart dan puding selain ada gerai Ais Kacang di gerai pencuci mulut.





































Di dudut yang lain kita juga boleh menikmati hidangan lemang dan ketupat dimakan bersama rendang daging dan serunding. Kaunter aneka jenis bubur pon ada. Dan yang paling Murni tak boleh lupa bila menunggu encik suami masakkan kerang rebus untuk makyong ni. Murni tunggu agak lama. Rupanya encik suami ingatkan kerang tu kalau rebus dan bila masak kerang tu akan terbuka sendiri. Jenuh laa dia menunggu. Mujur Murni pergi panggil dia kalau tidak sampai malam laa dia menunggu kerang2 tu terbuka..hehehe




 
 
Bufet Ramadhan ini akan diadakan di Ballroom tingkat bawah dan hotel ini juga melengkapkan ruang mencukupi di tempat letak kereta, menjadikannya sesuai untuk kumpulan yang besar untuk berkumpul dalam kumpulan yang besar dan meraikan majlis berbuka puasa bersama2 secara terbuka diluar.





Rasanya ini sahaja yang dapat Murni kongsikan tentang Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul ini. Kalau kawan2 ingin merasai suasana sebenar menikmati juadah berbuka puasa dengan 101 Resipi Tok Wan, kawan2 datang la sendiri kesini. Jangan lupa bawa seisi keluarga dan juga rakan-rakan.
Terima kasih pihak hotel yang sudi menjemput kami team #projekbloggerutara. 

Jemput tengok video youtube encik suami Murni semasa Buffet Ramadhan Vistana Hotel Bukit Jambul Penang ni berlangsung.


Harga Bufet:
RM70nett (A)
RM30nett (C) 4-12 yr

Untuk tempahan dan maklumat lain boleh hubungi:
 Telefon: 04-6468000
Email: vispg@ytlhotels.com.my
www.vistanahotels.com



Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. Banyak betul juadahnya,rambang perut,,hehe
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. sedapnya banyak betul juadah berbuka dia.. duk nampak ikan kering hahahahha, telur masin... nampak entri akak petang tadi lagi malam baru datang nak komen.. mericik air liur tengok menu dekat atas semua menyelerakan lah

    ReplyDelete
  3. mengundang jiwa btl baca review org bln2 posa ni...hahahaha

    ReplyDelete
  4. desert dia paling banyak.. suka dengan menunya, sedap dan puas hati

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang