Dapat Jemputan dari SGI Vacation Club Berhad | SGI Vacation Bukan SCAM Tapi.....

May 01, 2017


Assalamualaikum..

Minggu lepas, encik suami dapat jemputan dari SGI Vacation Club untuk Kempen Publisiti sempena MATTA FAIR di Hotel Royal Bintang, Penang. Dan cendera hati yang ditawakan sekiranya menghadiri preview tersebut merupakan Voucer penginapan 3D2N PERCUMA di salah satu Rangkaian penginapan Swiss Garden iaitu:

1. Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang
2. Swiss garden Residences, Kuala Lumpur
3. Swiss garden Beach Resort Damai Laut Lumut, Perak



 Masa mula2 encik suami tunjuk sms tersebut Murni macam tak percaya. Murni mcm pernah dengar ada yang mereka paksa untuk beli member card mereka sahaja yang dapat Voucer percutian itu. Tapi setelah bertanya encik Google dan kawan2 ada yang kat mereka betul2 akan beri Voucer itu dengan syarat dengar preview dari mereka dulu. (Nampak sangat kami ni nak yg percuma ja..hahaha). Dan menurut mereka dapat no fon encik suami ni dari hotel Bayview beach Resort. (isk pasaipa plok hotel suka2 bagi contact kita kat depa ni)




Seperti yang dijanjikan dalam pulul 12.30tgh kami sampai di Hotel Royale Bintang, Penang. kami disambut dengan layanan mesra dan dijemput untuk makan dan minum dulu sementara menunggu puan Rogayah datang untuk berjumpa kami. Dalam meeting room terdapat beberapa pasangan yang sedang bercakap2 dengan  Konsultan SGI. Ooo baru Murni tau preview ni adalah secara one to one dan bukannye secara beramai2 dalam dewan besar. Ianya lebih kepada sessi penerangan dan pujuk memujuk..hehehehe






Setelah menunggu dalam 15 minit sambil makan2 dan minum2 konsultan kami Pn Rogayah pon datang. Sangat friendly orangnya. Ok Murni nak cerita panjang dan lengkap tak berapa pandai. Sebagai ringkasan SGI Vacation Club ni menawarkan faedah2 dan manfaat tertentu kepada pemegang kad SGI Vacation Club ni. Mereka menawarkan 2 pakej kelab member iaitu pakej utama iaitu Platinum dan Gold. Malah ada lagi pakej yang lebih rendah (hanya ditawarkan bila kita tak mampu untuk pakej Platinum dan Gold). Taktik bisness memang gituuuu! 


Oleh kerana kami kesuntukan masa kami minta pn Rogayah terangkan pakej Gold. Kerana bila dia terangkan sekali imbas pakej Platinum tu macam berat sangat bagi kami. Untuk pakej Gold Full kami ditawarkan dengan harga RM28k dan setelah ditolak discount sebanyak RM8k maka untk pakej tersebut kami ditawarkan dengan harga RM20k sahaja untuk member club selama 30tahun bermula dari hari pertama kami daftar. sekiranya kami bersetuju kami perlu membayar pada hari yang sama 10% deposit + GST berjumlah RM2,120. Dan baki selebihnya sebanyak RM18k kami boleh membuat bayaran ansuran sebanyak RM397.50/sebulan selama 48 bulan iaitu bersamaan 4tahun. Setelah habis 4 tahun tu kami hanya perlu bayar RM410.00 setiap tahun untuk mengaktifkan member kad.

Kawan2 mesti nak tahu apa yang kami dapat sekiranya kami ambik pakej Gold tersebut. kami akan dapat menginap 7 malam dalam setahun secara percuma di Hotel2 yang tersenarai dalam gambar dibawah. Ada 6 negara iaitu Australia, China,  India, Indonesia, Malaysia, Philippines dan Thailand. Tapi pilihan hotel hanya yang tersenarai sahaja ya kawan2 (Boleh rujuk gambar dibawah). Dan nampaknya tak banyak..hehehe. menurut Puan Rogayah akan ada penambahan hotel dari masa ke semasa.




Ok kalau tempat yang kita pergi melancong tu takde hotel yang tak tersenarai untuk free penginapan, ahli kelab boleh menggunakan khidmad hotel lain dengan harga fix walaupon pada peak hours. Boleh rujuk gambar dibawah (mmm boleh tahan juga reganya) tapi kalau kita tidur dekat hotel yang tersenarai dibawah ni jumlah malam yang kita dapat percuma 7malam setahun tidak akan ditolak. (Nak tolak ape nya kita kena keluar duit lagi untuk bayar hotel2 ni..hahaha)




Dan untuk percutian di luar negara kita  boleh menggunakan perkhidmatan Interval International dan boleh menginap di beribu2 hotel yang merupakan partner kepada SGI Vacation Club ni.. tapi kita still kena bayar charges untuk hotel tersebut dalam USD Currency. Jadi dapat laa murah sikit tapi bagi Murni still tak mampu hoii..Untuk melihat hotel2 yang merupakan ahli Interval International ni boleh jer download Apps dlm fon anda..dan Murni ada laa download apps tersebut dan destinasi serta hotel memang banyak..Tapi bila masa dan bila tahun laa kami dapat pergi.. dalam malaysia pon tak habis ronda lagi.





Setelah hampir 2 jam juga sessi pujuk memujuk dan kami masih teragak2, Pn  Rogayah tawarkan lagi pakej paling rendah iatu sebanyak RM15k dan monthly kena bayar RM280 sahaja selama 4tahun. Tapi oleh kerana kami taknak tambah komitmen bulanan lagipon Murni lagi 2bulan nak bersalin dan kami bakal menduduki rumah baru tak lama lagi..jadi kami tolak laa offer dari SGI Vacation Club ni dengan baik. Dan Pn Rogayah pon bagitahu ini adalah offer sekali seumur hidup,kalau kami tolak tawaran ini kami takkan dapat dah offer ini sampai bila2. Takpe laa kami tak menyesal. Sebab kami punya alasan yang kukuh.


 Setelah tamat sessi pujuk memujuk itu..kami akhirnya tetap diberikan Voucher penginapan percuma 3D2N di salah satu Hotel Swiss Garden yang tersenarai diatas. Kami mungkin akan ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut, Perak. Nanti lepas redeem Voucer ni Murni review lagi ya. 

Psst: Kalau kawan2 mampu dan suka melancong, sangat sesuai ambik SGI Vacation Club  member ni. Tapi kalau yang kurang mampu baik fikir 100x sebab bila Murni Google ramai sangat nak jual keahlian mereka ats alasan2 tertentu. Jadi tepuk dada tanya poket..macam Murni ni jangan tanya selera ya sebab selera makyong Murni loni tengah berselera..hahaha.






Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. wahhhh murah rezeki kak murni dapat jemputan ni

    ReplyDelete
  2. yelahhh selera hotel sesajo loni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang