Pasang Grill dan Bird Cage Rumah Baru

3:02 PM

Assalamualaikum..

Harini nak story pasal pasang grill dan bird cage rumah saya. Sepatutnya grill ni saya pasang awal2 lagi masa mula2 dapat kunci. Tapi encik suami laa buat2 lengah. Dah tu jumpa contractor pulak lepas datang ukur seminggu diam tak kata apa, whatsapp pon tak reply. Pastu ada contractor kena tunggu giliran sampai sebulan. Kebetulan satu hari tu Kami lalu satu rumah Murni tertengok satu Rumah grill sliding door bentuk $$$ mcm ni. Terberkenan dan suruh encik suami pi tanya sape contractor yang buat.



Kebetulan pulak rumah kami ni takde contractor panel macam rumah org lain. Jadi kami boleh ambik jer contractor mana2 pon. Setelah risik2 tanya tokey grill ni cakap dalam masa 2 minggu boleh datang pasang. Harga total RM3800. So encik suami pon setuju la. Tapi mereka janji Melayu. Bila tarikh yang janji nak pasang tu macam2 alasan. Mereka drag sampai dekat sebulan juga laa. Sampai masa mereka datang pasang ni kerusi meja semua sudah masuk rumah. Jenuh balut laa kami takut terkena perabut2 kami.




Dah la lambat satu hal, masa mereka hantar barang2 nak pasang tu Murni kerja. Maka encik suami yang uruskan. Tup2 dapat call encik suami bagitahu grill yang bentuk $ tu hanya dekat pintu dan sliding door sahaja. Dekat tingkap bilik semua bentuk biasa takde corak $ tu. Apa lagi hangin laa sebab masa encik suami deal dengan tokey mereka dia siap offer nak buatkan satu rumah corak $. Siap hantar gambar contoh. Dah dia kata boleh buat kita pon setuju laa..Tup2 pada hari hantar barang cakap yang corak $ susah nak buat. Pastu cakap takleh dah nak tukar kena pasang yang ni juga. Lepas Murni ngamuk2 dia call suami cakap kurangkan harga RM150. Dah nak kata apa maka terima jer laa. Kalau nak tunggu yang corak $ tu tak tahu laa tahun bila boleh siap. Mujur gak Murni ngamuk dapat diskaun RM150. kalau harap kat suami dia kata alaaa B, yang biasa pon helok juga. Orang lelaki memang mcm tu. Mujur rumah tingkat 12, kalau rumah bawah memang Murni minta tukar gak. Kat bawah ni contoh grill tingkap yang contractor hantar. huhuhu




Grill Sliding Door

Sebelum






Grill Tingkap Bilik Tidur Utama

Sebelum




Grill Tingkap Bilik Tidur ke-2

Sebelum


Boleh buka untuk kecemasan


Grill Tingkap Bilik Tidur ke-3

Sebelum

Boleh buka untuk kecemasan


Bird Cage dekat Yard

Sebelum




Bila dah ada grill ni dah tak risau laa sebab grill boleh kunci. Bukan apa risau tentang anak2 jer. Walaupon anak-anak saya tak pernah kacau pintu atau tingkap tapi untuk keselamatan. Maaf ya Murni tak tulis contact nama contractor yang buat ni sebab ni bukan review berbayar dan dia juga dah tipu kami banyak perkara. 





































Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. alhamdulillah, murni.
    dah ada grill, selesa skit ekk duduk umah.
    selamat aje rasa :)

    ada ke patut bagi corak salah?
    if aida, will fight for the right one.

    ReplyDelete
  2. Boleh share x num contractor tu? Tq

    ReplyDelete
  3. Boleh share apa yg ditipu oleh kontraktor sebagai persediaan sebelum buat kerja2 ni. Tq

    ReplyDelete
  4. Assalam boleh Bagi number contractor ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang