Iftar Ramadhan di Lexis Suites Penang | Ala-Ala kampung Ramadhan Buffet

8:56 PM


MAI PI MAKAN ALA-ALA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DI LEXIS SUITES PENANG

 Assalamualaikum, kalini Murni nak review lagi satu Buffet Ramadhan di hotel yang terkenal di Pulau Pinang. Kalini Buffet Ramadhan yang bertemakan "Mai Makan Ala-Ala Kampung di Lexis Sites Penang". Bufet Ramadan di Lexis Suites Penang Hotel ini akan bermula dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 setiap hari pada pukul 6.30 petang bertempat di Roselle Coffee House, Level 1 berhampiran dengan Lift Hotel.

 HARGA
RM68 nett (A)
RM40 nett (C & SC) 

Early bird
RM58 nett hanya untuk 1,000 tetamu pertama.
Diskaun 15% juga dilanjutkan untuk tetamu dalam tempoh Ramadan.




Sebenarnya agak teruja kerana ini adalah kali pertama Murni kesini. Tapi Murni lagi teruja nak kongsikan apakah juadah dan menu special yang bakal dihidangkan kepada pelangan Hotel Lexis Suites ini sepanjang tempoh Buffet Ramadhan ini berjalan. Pelanggan akan dapat merasa lebih dari 100 jenis hidangan berbuka puasa yang mempamerkan masakan tempatan dan antarabangsa, termasuk masakan Arab. Chef eksekutif akan menyediakan Signature Dish Char Koay Teow Kambing, Sup Gear Box, Chicken Shawarma, Lamb Kuzi, Ekor Lembu Assam Pedas dan Ikan Panggang. Semua hidangan ini disediakan dengan rempah dan sos buatan sendiri chef, ianya menghasilkan rasa yang berbeza daripada mereka sendiri.

Kambing Golek
Daging Kambing dengan Sos yang Sedap
Shawarma Ayam




Sup Gear Box
Sup Ayam
Baked Mussel Gratin
Nasi Tomato
Hati Ayam Masak Lada
Ketam Masak Sambal
Fried Chicken With Bean Paste
Braised Trio mushroom With Vegetables
Sotong Masak Kunyit
Telur Ikan Masak Lemak Pedas
Crispy Noodles With Seafoos Gravy

Untuk menu pembuka selera disediakan Ulam-ulaman dengan 3 jenis Sambal yang berbeza, Kerabu Sotong, Kerabu Udang, Keraby Pucuk Paku, Rojak, Buah Kurma Madu, Jeruk Buah, yang Lemang tradisional dan Ketupat.

Ulam-Ulaman
3 Jenis Sambal Istimewa


Ikan Masin dan Telur Asin
Kerabu Sotong


Salad








Pasemboq
Rojak Buah
Ketupat
Serunding Daging
Pengat Pisang
Bubur Gandum
Bubur Lambuk
Bagi pencuci mulut pulak, pelbagai kuih tempatan seperti Kuih Talam Kuih Lapis, Kuih Kaya, Kuih Sago, Kuih Nona Manis, Kuih Kosui, Kuih Ketayap turut disediakan. Beberapa pencuci mulut sejuk yang lain seperti Ice Kacang
dan pelbagai ais krim pon ada.
















Signature Dish Char Koay Teow Kambing yang sedap dan lain dari yang lain.








Sup Gear Box


 Hotel ini mempunyai kemudahan Surau untuk membolehkan tetamu yang beragama Islam untuk menunaikan solat terutama mereka yang mengunjungi bufet Ramadan di Lexis Suites Hotel berbuka puasa dengan selesa.

Para tetamu dijemput untuk berkongsi pengalaman Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung mereka di media sosial menggunakan hashtag # RamadanLSP2017.



 Dalam usaha untuk menyumbang kepada komuniti, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang dipilih 

Cabutan bertuah

  Semua pengunjung layak menyertai cabutan bertuah harian dan berpeluang untuk memenangi Ramadan Buffet baucar. Hadiah cabutan bertuah mingguan termasuk 2 hari 1 malam di salah satu daripada bilik di Lexis Hotel group.

Sepanjang bulan Ramadan, tetamu juga boleh berehat dan bersantai di Lexis Suites Pulau Pinang dengan kadar bilik khas bermula dari RM340 semalam.


Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi: 

 Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang
M +012 484 1677
Email       :fbc@lexissuitespenang.com

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. sesekali berbuka di hotel mewah seronok juga. banyak menu seafood di sini.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang