Mandi-manda di ESCAPE WATERPLAY Penang

1:52 PM

Assalamualaikum..

Maaf sangat2 kerana peram entry ni agak lama. Dah kira macam lontar belakang dah ni. Pada hujung bulan October 2017 Murni sekeluarga berkesempatan untuk mandi manda di ESCAPE WATERPLAY Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pada masa tu tempat ini belom dibuka kepada umum lagi. Kami  telah dijemput untuk review tempat ini dan sebulan selepas kami datang ni barulah tempat ini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai. Kiranya tempat ini baru lagi dan kesinambungan dari ESCAPE ADVENTUREPLAY Penang. Setahun sebelum ini Murni sekeluarga sudah merasai keseronokan bermain di ESCAPE ADVENTUREPLAY dan juga berkhemah di Base Camp disana. Kali ni kami berkesempatan untuk merasai bermain di ESCAPE WATERPLAY pulak. Kali ini Murni lagi teruja kerana dapat membawa baby Zulaikha yang masa tu baru berusia 3bulan lebih (siapa kata ada baby tak boleh berjalan). Ok jom ikut Murni tengok apa yang menarik di ESCAPE WATERPLAY pulak

Sebenarnya tak banyak gambar Murni dapat ambik haritu. Almaklum laa kena layan si kenit baby Zulaikha. Untuk teaser boleh layan Full Video dari suami Murni.



Ok, mula2 Murni nak bagitahu di ESCAPE WATERPLAY ni peraturan agak ketat. Untuk menjaga keselamatan dan kebersihan kolam, pengunjung hanya dibenarkan memakai pakaian renang sahaja. Dan sekiranya tiada, pengunjung boleh menyewa di kedai menjual peralatan renang yang terletak bersebelahan sahaja dengan pintu masuk. Untuk jubah muslimah pon boleh disewa dengan harga RM10 sahaja. Untuk yang ada baby kecik macam Murni diapers renang untuk baby pon ada dijual. Tapi haritu Murni tak beli sebab ingatkan xnak bagi Zulaikha mandi. Mujur bila petang sikit cuaca dah redup masa nak bawa turun Zulaikha ke kolam kawan Murni Syakiera bagi pampers renang anaknya untuk Zulaikha pakai. sebenarnya pampers renang ni perlu dipakaikan kepada anak2 yang masih memakai diapers kerana bagi megelakkan anak2 terbuang air dalam kolam dan menyebabkan air kolam kotor dan tercemar. Menyebabkan terjadinya jangkitan pada kita dan juga pengunjung2 yang lain. Lagi satu untuk keselamatan juga kerana kalau kita pakaikan diapers biasa akan menyerap air dan menyebabkan diapers itu kembang dan membesar serta berat. jadi kalau anak2 kecik akan menyukarkan pergerakan mereka dan boleh menyebabkan mereka tenggelam. Sekarang dah ada banyak jual pampers yang khas untuk swimming. ada yang pakai buang ada jugak yang boleh recycle. sila cari dan beli demi anak anak kita sendiri jugak.




Lagi satu makanan dan minuman dari luar juga dilarang dibawa masuk. Tapi kawan2 jangan risau makanan dan minuman ada dijual di sini. Kawan2 hanya perlu membeli kupon di kaunter dengan minimum RM20. Bila nilai kupon dah habis anda boleh topup. Dan jika ada balance, anda boleh claim semula duit. 







Ops terlupa, locker tempat untuk menyimpan barang2 beharga juga ada disediakan untuk disewa. Tapi memandangkan kami datang dalam group yang besar maka kami bergilir2 laa menunggu barang2 kami. hihihi. Surau untuk orang Islam juga ada disediakan.






Apa yang menarik di ESCAPE WATERPLAY??

Sama seperti Escape Adventureplay, Escape Waterplay pon menyediakan bermacam2 aktiviti yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi bagi kanak2, aktiviti mereka perlu dipantau oleh ibu bapa. Walaupon di setiap sudut dan seksyen ada ditempatkan lifeguard tapi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini ibu-bapa perlu memantau aktiviti anak2 dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pengurusan ESCAPE WATERPLAY.


1) PLAY HOUSE

Haritu kami banyak menghabiskan masa disini. Kerana ianya sesuai untuk semua. Lagipon banyak slide yang berbeza ketinggian dan warna sangat2 menarik. Untuk mak2 yang penakut macam Murni ni boleh laa layan slide di Play House ini.



























  















2) TOTS PLAY

Direka untuk kanak-kanak untuk bermain kerana kolamnya sedalam 0.2 meter sesuai untuk kanak-kanak berumur dari bayi sehingga 12 tahun.





3) AK AKEDEMI

Permainan ini mengajar kanak-kanak agar lebih konfiden dan berani bermain dengan air.



4) AK SPLASH

AK SPLASH ini mengingatkan kita tentang masa lalu di mana kita dapat bermain air bersama rakan-rakan di sungai memandangkan sungai-sungai yang ada telah tiada atau di telan arus kemodenan. Dengan kedalaman airnya cuma sedalam 0.6 meter ia amat sesuai untuk anak-anak berumur dari bayi sehingga 12 tahun.



5) AK DISCOVERY

AK Discovery ni seolah2 sungai tiruan la. Mengimbau kembali zaman2 dulu kita bermandi manda disungai. sekarang mana nak ada sungai yang betul2 bersih boleh mandi. Jadi dengan adanya AK Discovery ini kita boleh merasai semula rasa mandi sungai..hihihi




6) WAVE BALL

Masuk saja ke Escape Waterplay korang akan jumpa WAVE BALL. Kalau korang nak rasa pengalaman seperti bermain ombak di laut boleh cuba permainan ini. Pengunjung harus memakai jaket keselamatan yang disediakan kerana alunan ombaknya agak besar. Eh…jangan takut. Budak-budak la paling seronok kat sini tau.




EXTREME POOL


1) RAINBOW SLIDE

Paling suka RAINBOW SLIDE ni tapi apakan daya saya tak dibenarkan naik atas faktor keselamatan. Korang kena meniarap dan meluncur laju ke bawah. Nasib la tak boleh naik. Kalau tak dah lama saya panjat naik RAINBOW SLIDE ni.










2) SLIDE CURAM

Di sebelah rainbow slide terdapat 2 lagi slide untuk korang bermain. Yang jalur merah jambu putih tu slidenya agak curam dan slide berwarna hijau pula korang akan dilepaskan melalui tube.




3) TWISTER SLIDE

Mesti ramai yang suka bermain di TWISTER SLIDE ni. Ia mempunyai laluan yang tertutup dan terbuka. Korang boleh pilih nak laluan yang macam mana. Tapi perlu di ingat, sila bawa pelampung korang sendiri dari bawah ya sama ada nak bermain secara solo atau berpasangan.



















4) PAPAN ANJAL

Jalan ke depan sedikit akan jumpa ATAN’S SWING & ATAN’S JUMP. Kalau korang nak mencuba permainan yang mencabar dan merasai aliran ardinelin korang mengalir laju dalam badan boleh cuba permainan ini. Yang paling penting kena pandai berenang dan jangan panik kerana kolam ini sedalam 5 meter. Dan di ATAN’s SWING juga akan diadakan persembahan terjunan dengan api oleh penerjun professional.











5) BANANA FLIP

Di kolam 5 meter yang sama terdapat permainan yang paling digeruni iaitu BANANA FLIP. Kalau korang jenis yang suka aktiviti lasak dan pandai berenang, bolehlah mencuba aktiviti ini. Jom layan video ni. Kami semua tak berani hoii.




TEMPAT SANTAI SANTAI

Di ESCAPE WATERPLAY ni sangat banyak tempat untuk bersantai2. Dulu murni pernah pergi ke Legoland Waterpark dan memang tak banyak kawasan rehat yang disediakan. Dan tempat rehat dipisahkan jauh dari kawasan kolam. Tapi di Escape Waterplay ni memang serata2 tempat ada tempat untuk duduk2, santai2 malah ada buaian yang digantung di pokok. Zulaikha pon lena sejam lebih dalam buai disitu. Memang best sangat. jadi kalau kawan2 bercadang nak bawak mak atah, tok nenek pon boleh. kalau diorang taknak mandi diorang boleh jer berehat2 sambil tengok2 anak cucu mandi. lagipon untuk warga emas umur 60 tahun keatas masuk PERCUMA.

















Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua team Escape Penang kerana sudi menjemput kami dan membantu kami haritu. Dan kalau kawan2 teringin untuk ke ESCAPE WATERPLAY ni dan inginkan maklumat lanjut tentang harga tiket dan Escape Waterplay, bolehlah layari :-

Website : www.escape.my



 
Harga tiket belian walk-in dan online adalah berbeza. Jadi korang boleh dapat harga lebih murah dengan belian online. Buat keputusan yang lebih bijak ya

 
Atau boleh hubungi :-
 

Tel : +604 881 1106

Fax : +604 881 3106

 
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari ISNIN. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. wahhh.. besar jugak tempat dia ni ^^

    ReplyDelete
  2. seronoknya
    harap ada rezeki sampai disini

    ReplyDelete
  3. seronok tengok anak-anak kak murni mandi

    ReplyDelete
  4. wah...baru tahu penang ada tempat camni..kena masuk dlm planning travel ni
    nnti jengukla blog muda saya yer
    https://rosapegiitravel.blogspot.my

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang