Diari Mengandung Anak ke-3 | 1st & 2nd Trimester

9:22 AM

Assalamualaikum..

Dah lama Murni tak coretkan kisah peribadi Murni di Blog kesayangan ni. Untuk kawan2 yang mengikuti perkembangan Murni di Facebook mungkin sudah tahu Murni sudah selamat melahirkan anak ke-3, baby perempuan pada 4 Julai 2017 dan ketika Murni menulis ni pon baby Murni dah berusia 3 bulan  setengah dah. Kalau ikut hari pon dah 110 hari gitu. Baby pon dah boleh meniarap pada usia 3 bulan tepat. Jadi sebelum Murni terlupa saat2 mengandungkan baby Zulaikha, Murni nak coretkan sebagai diari mengandungkan dia dekat sini. Sebagai kenang kenangan. InshaAllah.


Check-Up dan Pemilihan Gynea

Murni LMP (Last Menstrual Period) pada 25 Sept 2016. Dan Murni ada buat upt bila lewat period seminggu dan result agak kabur. Jadi seminggu selepas buat UPT Murni jumpa doc untuk refer Gynea di Hospital tempat Murni kerja. Murni memang bercadang untuk buat Fully check-up dekat Hospital Lam Wah Ee, Penang kerana Murni bekerja disini. Di LWEH ni ramai juga Pakar OBSTETRITION & GYNAECOLOGIST dan yang popular adalah Dr Quah Thong Sai, Dr S. Shankar, Dr Lau Soon Yen, Dr Tee Yi Torg. Dan satu2nya Pakar O&G wanita adalah Dr Aw Lin Da yang baru  mengantikan Dr Ng Peng Wah yang sudah resign beberapa bulan lepas. Jadi Murni memilih Dr Tee Yi Torng kerana Dr Shankar, Dr Quah & Dr Lau terlalu ramai patient. Murni ni jenis kalau nak check up perut malas nak menunggu lama2. Lagipon Dr Tee ni pon Pakar O&G juga dan beliau pon ada buat Gynae Klinik waktu malam pada hari Khamis. Jadi kalau pada hari appointment Murni boleh juga datang check up pada waktu malam.


1st Trimester

       

Result Scan 7 weeks

Mula2 Murni check up dengan Dr Tee pada minggu ke-7. Hasil scan memang sudah nampak si tecik (embrio) tapi doc bagitau ritma jantung (denyutan jantung) masih belom dapat dikesan. Masa ni Murni dah susah hati. Tapi doc cakap jangan risau minggu depan datang lagi untuk scan. Doc bekalkan murni acid folic dan pesan jangan buat kerja berat dan jaga pemakanan. Dan seminggu selepas itu Murni datang lagi berjumpa dengan Dr Tee dan Alhamdulillah result scan dah ada denyutan jantung. Murni boleh dengar dengan jelas bunyinya dan juga nampak dekat screen ultrasound tu ada graf jantung baby. Alhamdulillah.

 
Result Scan 8 weeks
 
  
 
Dan selepas itu Murni ada appointment sebulan sekali bersama Dr Tee. Alhamdulillah masa 12 week sudah nampak bentuk baby dan tulang belakang sudah terbentuk tanpa ada putus2. maksudnya perkembangan janin sangat baik. Selepas usia 12 minggu ni kandungan Murni akan masuk ke Trimester kedua pulak. Pada Trimester pertama ni Murni ada laa juga alahan sedikit seperti perut berangin dan loya2..tapi tak teruk. Murni setiap hari mengamalkan B-complex with acid folic dan juga vitamin c chewable dan juga gingger untuk buang angin dalam perut.


Trimester Ke-2

  



Di trimester kedua check up lagi.. masa 16weeks doc bagitau muka baby elok..takde sumbing. Lega mendengarnya. Dan pada 20 week baby songsang kepala diatas. Tapi takpe masih awal lagi. Kalini doc pon ada bagitau jari2 tangan baby semua lengkap. Tulang dan tengkorak baby pon sempurna. Trimester kedua ni alahan seperti muntah dah takde. Tetapi pada usia kandungan 22 weeks Murni mengalami alahan teruk, muka naik rashes yang teruk. Murni malas nak cerita sebab memang pengalaman ngeri laa sebab pertama kali kena alahan muka gatal dan bengkak macam tu. Kalau nak tahu boleh klik sini ==> Muka naik Ruam Teruk 
 
Bersambung......




Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. bestnya ada memory utk masa depan..:)

    ReplyDelete
  2. kenangan yang terindah nanti baby zulaikha besar boleh tunjuk hihihi

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah dah besaq mek zulaikha skrg

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang