9th Anniversarry ( 4D3N Cameron Highland ) & Dapat Kunci Rumah Baru

6:40 PM

Assalamulaikum..

Maafkan mokcik, ini entry dah basi. Tapi sebab nak clearkan memori telefon terpaksa tempek disini. Alkisah 10/12/2017, sempena anniversary ke-9 kami bercuti ke Cameron Highland. Sebenarnya nak perabih voucher hotel RM500 masa menang Contest Traveloka awal tahun haritu. Semua Voucher tu kami redeem untuk Penginapan 5 hari 4 malam di Heritage Hotel Cameron Highland. Tetapi tiba2 pula, seminggu sebelum kami ke Cameron Highland kami dapat surat untuk ambik kunci rumah kami pada 11.12.2017. Tepat2 pada hari Anniversary kami yang ke-9. Setelah berbincang dengan suami dan cuti pon dah apply awal kami buat keputusan untuk pergi juga ke Cameron Highland 10/12/2017 tu. Dan keesokan pada 11/12/2017 kami balik semula ke Penang untuk ambil kunci dan patah balik ke Cameron Highland. Memang kerja gila laa kannn...




Maka pada 10/12/2017 kami bertolak juga ke Cameron Highland dan bermalam di Herritage Hotel. Masa ni Zulaikha baru berusia 5bulan dan ini kali pertama Zulaikha datang ke Cameron Highland. 





Ambik angin petang di luar Herritage Hotel.



Malam tidur nyenyak penat jalan jauh..hehehe


Pada pagi2 11/12/2017 kami bertolak balik semula ke Penang. Segala planning nak celebrate anniversary di taman bunga hancusss. Alhamdulillah kami sampai ke Penang dan terus ke rumah baru kami untuk ambik kuci dan check LAD. Sebelum ni Murni pernah cerita tentang rumah yang kami beli. Tapi oleh kerana rumah kami lambat dapat kunci dari tarikh yang dijanjikan maka kami dapat duit pampasan. (macam hadiah anniversary pon ada rasa)


 LAD (Liquidated Ascertained Damage) atau Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan adalah satu kadar denda yang akan dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya gagal menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan atau tempoh Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) telah berakhir. Walaubagaimanapun, LAD hanya boleh dilaksanakan terhadap kontraktor sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan. mengikut perkiraan yang dibuat oleh kontraktor kami layak mendapat pampasan lebih kurang 25k dan dibayar secara 2 peringkat. Alhamdulillah.




Lepas dapat kunci kami pergi tengok rumah sekejap. Mulanya suami nak terus check defect tapi kerana misi kami belom habis di Cameron Highlan kami bertolak pula ke Cameron Highland petang tu. Sampai di Hotel pon dah malam maka kami terus tidur penat seharian dalam kereta.



12/12/2017 misi kami berjalan2 jer mana yang sempat. Biasa la kalau tempat macam ni kalau datang masa cuti sekolah memang crowded sangat. Jalan pon jem sangat2..huhuhu. Kami hanya sempay singgah di Big Red Strawberry dan Bee Farm sahaja. (Maaf gambar banyak)

































14/12/2017 kami dah nak balik, posing dulu dalam hotel. Sebelum balik kami singgah kat ladang teh Bharat utk ambik gambar kenang-kenangan.



























Okay sampai sini jer..lepas ni akan menyusul entry pasal rumah baru kami. loni tengah mengumpul balik gambar2 dan nak revise balik cerita lama. Almaklum dah hampir 7 bulan. Dah hampir lupa dan tak tahu nak mulakan dimana. Semoga ada masa dan kekuatan. Aamiiin.





































Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang