DJI Osmo Mobile | Gimbal Terbaik untuk Iphone 7 Plus ku

6:35 PM

Assalamulaikum..


Perkenalkan ahli keluarga baru kami suami isteri "DJI Osmo Mobile Gimbal". Sejak encik suami berjinak2 dengan Drone ni..setiap kali nak buat video mesti dia merungut susah pulak nak ambik video yang cantik dekat bawah. Kebanyakan Video yang dia ambik selalu video dari atas. Kalau kita tengok video youtube pon banyak video yang cantik2 mereka combine video dari atas dan bawah.




Kawan2 mesti tertanya2 kenapa kami pilih DJI Osmo, kenapa tak beli Go Pro ke?? Sebenarnya DJI ni salah satu pengeluar Drone dan di badan drone tersebut ada camera yang dilekatkan di badan drone tersebut. Untuk mengawal kamera tersebut ketika drone terbang adalah sebuah gimbal. Gimbal ni lebih kurang macam stabilizer untuk camera laa. Kan kadang2 kita tengok video kalau ambik dengan handphone ada gegar2 kan..sebab dia takde stabilizer laa..Oleh kerana encik suami sangat berpuas hati dengan gimbal buatan DJI ni maka dia pon bersetuju laa nak beli DJI Osmo Mobile ni. kalau nak paham lagi boleh tengok youtube bawah ni..









Ni pulak jawapan Encik Google: DJI Osmo Mobile merupakan alat Handheld 3-Axis Gimbal Stabilizer yang direka untuk Smartphone. DJI Osmo Mobile dengan 3-Axis Gimbal Stabilizer nya, akan membantu Smartphone anda dalam merakam dan menghasilkan Video yang lebih Smooth, Cinematic, dan kelihatan Profesional. DJI Osmo Mobile digunakan dengan Smartphone dan disambung dengan Aplikasi DJI GO. Dalam Aplikasi DJI GO terdapat ciri-ciri yang mampu mengesan objek yang ditangkap oleh Lensa Kamera Telefon pintar secara automatik yang disebut dengan Teknologi ActiveTrack. Selain itu Aplikasi ini juga menghadirkan ciri Motion Timelapse. Anda juga boleh berkongsi Video secara real time menggunakan YouTube yang ada di dalam aplikasi DJI GO ini.








Memula encik suami nak beli yang ada kamera sekali kerana dia kata yang ada kamera boleh support video 4k manakala kalau gimbal sahaja hanta support video guna kamera smartphone kita sahaja. Tapi oleh kerana harga yang berkamera tu macam tak mampu dan bila tengok kat Lazada semakin hari semakin mahal. maka kami membuat keptusan beli jer DJI Osmo Mobile ni jer. Lagipon Murni dah tengok dekat youtube banyak jer video yang cantik2 hasil dari DJI Osmo Mobile + Iphone 7 Plus. Jadi tak perlu laa nak beli yang ada camera. Jimat sket duit..hehehe




Sebenarnya Murni tak habis lagi khatam pasal DJI Osmo Mobile ni. Tapi menurut encik suami bila dia download Apps DJI GO dekat Iphone 7 Plus Murni dan ambik video guna software DJI tu, Camera Iphone 7 Plus Murni support gambar 12 megapixel dan video sampai 4K..Tapi bila encik suami gunakan dekat Iphone 6 Plus dia, sofware tu hanya support camera 12 megapixel dan video 1920x1080 full HD sahaja. Hahaha so memang tak rugi laa kami beli DJI Osmo Mobile sahaja without camera. Ok setakat ini dulu citer pasal DJI Osmo Mobile ni. Sebab Murni masih blom mahir lagi guna dan video pon blom buat lagi..Nanti lepas dah ada video Murni review lagi. InshaAllah. Bye!

Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. Dji osmo mobile ni memang one of thing yang ada dalam wish list saya. Tak terbeli je lagi sebab harga die pun mahal jugak :D :D :D

    ReplyDelete
  2. nak pinjamlah nti boleh x..tok dah belanja makan byk ni hahaha

    ReplyDelete
  3. wah, kena add this to my buying list....

    ReplyDelete
  4. Tersuka jugak kak..tp nnti2 la kena buat tabungan dulu.hee

    ReplyDelete
  5. patut la gmbar comel2 loni ada benda ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang