Wonderfood Museum Penang | Tempat Menarik Di Pulau Pinang

9:35 PM

Wonderfood Museum Penang yang terletak di Beach Street, Pulau Pinang ini merupakan salah satu tempat yang harus kawan-kawan kunjungi sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang. Kerana Wonderfood Museum Penang ini adalah Taman Tema Makanan yang Pertama di Dunia tau. Nak tau menarik ke tidak jom ikut Murni, kita tengok apa yang ada dalam Wonderfood Museum ini.




Untuk pengetahuan kawan2, Museum ini hanya mempamerkan replika makanan. Bukan jual makanan. Tapi semua replika makanan yang dipamerkan disini seakan2 betul. jadi kalau kawan2 berhajat nak datang kesini sila makan kenyang2 dahulu. Kalau tidak memang akan telan air liur bergelen2. hehehe. Tambah2 replika makanan kat sini besar2..memang nampak menyelerakan.

Telur Mata Gergasi

Sebenarnya dalam muzium ini mempamerkan pelbagai jenis makanan yang popular yang ada di Malaysia. Oleh kerana Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum jadi corak pemakanan pon pelbagai juga laa. Tapi disini lebih fokus kepada 3 kaum majoriti yang ada di Malaysia iaitu makanan Melayu, makanan Cina dan makanan kaum India. Dan corak pemakanan pon pelbagai iaitu makanan ketika waktu sarapan, makan tengahari, makan malam dan juga ketika perayaan. Jadi kalau kawan2 ada anak2 yang sudah bersekolah sangat sesuai dibawa kesini untuk mereka mengenali dengan lebih dekat makanan- makanan yang ada di Malaysia.


ABC Gergasi
Laksa Penang
Char Ho Fun dan Char Kue Teow
Mee Udang dan Mee Kari
Pasembur
Rojak Buah dan Mee Goreng Mamak
Satay Ayam dan Teh Tarik Ikat Tepi


Dibawah ini pula adalah sudut pameran makanan pelbagai kaum.



Menu Restoran Nasi Kandar
Suasana Kedai Nasi Kandar
Suasana warung Nasi Campur dan Warung Mee Rebus dan Roti Canai
Warung Style
Menu sarapan orang Melayu dan orang Cina
Makanan Kaum India
Makanan Kaum Cina Ketika Perayaan



Makanan Kaum Melayu ketika Perayaan
Selain dari pelbagai jenis makanan, disini juga dipamerkan replika menu makanan yang paling mahal di dunia. Menu-menu makanan ini boleh diperolehi di beberapa lokasi di sekitar dunia dan ianya mempunyai harga yang sangat mahal. Antaranya adalah sejenis hidangan yang bernilai USD4,200. Kami yang melihat pon tertelan air liur. hehehe
Hidangan Paling Mahal di Dunia
Bilik Coklat dan Ais Krim Gergasi
Meja makan ala-ala Wonderland
Padainya Alysa dan Danish Berlakon
Menu makanan hitam dan putih
Makanan basi..
Dapur rumah kampung
Kedai Runcit
Musim Buah- buahan
Makn Roti Canai Gergasi
Kuih2 Gergasi
Dekat sini juga adalah tempat yang sesuai untuk kita beraksi depan kamera dengan bermacam2 gelagat. Tengok laa aksi kami anak-beranak. Macam lucu pon ada..macam real pon ada. Padahal semua tu lakonan sahaja. Dan dekat bawah ni di atas meja tu adalah Food of Art. Masa mula2 Murni tengok ingatkan makanan yang berselerak atas meja. Rupanya bila diperhatikan betul2 adalah potret Monalisa. Kreatif betul mereka ni.



En Suami ala-ala chef

Opss ape ni????
Sedap Mee Goreng ni

Selain dari dapat bergambar dengan makanan2 ni sebenarnya ada mesej yang tersirat disebalik kewujudan makanan2 ini. Macam dekat gambar dibawah ni kita boleh menyedarkan diri kita dan anak2 tentang pentingnya makanan2 ini dan jauhi sikap membazir sebab kat luar sana masih ramai yang kelaparan kerana tiada makanan.. dan macm replika ikan Yu yang bergelimpangan itu ada mesej yang nak disampaikan agar kita jangan laa mementingkan diri sendiri dengan membunuh ikan tersebut hanya keran ingin mengambil sirip ikan yu itu sahaja sedangkan badan ikan itu dibiarkan terabai.







Harga Tiket Wonderfood Museum Penang

Mykad:
Dewasa = RM15
 Kanak-kanak/pelajar/warga emas = RM10

Tiada Mykad:
Dewasa = RM25
Kanak-kanak = RM15

Dibuka setiap hari termasuk cuti am dari jam 9.00 pagi hingga 6.00.
 Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Wonderfood Museum Penang https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/






Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. happynya dua beradik tu

    ReplyDelete
  2. seronok depa mkn roti canai satu family no

    ReplyDelete
  3. seronok muzium ni, banyak kita dapat belajar dari semua ini

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang