Rawat Jaundice di Rumah | Sewa Mesin Fototerapi Murah dan Berkesan

6:35 PM


Assalamualaikum

Apa khabar semua terutama kepada ibu2 yang tengah mengandung dan akan melahirkan tak lama lagi..tak lupa juga ibu2 yang baru lepas melahirkan atau yang masih tinggal di wad dan sedang menunggu masa sahaja nak balik ke rumah selepas bersalin. Walaupon Murni dah 6 bulan melahirkan baby Zulaikha tapi segala peristiwa yang berlaku di Wad di hospital masih lagi segar diingatan Murni. Tambah2 pula selepas melahirkan Zulaikha, Murni terpaksa ditahan di O&G ward di Hospital Lam Wah Ee selama seminggu kerana ada sedikit komplikasi ketika & selepas melahirkan baby Zulaikha.




Sepanjang 7 hari Murni berada di wad macam2 senario yang Murni dapat lihat dengan mata sendiri. Dan hari ini Murni nak kongsikan pasal jaundice (demam kuning). Murni rasa ramai ibu bapa yang dah tahu pasal jaundice di kalangan bayi baru lahir ni. Kalau tak tahu boleh jer google pasal jaundice (demam kuning). dan Jaundice ini juga adalah salah satu kebimbangan dikalangan ibu2 yang baru sahaja melahirkan anak. Oleh keran jaundice ini, ada ibu yang dah dapat balik tetapi baby masih belom dapat balik kerana baby masih jaundice dengan bacaan tinggi. Jadi parent terpaksa ambik extra bed dan tambah masa untuk tinggal di wad semata2 untuk temankan baby kerana malas untuk berulang alik dari rumah ke hospital untuk menyusukan baby. Rate bermalam di private hospital ini bukan murah mencecah ratusan ringgit semalaman..itu pon kalau bernasib baik ada katil yang masih kosong. Kalau tak ada terpaksa laa juga ibu balik dulu dan terpaksa ulang alik dari rumah ke hospital untuk menyusukan baby.




Dan Murni pon berpengalaman juga mengenai baby jaundice ni. Semasa Murni di wad, jaundice Zulaikha agak tinggi bacaan dia dalam 230. Jadi dah alang2 Murni masih kena admit selama seminggu jadi Doktor beri lampu fototerapi untuk Zulaikha di dalam bilik Murni. Jadi Murni tak payah nak berjalan ke Nursery untuk melihat atau memberi susu kepada Zulaikha. Alhamdulillah selepas dua malam menggunakan mesin fototerapi ini bacaan Jaundice Zulaikha turun mendadak dari 230 kepada 180 sahaja. Dan sepanjang seminggu Murni ditahan di wad memang lampu fototerapi ini diletakkan di bilik Murni. Jadi Murni rasa sangat senang..selepas menyusu Zulaikha dan bila dia tidur Murni terus letakkan dia dibawah lampu fototerapi ni. Alhamdulillh, pada hari ke-7 ketika Murni discharge dari wad bacaan jaundice Zulaikha dah turun kepada 148 sahaja dan Pakar Kanak2 yang menjaga Zulaikha pon bagitau bacaan tu dah tak bahaya dan lepas balik rumah boleh continue check up jaundice ni di klinik kesihatan sahaja. Murni teringat dulu2 masa Alysa bacaan 150 tu dah boleh discharge tapi menurut doktor, loni KKM menetapkan k.p.i baru bagi bacaan untuk discharge adalah 80. Jadi jangan ambik mudah tentang jaundice ni ya.






Semasa Murni di wad ramai juga ibu2 bertanya kpada Murni boleh ke nak sewa mesin fototerapi ni untuk bawa balik rumah. Oleh kerana Murni pon bekerja di Hospital Lam Wah Ee dan Murni cuba tanya pada Charge Nurse, kalau untuk sewa mesin ini dan bawa balik rumah tak boleh. Tetapi kalau nak hantar baby untuk letakkan di bawah mesin fototerapi ini di hospital boleh jer. Tapi masa tu Murni tak tanya pulak berapa harganya kerana kawan2 dekat wad tu lebih berminat untuk sewa dan bawa balik rumah. Dan Murni teringat dulu ada seorang kawan Murni, dia pernah sewa mesin fototerapi untuk anak dia yg prematured dan jaundice. Murni pon tak tahu rupanya ada service macam ni. Murni pon ada bincang dengan encik suami kalau jaundice Zulaikha makin naik kami nak sewa mesin fototerapi ini. Sebab Murni rasa cara ini paling selamat dan berkesan. Murni tak berapa berkenan dengan ibu2 yang suka mencuba merawat jaundice anak mereka dengan cara memberi baby makan macam2. Sangat bahaya sebenarnya kerana usus baby masih baru dan tak sepatutnya diberi makan atau minum selain susu ibu. Jadi dengan menggunakan service sewa mesin fototerapi ini sangat2 la digalakkan dan juga disarankan oleh pakar kanak2.



Perkenalkan Home Phototherapy Services Sdn Bhd (HPS) Syarikat ini telah beroperasi selama 17 tahun dan telah berjaya merawat lebih 10,000 bayi sakit kuning. Servis home phototherapy ini sebenarnya sudah beroperasi dari tahun 2001 bermula di Kuala Lumpur dan kini beroperasi di bahagian Utara pula. Mesin fototerapi yang diberi nama Bluelite dan direka khas serta telah dipatenkan telah mendapatkan pengiktarafan keselamatan dari Sirim Berhad. Syarikat juga mempunyai lesen perniagaan dari Medical Devices Authority (MDA) dan telah dianugerahkan dengan sijil ISO13485.





  Home Phototherapy Services ini menawarkan pakej sewa mesin fototerapi Bluelite bermula RM395 untuk dua malam. Untuk 4 hari 3 malam pula pakej harga ialah RM485 sahaja. Harga termasuk penghantaran dan pengambilan serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata juga turut tersedia bersama pakej, ibubapa bayi hanya perlu tunggu dirumah dan terus melakukan rawatan fototerapi dengan serta merta. Harga adalah untuk penghantaran dalam lingkungan 30km dan dalam waktu bekerja sahaja. Caj tambahan dikenakan untuk penghantaran melebihi 30km dan selepas waktu bekerja. 




Mengenai Bluelite


  Home Phototherapy Services Sdn Bhd (HPS) Sdn Bhd (501390-M) diperbadankan pada bulan Disember 1999 dengan objektif mengadakan sistem yang berdaya maju disektor komersial untuk perkhidmatan rawatan fototerapi di rumah bagi bayi baru lahir menghidapi penyakit kuning. Rawatan ini diilham oleh pasangan jurutera mekanikal dan doktor perubatan, yang keempat-empat anak mereka mengalami kekuningan yang serius semasa baru lahir. Setelah melalui pengalaman yang mencabar ini, mereka berazam mengadakan rawatan yang lebih memudahkankan dan mesra bagi ibu-bapa lain. Rawatan fototerapi tentunya boleh dilakukan di rumah dengan peralatan dan sistem yang betul. Pencarian peralatan yang sesuai untuk kegunaan fototerapi di rumah bermula pada awal tahun 2000. Kami meneliti berapa peralatan yang diperingkat antarabangsa, ciri-ciri kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kami menetapkan ciri-ciri asas yang mesti ada pada peralatan yang bakal dipilih termasuk: selamat, berkesan, mudah untuk diguna, mudah diselenggara, sesuai untuk iklim tropikal di Malaysia dan tahan lama. Malangnya tiada peralatan yang memenuhi semua keperluan ini.

Pada bulan Julai 2000 kami menerima hakikat untuk terpaksa membuat peralatan sendiri dengan sumber yang terhad. Penyelidikan dan pembangunan kami mengambil masa tujuh bulan di mana beberapa mesyuarat telah diatur dengan pakar kanak-kanak di pelbagai pertubuhan. Kami menerima nasihat kepakaran mereka dan menjelang Mac 2001 kami telah bersedia untuk bayi mengguna peralatan kami.

Pesakit pertama kami diperkenalkan pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 17 April 2001. Bayi berumur lima hari dan tahap bilirubin adalah 260 mmol / L[micromol per litre]. Setelah rawatan dan lawatan ke doktor pada hari ke 7, tahap bilirubin adalah 180 mmol / L.


"Penurunan ini adalah sama baik dengan rawatan di hospital” adalah kenyataan yang diberikan doktor pakar. Maka sahlah peralatan kami telah mencapai matlamat yang ditetapkan.



Kelebihan Melakukan Fototerapi Di Rumah:

  • Tekanan yang dialami oleh ibu dan keluarga dapat dikurangkan. 
  • Ibu bapa tidak perlu berulang alik ke hospital. Anak-anak yang lain tidak kerinduan ibu-bapa yang selalunya ada di rumah.
  • Penyusuan Ibu tidak terganggu. Susu ibu telah lama diiktiraf sebagai nutrisi yang terbaik untuk bayi anda. Fototerapi di hospital biasanya memisahkan ibu dan bayi.
  • Ikatan ibu dan anak yang sangat penting pada peringkat awal dapat dipermudahkan.
  • Ia selamat, mudah digunakan dan berkesan dengan peralatan yang betul.
  • Bagi peralatan kami keselamatan telah terbukti dengan lebih 6,000 pengguna. Tiada pelarasan (adjustment) perlu dibuat. Peralatan kami dijamin sekurangnya sama berkesan dengan peralatan hospital apabila digunakan dengan betul.
  • Penjimatan sehingga 80% daripada keseluruhan kos rawatan termasuk perundingan dan pemeriksaan makmal pesakit.
  • Adat berpantang bagi sesetengah ibu boleh dipatuhi sepenuhnya dengan tidak meninggalkan rumah. Bayi itu boleh dibawa ke doktor oleh bapa dan dewasa lain.




Bagaimana Untuk Mendapat Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah


  • Untuk menggunakan perkhidmatan kami ibu bapa perlu membawa anak mereka yang baru lahir untuk pemeriksaan doktor. Ini adalah satu keperluan wajib. Berdasarkan pemeriksaan dan ujian darah yang dijalankan, doktor akan menentukan sama ada fototerapi diperlukan.
  • Bagi doktor yang biasa dengan fototerapi di rumah, pilihan akan diberikan kepada ibu bapa bayi yang baru lahir yang sesuai untuk melakukan fototerapi di rumah atau di hospital. Jika menerima rawatan di rumah bayi mesti dikembalikan kepada doktor selepas satu atau dua hari (2-3 hari lebih lazim). Dalam kebanyakan kes kekuningan akan reda dan fototerapi boleh dihentikan.
  • Diingatkan rawatan di rumah hanya sesuai untuk lebih-kurang 90% kes bayi kuning bukan semuanya.



Testimoni Pengguna Yang Telah Menyewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite Malaysia

Sudah ramai yang berjaya merawat masalah jaundice atau demam kuning bayi mereka dengan menggunakan kaedah mesin fototerapi Bluelite Malaysia. Jom kita lihat apa kata mereka.













Khas untuk pembaca blog murnialysa.com ni Murni nak bagi special discount jika menyatakan kod BLMURNI semasa membuat tempahan di Bluelite Malaysia. Tapi Kod BLMURNI ni hanya sah untuk tempahan Mesin Fototerapi Bluelite di kawasan Utara sahaja ya! Ibu-bapa yang berminat boleh juga terus ke alamat ini:

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
A-16-12 Kompleks BM City,
Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Telefon: 012 271 1894

Klik Untuk Whatsapp Sekarang!


Facebook : @BlueliteMy

Instagram: @bluelite_my

Sekian perkongsian maklumat dari Murni. Murni doakan semoga segala urusan ibubapa dan bayi dipermudahkan..Aamiiin!



Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. Liez dapat th ada sewa bluelite ms bersalinkan Niyaz 2016.. waktu tu kena warded coz jaundice 3D2N.. so next boleh sewa kat rumah je

    ReplyDelete
  2. wah boleh sewa mesin loni.. bagus info ni kak murni sesiapa ada baby yang kena jaundice

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni.. Ssiapa yg ada masalah mcmni boleh ikhtiar dgn cara ni.

    ReplyDelete
  4. baguslah mesin ni boleh sewa..kena menabung lah jugak untuk mesin ni..mana lah tau incase dpt baby kena kuning kan..

    ReplyDelete
  5. di ipoh perak xde ke servis cmni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang