Komplikasi Semasa Bersalin Anak Ke-3 | Vulva Hematoma

8:36 AM

Assalamualaikum...



Walaupon segan nak ceritakan tentang komplikasi yang Murni alami semasa dan selepas melahirkan Zulaikha tetapi Murni nak kongsikan juga sedikit pengalaman ketika Murni mendapat Vurva Hematoma yang agak besar lebih kurang sebesar buah apple fuji (8cm) menurut Dr Tee. Bagi kawan2 yang tak tahu apa itu Vulva Hematoma boleh laa google. Vulva Hematoma diistilahkan sebagai penggumpalan darah atau darah beku di bahagian vulva (bahagian paling luar sistem reproduksi wanita).Terdapat pelbagai jenis hematoma namun lazimnya, ramai ibu-ibu yang menderita hematoma postpartum iaitu pendarahan akibat kecederaan semasa proses kelahiran secara episiotomi, iaitu kaedah memotong sedikit bahagian perineum ataupun kecederaan pembuluh darah di sekitar tisu menyebabkan terjadinya kantung yang dipenuhi darah, membengkak selepas bersalin secara normal. Tapi Murni bersyukur kerana Murni hanya mendapat Vulva Hematoma tanpa episiotomi iaitu  tak luka dan tak perlu jahit. 




Menurut doktor dan nurse yang menyambut kelahiran Zulaikha. Vulva Murni membengkak secara tiba2 ketika saat2 akhir kepala Zulaikha nak keluar. Dan setelah Zulaikha keluar vurva Murni dah membengkak seperti belon. Mungkin darah daripada kapilari darah, berkumpul di ruang tertutup yang tiada ruang terbuka untuk mengalir keluar. Dan darah yang terkumpul menyebabkan kawasan menjadi bengkak dengan kesakitan yang teruk.


Hasil carian Google Dr. Swi Peng berkata, gejala hematoma berlaku apabila terjadinya pembengkakkan di satu sisi vagina, yang terasa tegang namun lembut apabila disentuh. Darah yang terkumpul boleh menyebabkan bengkak itu berwarna ungu atau kehitaman. (Sama seperti yang Murni alami)


Pesakit jelasnya, akan mengadu kesakitan yang teruk, terutama jika cuba untuk duduk dan kesakitan ini tidak boleh diatasi dengan ubat penahan sakit. (memang Murni terbaring jer selama 6 hari sebab bila cuba duduk memang sakit di bahagian itu. Kalau bangun pon Murni kena bersandar di katil)


Ada juga yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil sekiranya tekanan dan pembengkakkan berlaku pada uretra (saluran air kencing) dan juga memberi tekanan kepada rektum. (Ya betul, sebab itulah selepas sahaja bersalin semasa di Labour Room lagi Dr Tee sudah memasukkan tiub urinari kateter atau dalam bahasa perubatan moden lebih di kenali dengan singkatan “CBD” yang membawa maksud “Continuous Bladder Drainage” atau lebih senang lagi dipanggil bag kencing sebab Dr Tee tau Murni memang tak boleh bangun. Mujur nurse LWE ni datang cuci luka sebanyak 2 kali sehari.


Setelah pulang kerumah dan sudah 18 hari berlalu tetapi bengkak itu masih belum surut dan makin mengeras. Murni rasa sangat susah untuk bergerak dan duduk. hanya terbaring sahaja. Pada 22hb Murni ajak encik suami ke hospital untuk jumpa Dr Tee. Kalau ikutkan appointment adalah pada 24hb tapi Murni dah rasa tak sanggup nak tunggu. Jadi pada 22hb Julai (Sabtu) Murni ke hospital untuk jumpa Dr Tee dan Dr Tee scan dan memang jelas kelihatan satu tompokan hitam iaitu darah beku yang terkumpul disitu. Dalam istilah medical ialah Vulva Hematoma. Jadi Dr Tee cakap tak boleh tunggu dah terpaksa operation I&D (incision & drainage) iaitu untuk membuang darah beku itu. Menurut Dr Tee darah beku itu berukuran diameter 8cm. Besar woo sebab tu laa ianya sangat sakit dan tak kecut2. 






Jadi Dr Tee bagi tarikh 24/7/2017 (Isnin) untuk operation memandangkan operation day Dr Tee adalah hari Isnin. Mujur laa Murni datang awal. Kalu tak mesti kena tggu seminggu lagi. jenuh..Jadi malam Isnin tu Murni puasa dirumah. esok pagi pukul 10.30 Murni mendaftar di admission kaunter untuk admit. Sekali lagi Murni berasa sedih sebab Mak Murni sudah balik kampung dan Zulaikha pulak tidak dibenarkan untuk bermalam di Wad bersama Murni kerana Zulaikha tidak sakit. Jadi malam tu encik suami kena laa jaga Zulaikha sorang2..hu hu hu.


Dalam pukul 11.30 murni dibawa ke bilik Ot dan diberi sedut gas dan pengsan. Jadi Murni tak sedar laa apa yang Dr Tee buat masa dibilik ot. Dalam pukul 2 ptg Murni sedar dan ditolak ke wad semula. Tapi malam ni Murni kena tidur di wad bg doc monitor keadaan kesihatan Murni. alhamdulillah malam itu Murni takde pening muntah dan tak demam.. dan malam itu Murni dibenarkan makan dan minum.




Dan mesti kawan2 tertanya2 macam mana dengan Vulva Hematoma Murni tadi. Alhamdulillah selepas segala darah beku tu dikeluarkan, bahagian itu sudah kecut dan tak rasa sakit lagi. Macam bisul laa bila dah buang segala nanah dan darah kotor dah tak sakit dah laa.. cuma luka tempat incision tu tak dijahit bagi membenarkan sisa2 darah keluar dengan baik. Murni pon tak tahu dimana luka tersebut. yang Murni tahu rasa lega sangat2 sebab masalah Murni dah selesai. Kalau tahu macam ni punya senang awal2 lagi Murni dah datang serah diri kat Doctor. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan Murni juga bersyukur kerana kos operation I&D ini pon FREE kerana Murni adalah staf disini.










Keesokan pagi awal2 pagi lagi encik suami datang ke hospital membawa baby Zulaikha. ya Allah rindu sangat kat Zulaikha. Dia pon baik sangat2 mungkin dia paham ibunya sakit melahirkannya. Semoga Zulaikha besar2 esok menjadi anak yang solehah. Aamiin. Dan 25/07/2017 dalam pukul 11am Dr Tee datang melawat dan melihat rekod kesihatan Murni. Murni dibenarkan pulang pada tengahari itu juga. Dan selepas seminggu sekali lagi Murni diberi appointment seminggu lagi untuk berjumpa Dr Tee bagi melihat luka Incision tersebut sudah tertutup atau tidak. Alhamdulillah selepas seminggu luka tersebut sudah tertutup elok. dan Murni tak perlu dah berjumpa Dr Tee. Terima Kasih Dr Tee kerana menjaga & merawat dari awal kehamilan hingga laa Murni sembuh sepenuhnya.  



Sepanjang Murni sakit ramai kawan2 yang whatsapp dan juga PM berkongsi pengalaman dan masalah yang mereka alami semasa melahirkan. Ada kawan Murni mendapat hematoma pada luka ceaserian. bila dia bercerita tu Murni rasa dia punya kesakitan adalah lagi teruk kerana luka yang dibuka dibiarkan terbuka dulu bagi memudahkan pembersihan dan penjagaan adalah lebih rumit. huhuhu. dan seorang lagi kawan Murni cerita dia mendapat hematoma pada luka perineum dimana jahitan telah dibuka semula dan luka dibersihkan setiap hari. dan setelah itu luka tersebut dijahit lagi sekali. Dan beberapa hari selepas Murni keluar hospital pon kecoh dalam FB pages ibu2 mengandung bahawa ada seorang ibu baru melahirkan anak 4 hari meninggal dunia kerana hematoma pospartum & vulva hematoma stage 4 dimana dia mendapat bleeding (tumpah darah) masa ini Murni rasa sangat2 bersyukur kerana walaupon Murni kena vulva hematoma tetapi Murni tiada luka dan tiada jahitan. Allahuakhbar.





Sedikit info tentang Vulvar Heamatoma (kredit: Google)


  • Pengumpulan darah di mana-mana di kawasan vulvar dipanggil hepatoma vulvar. Walaupun hematoma vulvar boleh berlaku selepas kecederaan pada vulva disebabkan oleh sebarang sebab, ia biasanya terjadi selepas melahirkan bayi.

  • Vulvar hematoma boleh berlaku sama ada secara spontan atau selepas pembaikan tidak betul pada luka episiotomi. Darah dari pecah urat dalam rantau ini mengumpul di ruang tertutup tanpa pembukaan untuk mengalirkan keluar. Darah yang dikumpul menyebabkan kawasan menjadi membengkak dengan kesakitan yang teruk.
  • Vulvar hematoma adalah lebih biasa dengan penghantaran instrumen seperti penghantaran Forceps atau aspirasi vaksin - penghantaran forceps menjadi lebih berisiko.
  • Episiotomi mengurangkan risiko hematoma vulva dengan meningkatkan saiz pembukaan vagina.
  • Tetapi hematoma juga boleh berlaku selepas episiotomi telah dilakukan jika saluran darah tidak disambungkan secukupnya semasa pembaikan.



Gejala Vulva Hematoma



  • Pembesaran terus meningkat ke satu sisi faraj.
  • Bengkak adalah tegang dan lembut kepada sentuhan.
  • Darah yang terkumpul boleh menyebabkan bengkak menjadi berwarna ungu atau kehitaman.
  • Wanita itu mengadu kesakitan yang teruk, lebih-lebih lagi duduk. Kesakitan tidak boleh dipercayai dengan ubat penahan sakit.
  • Mungkin ada masalah dalam membuang air kencing sekiranya tekanan pembengkakan pada uretra.
  • Tekanan rektum boleh berlaku.
  • Pendarahan boleh menjadi sangat teruk untuk menyebabkan pesakit masuk ke dalam kejutan hemorrhagic




Rawatan / Pengurusan Vulva Hematoma

  • Rujuk dengan doctor / pakar sakit puan secepat yang mungkin.

Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. owh.. baru taw terima kasih kak murni shring tentang ni

    ReplyDelete
  2. Cik ila yang baca pun dah rasa nyilu dan sakit.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. A SFRNFZL Giveaway
    2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. sy alami masa lahir anak pertama April 2021.. lebih kurang 1 jam lps bersalin sy rasa sakit sangat, x blh duduk seolah terasa nk meneran sesuatu tp bkn mcm nk buang air besar.. doctor terus buat pembedahan kecemasan, bahaya kata doktor.. pengalaman yg xkn sy lupakn, sy doakn tak ada ibu2 yg kena mcm sy lg sbb sy seolah separuh mati menahan sakit..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang