Citarasa Menu 7 Benua | ‘7 Continents Buffet Dinner’ at Royale Chulan Penang

1:49 PM


Assalamualaikum

Bermula dari 5 Oktober 2018 sehingga 2 November 2019, Royale Chulan Penang memperkenalkan 'Buffet Dinner Citarasa 7 Benua' setiap malam Jumaat bertempat di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang. Hidangan Citarasa 7 Benua ini merupakan menu baru idea dari Eksekutif Sous Chef Hotel, Chef Khamarullizad Hassan, yang mengumpulkan pelbagai jenis resipi ketika beliau berkhidmat di kapal laut mewah beberapa tahun yang lalu. Jadi dengan pengalaman yang beliau ada, beliau membawa pulang pengalaman masakannya dari luar negara terus ke dapur Hotel Royale Chulan Penang supaya kita semua dapat merasa menu2 menarik di setiap benua yang berbeza. Dan Murni sempat menyertai rakan2 lain bagi merasa sendiri keenakan masakan dari bahan2 dan herba yang menarik yang menghasilkan gabungan rasa yang enak dan memberi satu kelainan dan kesan istemewa kepada tetamu. Jom kita lihat apa menu menarik di " 7 Continents Buffet Dinner" Royale Chulan Penang ni.


Kita mulakan dengan pengembaraan "Sweet Adventure". Murni memang selalu mulakan makan desert dulu ketika makan buffet. Selain mengikut sunnah nabi, ini salah satu cara Murni mengawal nafsu makan sebab Murni tahu menu Citarasa 7 Benua ni sangat2 sedap dan istemewa. Jadi Murni try desert dulu supaya tak ter'over' makan makanan berat nanti. Lain orang lain caranya. Okay dalam banyak2 desert ni Murni paling suka Chocolate Mouse Cake (dari North America), Chocolate Truffle (dari Europe) dan assorted home made cookies (dari Europe). Alhamdulillah dapat juga merasa masakan barat di sisni. Ehehehe
















Okay jom kita mengembara menikmati menu-menu utama dari 7 Benua ini. Masakan yang sangat menyelerakan ini berasal dari bahagian North, South dan Antartika. Memang sedap malah memang terasa herba-herba yang ada dalam semua masakan dari 3 benua tu yang berlainan dan mempunya kesedapan yang tersendiri. Contohnya yang paling sedap adalah Dhalcha Kambing (Asia), Bake Oyster Sabayon (Europe) dan Seafood Jambalaya (South America).

Nasi Beryani from Asia
Dhalca Kambing from Asia
Fried Yee Mee with Shrimp and Mushroom from Asia
Ayam Masak Madu from Asia
Seafood Jambalaya from South America
Baked Oyster Sabayon from Europe
Stir Fried Vegetables with Mushroom & Oyster Sauce fro Asia
Roast Chicken with Mushroom Sauce and Couscouse from North America/Africa
Crispy Fried Nestum Prawn from Asia
Stuffed Chicken Kiev From Europe
Jom kita sambung lagi pengembaraan kita dengan menu-menu yang lain. Kali ini hidangan paling meletop ialah Seafood On Ice. Ada ketam, udang, kepah yang segar dihidangkan bersama sos yang sedap.









Selain itu juga ada pelbagai salad, kerabu, sotong kangkung pun ada, nyonya prawns kerabu, imam balidi, Squid Mediterranean salad dan Smoked Salmon with Condiments sebagai pembuka selera.













Terdapat juga beberapa 'live action stall' yang menyediakan hidangan panas-panas seperti Char kuew teow goreng, mee rebus dan banyak lagi.



Ini Roast Beef Striploin yang sangat sedap yang dihidangkan di bahagian pintu masuk ke Cafe Sri Tanjung. Terus terang Murni katakan daging ni sangat sedap ditambah pulak dengan condiments Mashed Potato, Grill Vegetables & Blackpepper Sauce. Nasib baik malam tu Murni sabar, kalau tak Murni makan semua dah.






Okay ini laa yang sempat Murni ambik gambar apa yang Murni makan malam tu. Alhamdulillah semuanya memenuhi selera Murni. Walaupon berasal dari 7 benua tapi rasanya semua sedap dan tekak Melayu Murni boleh terima semuanya dengan baik.







Kawan2 yang nak mencuba makan malam bufet 7 benua boleh laa datang di Cafe Sri Tanjung Royale Chulan Penang. Terdapat 4 menu dan akan bertukar setiap minggu. Makan malam bufet 7 benua boleh didapati setiap hari Jumaat dari 5hb November 2018 - 2hb Nov 2018  dari 6.30 malam hingga 10 malam.

Harga:

Adult: RM75nett

Child/Citizen: RM50nett



EXLCUSIVE DISCOUNT!!!!

Kepada pembaca2 blog Murni Alysa, Murni nak beri 20% dengan menggunakan PROMO CODE "RCPMURNI7C" (Valid 5-10-18 hingga 2-11-18)

Kalau nak senang boleh skrin shoot atau simpan gambar promo code ini dan semasa booking just bagi tahu tentang promo code ini sahaja. 

Special Price:

BUY 3 FREE 1 (layak untuk adult price only)

!!! Tapi kalau hangpa pilih untuk dptkan special price BUY3FREE1 anda tidak boleh claim diskaun voucher code diatas !!!


Sebagai tambahan kepada 7 benua makan malam bufet, kerana permintaan popular oleh orang ramai, terdapat beberapa promosi makanan dan minuman yang sedang berjalan di pelbagai kedai makanan di hotel. Antara promosi berterusan termasuklah:

1. Saturday Seafood Buffet from 6.30 pm to 10.00pm (Sri Tanjung Cafe)

2. The Sunday High Tea from 12.30 pm to 4.00pm (Sri Tanjung Cafe)

3. Set Lunch Special Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (Sri Tanjung Cafe)

4. Executive Set Lunch Monday to Saturday from 12.00pm to 2.30pm (The Spice Restaurant)

5. Fusion Dinner Saturday to Thursday from 7.00pm to 10.30pm (The Spice Restaurant)

6. Dining Under The Stars Friday to Sunday from 7.30pm to 10.00pm (Poolside)

Royale Chulan Penang juga menawarkan promosi 3 promosi percuma 1 percuma untuk semua bufet bertemakan hujung minggu mereka termasuk makan malam bufet baru 7 benua. Tawaran ini terpakai untuk harga dewasa sahaja. 

Untuk sebarang pertanyaan dan booking sila hubungi 04-2598888 ext 8910 
www.royalechulan-penang.com

Sila Like RCP FB Pages for info: https://www.facebook.com/royalechulanpenang/

Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. sedap sedap masakanya (^_^)

    ReplyDelete
  2. alhaiiiiiiii terliur ehhhhh lambat nak berbuka hahahah... sedap zulaikha g makan tu

    ReplyDelete
  3. Berbaloi dgn harga ni. ... Menu diaaa isshhh geram tgk.. .

    ReplyDelete
  4. hadoi hadoi.. mengancam sungguh menu menu dia.. terutama sekali dessert tu.. dahlah nampak cantik je..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang