Pasang Lantai Vinyl Pada Rumah Baru

3:49 PM

Assalamualaikum..Dah selesai mengecat semuanya projek kami seterusnya adalah pasang lantai vinyl. Kami beli vinyl dari floor depot masa Fair Megahome dekat Spice Arena (PISA) Penang. Dapat harga promosi untuk vinyl 3mm.



Kami ambik vinyl 3mm kerana budget tak berapa nak ada. Sebenarnya kami hanya nak tutup cela tiles yang pemaju pasang tu terlampai hodoh dan comot. Rasa sakit mata bila tengok. jadi kalau pasang vinyl ni tak nampak laa cela tu. Kami pilih 3 warna yang berbeza. Warna yang terang kami letak di ruang tamu. Warna bilik tidur gelap sedikit dan warna dapur paling gelap. Kami ambik satu rumah dan siap upah pasang. Rumah kami 850sqf tapi seller budget dalam 1000sqf termasuk skirting & rosak sebab ada potong2 masa pasang. Total semuanya dalam RM5k+. Murni tak tahu harga sebenar sebab encik suami yang bayorkan he he he.



Lepas buat pembayaran dalam masa 3hari orang Floor Deport datang pasang. Semua barang2 mereka sediakan termasuk gam, skirting & divider antara pintu bilik. Tapi satu jer kami tak puas hati Floor Depot Penang ni hanya hantar seorang sahaja pekerja untuk pasang semua vinyl untuk satu rumah saya. Jadi makan masa berhari2 juga la. Kadang2 sampai malam diorang pasang. Jenuh kami kena pergi kunci pintu rumah selepas mereka buat kerja.





Okay dah siap pasang dekat ruang tamu. Dekat ruang tamu ni makan masa 2 hari juga baru siap. Tu pon skirting pasang hari lain. Zulaikha masa ni baru boleh meniarap. Memang selesa laa vinyl ni tak sejuk dada dan ira dia macam kayu. Sangat2 best walaupon hanya nipis 3mm shj. Disamping senang nak bersihkan Murni pon tak risau jika Zulaikha meniarap lama2 kerana dada dia tak sejuk sangat.







Ni dapur. Murni pilih warna gelap sebab kalau2 tepercik sambal ke, kicap ke, kunyit ke, minyak ker tak nampak sangat.







Ini warna vinyl dalam bilik. 


Ini skirting. Mereka guna vinyl corak yang sama potong dan lekat jer dekat skirting tiles tu.


Okay dah siap vinyl kami. 


Apa yang best dengan lantai vinyl ni??

Setelah lebih 6 bulan pakai lantai ni, Murni nak share pengalaman Murni. Lantai vinyl ini dibuat menggunakan bahan sintetik yang kelihatan betul-betul seperti lantai kayu. Malah bila pijak pon sama rasa macam pijak lantai kayu. Dia tak rasa sejuk dan tak panas. Bila kita baring pon rasa syok jer. Senang dicuci kerana dia kalis air. Kalau tertumpah apa2 makanan pon just lap dengan kain/ kain basah atau tisu/wet tisu. Dia juga anti calar. kalau gores sikit takde calarnya. Cuma kalau jatuh barang2 berat dan tajam ada luka. 

Selain kebaikan, mesti ada kekurangan. Oleh kerana vinyl kami ni nipis 3mm sahaja, jadi bila lantai bawah tak sama tinggi dan rendah akan nampak bentuknya diatas vinyl. Selain itu sambungan akan renggang bila lama2 kita pijak atau ada barang berat seperti almari diatasnya di kawasan yang lantai bawah tak rata tu maka vinyl ini akan tertarik, maka tempat sambungan akan merenggang. Murni lupa pulak nak ambik gambar nanti lain kali Murni ambik gambar dan update lagi. selain itu tempat yang gam kat bawah tak rata vinyl akan terbuka di tepi2. begitu juga kalau terkena air yang banyak. jadi perlu berhati2 masa mengemop. jangan terlampau basah sangat. di kawasan bilik air dinasihatkan meletak gam silikon untuk mengelakkan air dari meresap masuk kebawah vinyl dan menyebabkan dia terkopek keluar. Alhamdulillah setakat ini kami pakai semuanya okay..harap2 boleh bertahan bertahun2 la.. Aamiin!




Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. cantik lantai gtu..:)

    ReplyDelete
  2. aida ada survey jugak vinyl ni,murni.
    tapi aida berkenan amik yg 8mm.
    dia tak tampal tau, pasang. mcm lantai yg mahal.
    tapi tu la. lom confirm nak pasang ke tak.
    da survey tapi tu la... ada priority lain dulu.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang