Jom Cuti-cuti dengan Traveloka Sale-abration Sempena Matta Fair 2018 Sekarang!!

10:54 AM

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama kami sekeluarga tak pergi bercuti. Hujung tahun ni sekolah akan bercuti panjang. Jadi kalau nak nak bercuti kena buat planning dari sekarang laa kann. Jangan dah last minute baru nak buat perncangan dan nak kalut cari hotel dan flight. Dan kalau masa tu harga tiket flight dan hotel naik melambung2 kerana musim cuti sekolah kamu jangan menangis pulak (ini nasihat ni pada diri sendiri ya) Almaklum orang tak kaya ni kena planning dari awal laa bagi mengelakkan poket kering. Japlagi bila poket dah kering dek kerana duit habis beli tiket flight dan hotel, masa holiday nanti makan megi mee & roti jer..Kesian kat anak2 nanti huhuhuhu.

Okay, bila sebut jer nak holiday atau travel, kepala Murni tak fikir website lain dah. Mesti Murni akan terjah website Traveloka. Murni percaya ramai yang dah tahu tentang kewujudan website Traveloka ni kan? Walaupun Murni bukan selalu sangat travel tapi Murni tahu kerana website Traveloka ni sudah terkenal dan selalu dibuka bila nak cari flight dan juga hotel ketika travel. Buat yang masih tak tahu Traveloka ni apa, meh sini Murni nak cerita sikit. 




Traveloka ni sebenarnya salah satu platform yang disediakan untuk kita menempah flight ataupun hotel sebelum kita pergi travel sama ada destinasi di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan adanya traveloka ni, kita tak perlu gelabah lagi dah nak book satu-satu. Semuanya kita boleh settlekan dengan hanya menggunakan satu platform sahaja. Selain itu, traveloka ni sangat memudahkan pengguna sebab selain dari website, kita juga boleh download application traveloka ni di telepon bimbit kita! Mudah kan. semuanya di hujung jari sahaja.

Kalau nak cakap pasal harga pula, memang harga yang ditawarkan agak murah sebab traveloka selalu buat promotion yang kaw-kaw punya. Lagi satu, bila korang search mana-mana hotel, harga yang dipaparkan itu ialah harga yang korang kena bayar. NO HIDDEN CHARGES. Sesetengah website hanya tunjukkan harga yang belum ditambah dengan pelbagai charges. Tapi dengan traveloka, kalau kita tengok harga hotel tu RM100, maka RM100 lah kita kena bayar tau. Takde Hidden charges.


Okay, kembali kepada tajuk nak bercuti hujung tahun ni. Kalau kawan2 nak tahu sekarang ada berita baik. Traveloka Sale-abration kini kembali dengan pelbagai jenis promosi istimewa pelancongan sempena Matta Fair 2018. Dan kalau kawan2 tak tahu apa itu Matta Fair, Matta Fair merupakan penganjuran pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) kepada orang ramai, di pesta ini kita boleh mendapatkan harga-harga promosi bagi setiap pakej pelancongan tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara pada harga yang sangat- sangat berpatutan dan berbaloi-baloi. Disitu juga kita boleh membandingkan harga yang terbaik dan mengikut budget kita. Eee bestnya.


Traveloka Sale-abration 2018. It’s Back! 

Untuk pengetahuan semua, bulan September ni ada Matta Fair, jadi pihak Traveloka juga telah melancarkan  traveloka sale-abration sempen matta fair. Traveloka Sale sempena Matta Fair ini adalah untuk menunaikan hajat-hajat orang ramai yang nak pergi bercuti untuk book tiket flight murah ke pelbagai destinasi dan juga tawaran hotel-hotel yang terbaik! Tarikh untuk korang book hotel dan flight bermula dari 4 September sehingga 10 September 2018.

Banyak lagi masa ni untuk plan perjalanan anda. Yang paling best kalini Traveloka Sale untuk syarikat penerbangan yang terlibat dan ianya benar-benar berbaloi. Nak tahu apakah kehebatan Traveloka Sale-abration 2018 ni jom baca sampai habis. Mesti kawan2 tak akan menyesal. Nak tahu lebih lanjut tentang Traveloka Sale sempena Matta Fair ni sila ke link ini: https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/saleabration


Antara promosi yang ditawarkan semasa Traveloka Sale-abration ini adalah:

1. Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Domestik: 8% sehingga RM40 & Antarabangsa: 8% sehingga RM40.

2. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. 

3. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi!

4 .Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingg 10 September 2018

4. Tempoh Perjalanan: Anytime

6. Bercuti dalam negara dengan diskaun sehingga 50% untuk penginapan di hotel.


7. Jika bercuti ke luar negara juga dapat diskaun sehingga 70% untuk hotel.


 8. Rebat segera RM10 untuk tempahan hotel dengan kod kupon HTLSEP.


9. Sempena Malaysia Baru, Traveloka juga bakal menderma RM1 kepada Tabung Harapan Malaysia dengan setiap tempahan yang dibuat menggunakan kod kupon MYHARAPAN


10. Terdapat pelan ansuran 0% oleh Maybank eksklusif di Traveloka. Jadi kalau ada kredit card Maybank kita boleh travel dulu dan bayar kemudian dengan ansuran selama 6 atau 12 bulan tanpa faedah.

Okay laa, dah penat Murni cerita panjang. Sekarang Murni nak buat planning kat mana kami sekeluarga nak pergi bercuti nanti. Tak dapat pergi luar negara dalam negara pon jadilah. Takleh naik flight kami naik kereta. Jadi duit tiket tu Murni boleh pilih hotel2 yang best sebab dapat berjimat banyak dengan promosi  Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 ni. Kawan2 yang nak join jangan lupa tau untuk checkout Traveloka Sale-abration 2018. Traveloka sale pasti berbaloi-baloi kerana tawaran dia seakan-akan Matta Fair tau

Sebelum berundur diri, sekali lagi Murni nak ingatkan booking period untuk promosi ini hanyalah dari 4 September hingga 10 September 2018 sahaja. Dan kalau nak menempah hotel sekarang boleh terus ke link ini: https://www.traveloka.com/ms-my/hotel


Selamat Bercuti Semua!!





Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. Sama la...dah lama x bercuti ni..rasa nak pi bercuti sebab stress dengan kerja..tengah pastikan kesihatan mak SA macam mana..sebab dia cuci buah pinggang hari2 kan..nak plak SA memang jaga mak abah..kalau bercuti kena bawak sekali..tak sampai hati nak tinggalkan...

    ReplyDelete
  2. syok kalau dapat pergi bercuti ni

    ReplyDelete
  3. Promosi dia menarik jugak...

    ReplyDelete
  4. tengah2 promo ni elok sapa yang nak cari tiket tu.. inila masanya =D

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang