Ramadhan Buffet Dinner at Spoon Cafe, G Hotel Kelawai Penang

8:47 AM


 Assalamualaikum, 

Bulan Ramadhan kembali lagi. Sekali lagi Murni nak review Ramadhan Buffet Dinner yang berlangsung di G Hotel Penang. Kalau tahun lepas Murni review Buffet Ramadhan di Taste Cafe, G Hotel Gurney. Tahun ini Murni berkesempatan pulak untuk review Ramadhan Buffet di Spoon Cafe, G Hotel Kelawai pula. Untuk pengetahuan buffet di Taste Cafe lebih kepada menu Antarabangsa + menu Local Food manakala di Spoon Cafe G Hotel Kelawai pula lebih kepada Local Food + Antarabangsa. Tapi jangan risau kedua2 kafe ini memang menunya memikat selera kita. Kerana setiap chef mereka ada mempunyai signature dish mereka yang tersendiri. Tak percaya tengok apa yang bakal Murni paparkan..



Setiap Buffet Ramadhan kita akan tercari2 kambing golek. Hari tu kami dihidangkan dengan Peha Kambing Panggang. Rasanya sangat sedap. Bila dimakan bersama nasi beryani atau satay memang terangkat.



Ok Jom kita lihat barisan menu utama iaitu lauk pauk yang boleh dimakan bersama Nasi Hujan Panas. Menu utama seperti Udang Goreng Mentega+Bijirin, Lala Kam Heong, Sambal Sotong Petai & Ketam Masak Cili.







Di satu sudut lain terhidang Ayam Masak Madu, Daging Masak Hitam, Ikan Siakap 3 Rasa & Lamb Varuval. Yang pastinya semuanya enak2 belaka.






Tak lupa juga masakan sayur segar seperti  Kailan Ikan Masin dan Sayur Campur.




Tak lengkap juadah Pulau Pinang kalau tak ada nasi kandar, Kari Ayam, Kari Kepala Ikan, Rendang Daging, Kurma Kambing dan kacang panjang goreng cili kering. Dan kepada penggemar ayam goreng berempah dan ikan goreng berempah disediakan panas dekat gerai goreng2. Jika nak makan boleh minta penjaga gerai sediakan panas2..







Bagi yang tak makan nasi terdapat section yang menghidangkan pelbagai Roti dan juga Cheese yang diimport dari luar negara. Inilah masanya kita boleh mencuba pelbagai jenis cheese yang sedap.






Di satu sudut lagi terdapat pelbagai hidangan pembuka selera bagi kita orang Melayu di setiap kali berbuka puasa. Aneka jelatah, acar, kerabu, ikan masin, telur masin, sambal, serunding, budu, cencaluk, sambal belacan. Ulam2 segar juga ada. Kalau tak kuat iman boleh makan berpingan2 tau..hehehe










Terdapat juga salad yang segar khas bagi orang2 yang berdiet macam Murni ni..hehehe




Tak lupa juga Pecal dan Rojak buah. Yang ni sesuai makan bila datang dengan grup ramai2 sambil sembang sambil mengunyah. 



Di bahagian luar terdapat 9 gerai live action. Disini kita boleh lihat chef membakar Satay, menggoreng Char Koay Teow. Antara gerai lain yang ada ialah Nasi Kandar, Nasi Ayam, Penang Nyonya Mee Kari, Sharwarma, Sup Tulang, Bubur Lambuk, Ais Kacang dan Cendol. Pilih jer yang mana berkenan.










Selain itu, gerai BBQ juga menawarkan ikan pari, sotong, udang, kerang dan ikan panggang yang dipanggang panas2 dengan daun pisang sesuai air asam dan atau dimakan begitu sahaja








Terdapat juga gerai menyediakan Ais Kacang, Goreng pisang panas dan jugaHam Ching Peng. Juga digoreng panas2.






Ok kita kembali semula ke bahagian dalam cafe. Waktu berbuka kita disunatkan memulakan dengan memakan kurma atau makanan manis. Disini disediakan pelbagai jenis kurma kismis, terdapat juga Chocolate Fountain dan buah-buahan segar sebagai pemanis mulut.












Untuk melengkapkan juadah berbuka kita, tidak sah kalau tidak merasai bahagian pencuci mulut. Menurut PR G Hotel tahun lepas semasa di Taste Cafe ada Durian Cake, disini terdapat dua jenis Signature Desert iaitu Black Rice Cheese Cake & Chocolate Mousse. Memang sedap sangat2. Berulang2 kami mengambilnya. 










Setelah mecuba segala jenis hidangan, Murni nak simpulkan bahawa juadah berbuka di Spoon Cafe ni sangat2 sedap dan memenuhi selera citarasa lidah Murni. Bukan Murni sahaja yang berpendapat begitu, kawan2 blogger dan media juga bersetuju dengan pendapat Murni. Memang enjoy sangat2. Lepas ni InshaAllah boleh repeat lagi. Harganya pon berbaloi2. Siap ada promosi lagi. Nak tahu tengok bawah..




Harga Ramadhan Buffet Dinner di G Hotel 

SPOON Cafe
Adult: Daily RM75
Child & SC: Daily RM45


TASTE Cafe
Adult:
Sun-Thu RM125
Fri - Sat RM160
Child & SC:
Sun - Thu RM60
Fri - Sat RM70


Promosi!!!

15 May - 14 June 2018

Spoon Cafe: Buy 10 FREE 1

Taste Cafe: Buy 2 FREE 1


Untuk maklumat lanjut:

G Hotel Kelawai
Tel: +604-2190000

G Hotel Gurney
Tel: +604-2380000

Email: g4u@ghotel.com.my

www.ghotel.com.my

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang