Cat Sendiri Bilik Tidur Rumah Baru | Nippon Momento Snow Frost

9:30 AM

Assalamualaikum..

Kalini nak story part yang paling Murni suka. Sebelum kami dapat kunci lagi kami dah plan kami nak cat sendiri rumah kami. Murni pon banyak Google pasal cat. Murni sebenarnya berkenan dengan cat Nippon Momento yang cat coreng2 tu yang kaler sparkling silver tu. Tapi kami macam tak confident laa nak cat sendiri guna cat Nippon Momento tu. Takut tak menjadi sebab Murni pernah terbaca satu review blog dia cat tak menjadi. Dah ler mahal pastu tak jadi..berhuhu nanti...


Okay dapat jer kunci rumah dan dah siap pasang plaster syiling & kipas lampu, kami pon start laa mencari kaler cat untuk bilik. Kami fokus kat bilik dulu sebab bilik kecik jer. Mula2 ni kami nak cat bilik tengah ( bilik Danish ). Sebab bilik budak lelaki Murni nak kaler kebiruan sebab tu warna favourite Danish. Murni terjumpa gambar dari Google ni dan terbekenan. Ni pon guna Nippon Momento Special Effect tapi yang ni bukan Sparkling tu tapi Snow Frost (ala2 salji gittew)

Bawah ni Pic Google!!!




Petang tu juga kami p kedai yang jual cat nippon. Rupanya bukan semua kedai ada jual cat nippon sebab dia kena ada mesin untuk bancuh cat tu guna computer. Lepas kita pilih warna yang kita nak, mereka akan masukkan code warna yang kita nak dan mix dua warna cat dan masukkan dalam mesin pembancuh. Pastikan kita catat code warna cat kita tu. Lepas ni kalau cat kita tak cukup cat atau nak beli lagi just bagitahu code tu. Jadi takde laa kita tersalah cat warna salah pulak nanti. 




Oleh kerana bilik ni macam dah ada bed frame kat dinding. Jadi kami pilih dua warna. Untuk kat bed frame kami pilih warna sky blue. Dekat sini juga nanti kami nak letak Momento Snow Frost tu.










Okay dah siap kat bed frame ni. Keseluruhan dinding bilik kami nak cat warna yang lebih terang iaitu warna Blue Succes.




Okay hampir siap. Nampak ada perbezaan warna kan.



Bila cat dah kering kami mula ngecat guna Momento Snow frost dekat bed frame. pastu tunggalkan untuk kering beberapa hari.





Okay dah siap. Nampak mcm ada salji tak dalam bilik abang Danish. Kat bawah ni warna agak berbeza sebab Murni try guna 3 warna lampu dalam bilik. Tapi overall kami dah puas hati.




Opss terlupa nak habaq, haritu encik suami pon ada cat master bedroom dan bilik Alysa (Tema Pink). Jadi masa dia cat Snow frost ada lagi separuh dalam tin. Jadi alang2 dia pon boh laa Nippon Momento Snow Frost ni dekat bed frame dalam master bedroom. Tapi sampai separuh dinding snow frost ni habis. So terpaksa stop disitu kerana kena beli lagi momento snow frost tu.


Okay seminggu selepas tu kami sambung semula Momento Snow Frost kat bilik Alysa. Masa kami beli momento snow frost ni dia punya tin packaging baru. Jom tengok apa jadi. (sebenarnya tak berapa nak jadi. huhuhu.



Macam biasa gambar lain2 warna sebab guna cahaya lampu berbeza warna. 





Dah siap bilik Alysa kami sambung menSnow Frostkan bilik kami. Masa tengah syok sapu tu okay la. Tapi selepas dua hari kami datang kami terkejut. Nampak tak perbezaan Snow Frost kiri dan kanan. Ya Allah kenapa jadi macam ni. Rupanya apa yang kami takutkan dah terjadi. Adoilaa..



Ni hak kami sapu tin pertama dekat sebelah kiri. Texture dia masa mula2 sapu dan basah berketul2 macam tisu basah hancur. Tapi bila kering dia meresap kedalam dan keselurahan ada kilatan.





Ni yang tin kedua masa basah pon nampak macam comot dan bila kering texture dia kasar berpasir dan timbul. Tapi dia melekat elok. 



Keseluruhan dinding nampak macam ni. Memang nampak berbeza. Masa ni kami salahkan cat sebab Tin tak sama walaupon code sama. Bila pergi kedai tanya mereka cakap sama jer takde beza. Rupa- rupanya semua salah kami.


Antara kesilapan kami:

1. Tin kedua Snow Frost tu suami kacau/putar lama sangat sampai texture frost tu hancur sangat.

2. Sepatutnya kami kena beli banyak2 dan sekali bancuh sahaja jadi semua texture snow frost tu sama.

3. Kena siapkan dalam satu masa sahaja. Sebab bila hari lain cara kita sapu pon dah lain. Macam sebelum ni suami sapu rapat2 dan tebal2. kalini nipis2 dan jarang2.



Setelah berbincang dengan suami kami sepakat malas dah repair dah cat bilik kami tu. Biar laa dulu lepas masuk perabut pandai2 laa kami tutup cela tu. Nak tahu macam mana kami buat tunggu next entry. 


Banyak lagi kami perlu cat seperti ruang tamu, dapur, toilet & yard. Nanti next time Murni cerita lagi..penat nak rehat dulu. Ni warna cat ruang tamu kami. Tapi lepas cat suami nak boh wallpaper pulak. Sebabnya kami dah beli wallpaper 2tahun lepas. Buat penat jer cat. hehehe. Okay nanti Murni sambung cerita ya..

Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. Cantik juga ye cat snow frost ni. Tak sabar nak tengok deko rumah kak murni bila dah siap.

    ReplyDelete
  2. cantik yang snow tu..:)

    ReplyDelete
  3. wahhh cantiknya cat snow frost ni! Ingatkan wallpaper rupanya cat! Nak try jugak lah nanti

    ReplyDelete
  4. nice.
    aida ingat kan ruang tamu tu wallpaper.
    rumah baru aida, semua wallpaper.
    rumah yg skang ni cat, serik!!! ha ha ha ha atau malas??!! :)
    ari ni pun nak gi korea wallpaper, ada offer.
    beli utk ruang dining plak in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. Cat Nippon Paint memang berbaloi plus skill painter. Hasil berkualiti.

    Plaster Siling Selangor 

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang