Pengalaman 2D1N Stay Vacation Di Olive Tree Hotel, Penang

6:34 PM

Jom Balik Kampung dan Menginap di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Assalamualaikum..

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya kan, bagi rakan rakan yang berasal dari pulau Pinang dan akan pulang beraya di Pulau Pinang tu Murni nak pesan bawa kereta elok2 naa..Sekiranya kawan2 masih mempunyai masalah tentang penginapan sepanjang Hari Raya nanti Murni cuba menolong dengan artikel ini. Sebenarnya Olive Tree Hotel Penang ada menawarkan promosi "Jom Balik Kampung" dengan menyediakan bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Dari serendah RM 215+ sebilik untuk satu malam, pihak Olive Tree Hotel turut menyediakan shuttle service ke Queensbay Mall, Sunshine Square, Airport Penang dan juga Gurney Plaza jika ingin membeli-belah.


Sebenarnya sebelum puasa haritu Murni pernah stayvacation 2D1N di Olive Tree Hotel ini. Sebab itu Murni berani rekomen Olive Tree Hotel ni sebagai salah satu opsyen untuk kawan2 yang masih buntu memikirkan tempat untuk sekeluarga menginap. Bagi kawan2 yang mempunya keluarga yang berumah besar tak ada masalah. Tapi bagi keluarga yang mempunya rumah apartment atau flet Murni rasa adalah lebih baik menginap di hotel untuk keselesaan. Jom kita tengok apa yang menarik di Olive Tree Hotel Penang ni.



Bilik yang luas dan selesa. bagi yang anak ramai macam Murni ni boleh request untuk extra bed.


Terdapat dua meja dan kerusi untuk meletakkan laptop atau barang2 lain.



Haritu pihak Olive Tree ada beri Murni welcome card. Konon2 special guest laa..Thank You Olive Tree Hotel.



Juga disediakan air mineral dan juga compliment drink. kalau rajin boleh laa masak air dan bancuh. Juga turut disediakan Mini Bar Fridge untuk kita menyimpan minuman atau makanan sejuk.





Bagi orang perempuan bila nak check-in hotel perkara wajib ditanya adalah "iron & iron board". Jangan risau di setiap bilik di Olive Tree Hotel ini ada disediakan iron & iron board. Jadi tak perlu dah untuk keluar bilik semata2 untuk menggosok baju atau tudung. Malah kain pelikat untuk lelaku juga disediakan..alahai baiknya. Dan satu lagi perkara yang Murni suka di Olive Tree Hotel ini terdapat cermin besar di almari. jadi kalau nak mekap berjam2 pon di pagi raya senang tak payah nak berebut cermin dengan suami dan anak2..hehehe



Okay, tandas juga luas dan selesa. segala toiletries pon lengkap disediakan. Memang puas hati







 Dah habis review pasal bilik Murni nak review pasal facilities yang ada di Olive Tree ini. Tapi sebelum itu tempek dulu gambar si kecik Zulaikha ( umur 10 bulan ) sebagai kenangan.






Selepas berehat2 petang tu encik suami mengajak Murni dan anak2 meninjau suasana hotel ni. Tempat pertama yang wajib dan menjadi kesukaan anak2 adalah swimming pool. Tapi sebelum sampai ke swimming pool kita akan melalui Gym dan surau. Jom tengok apa yang ada dalam Gym Olive Tree Hotel ni. Memang mengujakan. Tapi apakan daya tak boleh nak work out sebab ada baby Zulaikha. hehehe








Okay kita dah sampai ke Swimming Pool. Swimming Pool ini berada di Level 8 dan dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam. Tuala boleh didapati di Gym. Kolam disini sedalam 1.2 meter dan menggunakan air masin macam air laut. Disini tiada kolam khas untuk kanak2 tau..kalau anak anak nak mandi pastikan diawasi oleh ibu bapa.












Selepas penat berenang, malam mesti lapar kan. Untuk mencari makanan di luar pon senang sangat. disebelah hotel terdapat Syed Bistro. Malam tu Murni beli bungkus nasi beryani Syed Bistro jer. Tak sangka sedap sangat nasi beryani disini. Patut la ramai pengunjung. Selain nasi beryani bermacam2 lagi makanan ada dijual disitu. Pendek kata tepuk dada tanya selera la.



Selepas makan encik suami ajak jalan2 laa. Takkan lepas makan terus tidur. 



Kebetulan Murni dapar 3 voucher complimentary mocktail yang boleh di redeem di Lounge & bermula dari jam 5 petang sampai 12 malam. So sambil2 layan live band dan layan anak2 main game boleh laa Murni lepak2 dengan suami sambil menikmati Mocktail free ni.









Selepas puas bermain dan minum, kami naik ke bilik dan tidur. Alysa dan Danish tidur di tilam extra yang kami request manakala baby Zulaikha dan kami pulak enjoy tidur di katil King yang besar dan selesa. 


Pagi esoknya kami turun ke level 1 ke Sukkah kafe untuk breakfast. Pelbagai hidangan disediakan. Alhamdulillah kami ber-5 kekenyangan disitu.

























Selepas breakfast kami naik ke bilik. sekali lagi Alysa & danish duk ajak nak mandi kolam lagi. Jadi abah mereka bawa mereka mandi sementara Murni dan Zulaikha mengemas barang barang memandangkan kami kena check out dah tengah hari ni.



Sebelum Murni terlupa, bagi yang menginap di Olive Tree Hotel Penang sepanjang berlansungnya promosi "Jom Balik Kampung" ini, ada diskaun 20% untuk makanan dan minuman di Sukkah Coffee House dan 7 lounge. Jadi kalau malas nak keluar boleh saja makan di sana. Untuk yang nak berbuka puasa boleh baca entry ini RAMADAN BUFFET 2018 DI OLIVE TREE HOTEL PULAU PINANG



Untuk maklumat lanjut:

Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri, 
Bandar Sunway Tunas, 
11950 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang

Tempah melalui website :- www.olivetreehotel.com.my
Atau hubungi +604-6377777



















Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. menarik, hujung tahun ni nak pi penang boleh la consider stay sini

    ReplyDelete
  2. Menarik la..akak plan nak bawak dania pi penang..bleh consider hotel ni..well dekat ngan airport Penang x?

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang