DIY Design Mug di Printcious.Com | Online Gift Shop Malaysia

8:26 AM


 Assalamualaikum

Siapa kat sini suka DIY (Do It Yourself)?? Tak kira laa apa sahaja barang contoh seperti mug, baju T-shirt, sarung kusyen dan
 lain lagi. Barang2 ini samada digunakan sendiri atau dihadiahkan kepada orang lain. Tetapi bila kita DIY design sendiri akan lebih terserlah barang itu kerana ada keunikan yang tersendiri kerana ianya tak ada dijual di kedai. Betul tak?



Macam Murni sendiri memang suka DIY barang personal atau gift. Murni rasa satu kepuasan bila dapat buat design sendiri. Dan bila teringin nak DIY hadiah atau pon barang perhiasan untuk kegunaan sendiri, Murni suka ke satu laman web yang menyediakan pelbagai barang yang cantik untuk dipilih dan yang paling Murni suka adalah kerana Murni boleh DIY sendiri. Tetapi kalau kawan2 malas atau tak ada masa untuk DIY ada jer barang2 yang sudah siap dan semuanya cantik2 belaka. Kawan2 hanya perlu memilih dan membuat tempahan secara online. Kawan2 pernah dengar tak website PRINTCIOUS.COM. Buat masa sekarang Murni rasa Printcious adalah ONLINE GIFT SHOP MALAYSIA yang TERBAIK yang pernah Murni cuba. Tengok laa macam2 ada tunggu pilih sahaja.



Sebelum ini Murni pernah menempah MUG, Puzzle dan Hiasan Ceramic Tile. Kali ini Murni pon nak tempah Mug juga untuk tambahkan koleksi Mug untuk rumah baru Murni. Dan kali ini pon Murni nak DIY design dekat Mug tu. Untuk kawan2 yang pertama kali membuka website ini kawan2 perlu membuat pendaftaran bagi akaun kawan2 tau. Setelah membuat pendaftaran kawan2 akan mendapat email pengesahan, haa…lepas tu kawan2 dah boleh membuat pilihan yang mana satu hadiah atau produk yang diidamkan dan masukkan ayat atau gambar yang kawan2 inginkan. Selesai memilih produk boleh klik di bahagian produk tersebut dan nanti kawan2 akan di bawa ke bahagian masukkan gambar atau tulisan apa yang anda inginkan ikut kreativiti anda sendiri. Nanti Murni tunjuk step dia sekejap lagi. So cantik tak Mug ini. Mug ini special kerana bila kita letak air panas baru gambar akan keluar.




Tetapi jika kawan2 tak sempat atau malas nak DIY design sendiri kawan2 boleh jer memilihready design yang ada atau msebagai rujukan untuk DIY design sendiri nanti. Selamat Mencuba.





Ok sekiranya kawan2 nak DIY sendiri design ni Murni nak ajar macam mana nak buat. Senang jer tak susah pon. Bila dah tekan create now tu akan keluar satu blank page macam dekat bawah ni.



Disni kawan2 boleh pilih nak masukkan gambar atau perkataan. Macam Murni nak masukkan gambar dan perkataan. Ini gambar lama masa kami pergi je Cameron Highland.



Bila dah puashati dengan rekaan yang sudah dibuat, pilih kuantiti barang yang  nak, lepas tu tekan bahagian DONE untuk kebahagian Order Summary. Di sini jika anda ada promo code bolehlah letak di sini untuk dapatkan diskaun, selesai semua anda boleh tekan CHECKOUT.


Seterusnya kita perlu mengisi alamat surat menyurat dan akhir sekali membuat bayaran, selesai sudah..lepastu kawan2 hanya perlu menunggu barang sampai saja depan pintu rumah atau di mana alamat yang kawan2 inginkan barang anda sampai. Mudah aje kan? Dan sekiranya kawan2 ada masalah ketika menggunakan khidmat printcious ni kawan2 tekan jer button message yang warna biru di tepi tu. nanti akan ada team bantuan dari printcious akan membatu kawan2. Don't worry yang penting cuba dulu.



Disini Murni juga ingin mewar-warkan jika anda mencari best mug printing in Malaysia, jangan lupa untuk menghubungi mereka.

Sekarang ni sudah menjadi trend dimana2 majlis tak kira ape sahaja majlis mesti akan ada satu bahagian untuk Photobooth. Dan jika kawan2 perlukan photobooth untuk majlis harijadi, majlis perkahwinan ataupun majlis korporat, Printcrious juga turut menawarkan perkhidmatan Photobooth Rental. Senang kan. Semuanya sudah disediakan.

Apa lagi..jom la ke Printcious online Shop sekarang! Dapatkan hadiah untuk suami, hadiah hari jadi, hadiah kejutan, hadiah untuk dia, hadiah diy dan macam-macam hadiah untuk sesiapa sahaja agar mereka semua merasa terlalu istimewa dengan pemberian hadiah rekaan istimewa yang kita reka sendiri. Sesuai sangat dengan logo ini!!



Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh sahaja layari :


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang