Kampungku Citarasaku Ramadhan Buffet Dinner | The Light Hotel, Penang

May 17, 2017

Assalamualaikum..

Tak lama lagi Bulan Ramadhan 2017 bakal menjelma. Dan setiap kali Ramadhan menjelma banyak hotel2 atau restaurant yang akan menyediakan juadah Ramadhan Buffet untuk kita berbuka puasa. Kali ini Murni nak review satu hotel yang menyediakan Buffet Ramadhan yang hebat dengan pelbagai menu yang lazat. Bagi yang berada di Utara mesti tahu tentang The Light Hotel yang terletak di Seberang Jaya, Seberang Perai Pulau Pinang. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini pastinya menyediakan juadah yang terbaik buat para pengunjungnya nanti.






Dengan tema "Kampungku Citarasaku" mesti kita sudah terbayang2 suasana berbuka puasa di kampung. Sememangnya The Light Hotel sudah terkenal dengan menu-menu kampung yang menggamit nostalgia..tetapi kali ini pihak The Light Hotel turut menyediakan menu dari pelbagai kaum seperti menu Melayu kampung, menu India/Mamak, menu Cina /Peranakan dan juga menu Western. Dengan pelbagai budaya, rasa dan aroma masakan kampung, pihak hotel kalini cuba mencari kelainan  dengan mencipta suasana yang mengingatkan kita ketika berbuka puasa dikampung halaman bersama keluarga tercinta.














Sup Gear Box

Sebelum memulakan sesi suai kenal dengan menu "Kampungku Citarasaku", mari kita berkenalan dengan para Chef yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai juadah yang enak di sepanjang Ramadhan Buffet ini berjalan. Terdapat 10 pasukan chef istimewa yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang istimewa ini dan diketuai oleh Chef Murugan Balakrisnan selaku Senior Executive Sous Chef dan Chef Ismail Ibrahim - Executive Sous Chef. Pastinya pengunjung akan berpuas hati.







Dan yang paling mengujakan, menu2 yang disediakan akan bertukar2/bergilir2 setiap hari bagi memastikan pelangan akan datang berkali2 untuk mencuba pelbagai menu yang disediakan. Jadi takde laa kita jemu dengan hanya menu yang sama setiap hari. Dan untuk malam ini, inilah menu yang kami nikmati.

Nasi Beryani dan Beryani Kambing
Dalca dan Gulai Kawah
Ayam Masak Vindaloo
Sotong Masak Varuval
Kangkung Goreng Belacan
Gulai Udang Nenas
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Siew Mai Ayam

Ayam Percik Minang
Ayam Goreng Berempah
Siew Pak Choy dengan Telur & Isi Ketam
Sotong Masak Lemak Tempoyak
Sambal Telur Ikan
Gulai Ayam
Bunga Kobis Masala
Bagi mereka yang suka menu grill, Kambing Panggang adalah menu wajib. Ianya disediakan dengan 3 perasa sos. Kambing panggang ni memang sedap kerana perapan pada daging kambing tu secukup rasa. Macam Murni, lebih suka yang garing jadi Murni minta penjaga station ini masakkan bagi garing daging kambing ini. Memang kena dengan selera Murni. Tak lupa juga dengan Shawarma ayam disumbat ke dalam roti pita lembut. Sungguh menyelerakan.


Kambing Golek
Shawarma
Selain itu terdapat pelbagai hidangan makanan laut yang special seperti Udang Kara Berkeju, makanan laut yang segar ini antaranya udang, kupang, kerang shell separuh dan ketam bunga. Juga disediakan pelbagai jenis Breads and Rolls termasuk roti benggali, kentang dan pizza.

Udang kara Berkeju
Makanan Laut Segar
Pizza, Roti & Rolls

Pelbagai jenis ulam, air asam dan sambal tradisional atau tempatan turut dihidangkan. Menu ini semestinya popular di kampung-kampung Melayu tradisional kerana jika kita makan sambal pedas ni akan memberikan aromatik dan rasa yang unik pada selera kita. 'Pecah Liur orang kata'. Almaklum dah seharian berpuasa jadi lidah mesti dah tak berapa nak rasa makanan..jadi dengan adanya segala juadah ulam, air asam dan sambal ini akan menambahkan selera kita untuk menikmati juadah ketika berbuka puasa.















Pelbagai jenis Acar dan Kerabu juga menu wajib kalau Citarasa kampung. Perhh masih teringat lagi kesedapan acar buah dan kerabu perut lembu yang dihidangkan. memang sebiji sama rasanya seperti arwah nenek masakkan dulu2..


Acar -Acar
Kerabu
Ini juga section yang Murni suka. Pelbagai jenis salad dan keropok. Dah makan segala makanan berat sayur-sayuran dan buah-buahan jangan dilupakan. baru laa seimbang. hehehe









Tak lengkap buffet ramadhan tanpa pemanis mulut atau desert. Di The Light terdapat lebih dari 50 jenis hidangan desert termasuk pelbagai kuih tradisional Melayu dan buah-buahan tempatan yang segar. Selain itu terdapat aneka jenis Puding dan Kek. Yang pastinya semuanya sedap2 belaka.

Ketupat, Rendang, Pulut kuning, Wajik Dan Kurma
Kuih Muih
Puding dan Kek














Terdapat juga 10 'live action station' yang menyediakan pelbagai hidangan panas/sejuk mengikut kehendak dan permintaan pengunjung. Station tersebut menyediakan hidangan roti jala, murtabak, roti canai, bihun sup, mee udang, kebab, Char Koay Teow, Mee Goreng dan banyak lagi. Selain dari itu terdapat station menyediakan ais kacang, cendol, minuman sejuk dan juga minuman panas..jadi jangan segan2 untuk minta dekat penjaga2 station ni ya.







Tahun ini The Light juga memperkenalkan hidangan BBQ Buffet Dinner untuk tetamu di kawasan terbuka di Garden Terrace, Level 3. Nikmati hari raya dengan pelbagai menu lazat seperti daging dan makanan laut yang dipanggang segar dengan sempurna. Dari steak daging, kambing, udang segar, sotong, ikan dibungkus dalam daun pisang, sosej, satay dan banyak lagi lazat untuk semua pengunjung di sini.



Akhir sekali, Murni ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput kami Projek Blogger Utara untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan Ramadhan Buffet disini. Jom tonton video kemeriahan berbuka puasa di The Light Hotel, Penang. Kredit kepada encik suami. Terima kasih kerana memvideokan buffet ramadhan ini.




Harga bufet ramadan di The Light Hotel

Kampung Style Buffet Dinner:
RM108nett (A) RM88nett (C & SC)

BBQ Buffet Dinner:
RM88nett (A)
RM68nett (C & SC)

Corporate Package:
RM68nett (A)
RM48nett (C & SC) (terms apply/subject to menu selection) 




THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com

Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. wow banyaknya juadah (^_^)

    ReplyDelete
  2. teringat ckt ngan dessert dia sedap sgt

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang