Percutian Selesa di Pangkor Sandy Beach Resort

4:35 PM


Pulau Pangkor adalah pulau yang bukan saja terkenal di Perak malah juga terkenal di Malaysia dan luar negara. Memang ramai pelancong yang telah berkunjung ke Pulau Pangkor dan mereka semua menikmati keindahan dan kecantikan Pulau Pangkor ni. Walaupon Pulau Pangkor ni kecik sahaja tetapi Pulau Pangkor juga merupakan pulau yang ketiga tercantik di Malaysia, dan berada di dalam top ten list pada setiap pelancong yang datang melancong di Malaysia. Jadi kita yang dekat ni harus la letakkan Percutian ke Pulau Pangkor sebagai senarai dalam top ten list kita juga!




Sebelum ni Murni pun dah pernah pergi ke Pulau Pangkor, dan ianya merupakan pengalaman yang sangat best buat kami sekeluarga. Masa tu Murni tengah mengandung 7bulan. Kami bertolak dari Bayan Lepas, pada pukul 2:00 petang dan tiba di Jetty Marina pada pukul 4.30 petang. Perjalanan kami selama 2 jam dan 30 minit melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan kemudian ke Changkat Jering dan sejauh 180km dari Pantai Remis. Sebaik sahaja sampai di Kompleks Jeti Marina kami terus pergi ke kaunter tiket dan membeli tiket feri. Harga tiket untuk dewasa adalah RM14, manakala kanak-kanak adalah RM5. Feri kami berlepas pada jam 5:00 petang dan tiba di Jeti Pangkor mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Lebih kurang seperti feri Butterworth ke Pulau Pinang sahaja.










 



 Sampai je kami di pulau di Pulau Pangkor, kami mengambil teksi ke hotel. Teksi di sini adalah van merah jambu (pink). Bayaran teksi dari jeti ke Pangkor Sandy Beach Resort hanya RM10 dan hanya 5 minit jauhnya. Nasib baik, kami telah menempah bilik terlebih dahulu di Traveloka. Kami memang teruja habis dengan hotel and flight searching site yang best ni. Melalui Traveloka, kami dapat harga yang murah berbanding di website lain. Berbalik kepada resort yang kami sudah booking di Pangkor. First thing, Murni check out Pangkor Sandy Beach Resort online. Lepas buat comparison dan sesudah berpuas hati, baru laa kami booking.






Pangkor Sandy Beach Resort ni adalah resort 3 Bintang berada di pantai yang terletak di depan laut utama pantai Pasir Bogak dan hanya beberapa minit dari jeti. Di sini, kawan2 akan terpukau kerana resort ini yang terletak di tengah-tengah pantai keemasan, mempunyai air laut yang berkilauan dan menakjubkan. Dan pastinya memberikan ketenangan kepada pengunjung. Pangkor Sandy Beach Resort di Pasir Bogak ni menjanjikan percutian yang sangat santai di bawah pancaran matahari, laut dan pasir yang sangat cantik.




Bagi Murni, resort ni adalah sebagai permata yang sebenar dan ini adalah tempat yang berbaloi untuk dikunjungi untuk melarikan diri dari kehidupan bandar untuk seketika. Jenis bilik yang ada di resort ni adalah standard room yang mempunyai twin bed, queen bed dan king bed, bilik ni memang sesuai untuk kawan2 yang pergi bercuti berdua saja mahupun dengan kawan serta yang sudah kahwin untuk honeymoon. Selain itu, deluxe room dan super deluxe juga terdapat di resort ni untuk korang yang datang bercuti dengan family. Macam Murni yang ada anak2 ni ambik deluxe room laa.  









Kepada kawan2 yang datang dengan family dan mahukan privasi, kawan2 boleh booking chalet yang resort ni sediakan. Rate harga hanya dalam RM 200 ke Rm400, walaupun harga nampak macam mahal tapi sangat berbaloi kerana banyak facilities yang disediakan pada setiap bilik dan sangat memuaskan. Jika kawan2 macam tak percaya dengan cerita ini, kawan2 boleh buka Traveloka dan taip nama resort tu dan korang boleh tengok reviews yang telah dibuat oleh customer yang pernah stay di resort ini. Semua nya reviews yang baik dan mereka semua sangat2 berpuas hati dengan aktiviti, servis dan facilities yang terdapat di resort ini. Kawan2 akan rasa selesa bila korang mendapat semua layanan tu.










Macam Murni yang ada anak2 ni perkara utama yang dipertimbangkan sebelum menempah hotel adalah memastikan hotel atau resort tu ada kolam mandi tak. Almaklum Alysa dan Danish ni hantu air, sampai2 jer kat hotel mesti tanya, "ibu, hotel ni ada kolam mandi tak?". Dan kalau kawan2 nak tahu dekat Pangkor Sandy Beach Resort ni terdapat kolam mandi yan besar dan ada 2 bahagian iaitu untuk kanak2 dan untuk orang dewasa. Memang berpuas hati dengan tahap kebersihan kolam mandi disini.
 








Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan di resort ni, termasuk aktiviti yang kawan2 boleh buat dengan kawan2 atau dengan family. Antaranya seperti island hopping dimana kawan2 boleh pergi ke pulau2 yang terdapat di Pulau Pangkor seperti Pulau Giam, Pulau Mentagor dan Pulau Pangkor Laut. Terdapat pelbagai tarikan di setiap pulau ni kalau nak tahu, kawan2 kena la datang sini. 

Kawan2 juga boleh melakukan tour Pulau Pangkor ni dengan menaiki van, fishing dan snorkelling. Kalau kawan nak pusing2 pulau ni sendiri kawan2 boleh sewa kereta atau pun motor dan basikal. Selain itu, resort ni juga menawarkan perkhidmatan pick up customer dari jeti. Jadi kawan2 tak perlu risau langsung pasal jetty transfer. Memang terbaik dan best. Resort ini juga boleh membantu kawan2 kalau kawan2 nak buat barbeque atau picnic basket. Kalau Murni nak cerita semua aktiviti ni memang tak habis la sebab banyak aktiviti yang ada di resort ini. Kawan2 kena datang laa sendiri dan rasainya sendiri. Baru best..









 
Di sepanjang pantai, terdapat meja piknik tetapi kita perlu membawa makanan dan minuman anda sendiri dari hotel atau boleh beli sahaja di gerai2 sepanjang jalan menuju ke Pantai Pasir Bogak ini. Dan kalau waktu malam kawan2 teringin nak makan masakan laut ataupon menikmati steamboat ada banyak restoren masakan laut berdekatan resort. Tak kurang juga pelbagai gerai menjual makanan. Pendek kata kawan2 takkan kelaparan laa walaupon berada di sebuah pulau. Kedai2 runcit dan kedai2 menjual pakaian pon berderet ada di sepanjang jalan Pantai Pasir Bogak. Memang sediakan duit sahaja.







 Oleh kerana masa datang kesini Murni tengah sarat mengandung, jadi tak banyak aktiviti yang Murni dapat lakukan. Percutian ini lebih kepada untuk tenangkan fikiran dan relax2 ja. Sebab lepas ni Murni akan bersalin dan berpantang. Jadi pagi2 selepas sarapan kami sekeluarga keluar berjalan2 menyusuri Pantai Pasir Bogak. Mula2 kami nak menikmati sunrise tetapi terlambat keluar maka kami ambik angin jer laa..Tapi tidak dinafikan suasana di Pantai Pasir Bogak sangat cantik. Ditepi pantai belah kiri ada tempat macam berbatu yang sangat cantik untuk bergambar. Kebetulan encik suami ada bawa drone dan dia dapat merakam gambar udara melalui drone. 














 






 





 


 


 

































 


 


Petang tu sekali lagi kami pergi ke Pantai Pasir Bogak untuk mandi laut dan melihat matahari terbenam. Keluarga kami benar-benar menikmati keindahan alam di pantai petang tu. Anak2 pon suka sangat main pasir dan mandi laut sampai tak mau naik.


 


 








 
 

Jadi, kalau kawan2 nak merasakan macam apa yang kami rasa, kawan2 boleh laa datang ke Pulau Pangkor untuk bercuti. Sampai sini je la cerita Murni kali ni. InshaAllah kalau ada rezeki Murni nak datang lagi ke pangkor dan semsetiya hotel pilihan Murni sekeluarga adalah Pangkor Sandy Beach Resort. Sampai kita berjumpa lagi ye. 


Assalamualaikum.















Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. laki tok sllu dok ajaq pi pangkor..tok ni mcm malas nak pi pun..pas bc hangpa cite pasal pangkor..mcm terpangil2 le plak nak pi sana haha

    ReplyDelete
  2. Ceria nampak anak2 kak murni

    ReplyDelete
  3. pernah ada plan nk bawa family ke pangkor, tapi sbb x minat sangat pantai n laut..so, tukar plan pi tanah tinggi..hehehe

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang