Koleksi Headband Cantik dan Murah untuk Baby Zulaikha

2:03 PM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Zulaikha dah 11 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Teringat lagi raya tahun lepas, Murni tengah sarat tunggu masa nak lahirkan Zulaikha ni. Dan inshaAllah Raya tahun ni Zulaikha boleh beraya bersama2 kami. Jadi persiapan hari raya kalini untuk Zulaikha adalah meriah sedikit la. Untuk baju dan kasut raya Zulaikha Murni lebih suka beli sendiri di kedai pakaian kanak. Almaklum kalau beli online takut sampai nanti saiz tak sama. Tak pasal2 menangis tepi almari nanti kalau dah beli tapi tak boleh pakai.

Anak perempuan tak sah kalau takde aksesori untuk kepala. Zulaikha ni rambut nipis jer dan kalau tak pakai baju ropol2 atau pakai baju biasa ramai yang cakap dia baby boy. Jadi setiap kali keluar jalan2 Murni akan pakaikan dia Headband. So bila orang dah tengok reben atau bunga atas kepala tu takkan ada lagi yang bertanya baby boy ke girl ni?? tapi kalau ada juga yang bertanya tu nasib kau laa ha ha ha.

Memandangkan headband Zulaikha dah banyak yang lusuh dan lunyai, Murni terpaksa beli yang baru. Murni lebih suka shoping barang baby di IG shop jer. Walaupon dekat Website lain ada jer tapi Murni lebih suka beli dengan seller tempatan kerana lebih senang nak berurusan dan service yang cepat. Dan yang paling penting Headband baby yang Murni nak beli tu mestilah headband murah dan headband cantik..betul tak! 

Dalam banyak2 Instagram yang menjual headband budak ada satu IG Shop yang memikat hati Murni iaitu baby_collection_ciktom. Walaupon IG Shop ni baru lagi, tapi colection dia semua latest, cantik dan ready stok. Yang paling penting harga pon berpatutan harga dibawah RM10 dan kebanyakan koleksi ada harga pengenalan. Tak percaya boleh cuci mata di Ig Shop ni. Jangan lupa follow juga sebab masih banyak lagi koleksi terbaru yang bakal dikeluarkan oleh baby_collection_ciktom.


Mesti kawan2 yang baca ni dah pi stalk IG Shop Ciktom tu kan..Cantik2 semuanya kan!!. Bagi yang tak ada Instagram tu jangan risau, korang pon boleh nak shopping Headband Budak yang cantik dan murah ni dalam Facebook Pages Ciktom Wardrobe. Jangan lupa Like & Follow juga tau.


Alhamdulillah lepas membuat tempahan dalam masa 3 hari Murni dah terima headband ni. Semuanya cantik2 belaka. 



Jom tengok model tak berbayar ni pakai headband beli dari baby_collection_ciktom. Masa shoot gambar ni Zulaikha baru bangun tidur. tapi Alhamdulillah dia ok jer. Dia seronok laa tu kami lakibini duk main acah2 dengan dia. 


Koleksi Anggun Headband





Koleksi Adelia Headband







Koleksi Medium Ribbon Headband




Koleksi Adira Headband




Koleksi Mia Headband




Cantik-cantik kan. Murni geram nak beli lagi ni. Mak mak kalau ada anak perempuan gini laa..lupa diri sekejap..he he he. Dan semestinya pilihan Murni adalah Headband Koleksi Ciktom.

 Kelebihan beli headband dengan Ciktom

❤Harga headband RM10 ke bawah
❤Pelbagai design headband terkini dan comel
❤Pelbagai pilihan warna
❤ Headband murah dan berkualiti
❤Pembelian 5 pcs ke atas percuma kos pos
❤Pembelian 10pcs ke atas percuma kos pos + 1 pc headband


Kawan-kawan jangan lupa follow IG dan pages FB Ciktom untuk peluang menangi hadiah headband sebab Ciktom akan buat contest tak lama lagi.

Psst: Untuk kawan2 bertuah Murni nak share Ciktom bagi PROMO Hari Raya iaitu diskaun 10% untuk setiap pembelian. Jangan lupa guna kod ini tau;

CTRAYA05

IG: http://www.instagram.com/baby_collection_ciktom

FB pages: http://www.facebook.com/ciktom_wardrobe

Whatsapp: 013-8013500


















Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. alahai comelnya berheadband

    ReplyDelete
  2. cantik-cantik koleksi headband di sini ye.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. comel sangat tau dia pakai headband...murah2 jugaklah kan headband cik tom ni

    ReplyDelete
  4. Cute...cantik cantik warnanya kan

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang