Akok Kedut Homemade Masak dengan Cupcake Maker.

10:34 AM

Assalamualaikum..

Tak habis lagi misi untuk clearkan gambar dalam telefon. Dan kebanyakan gambar adalah gambar makanan. Almaklum sekali sekala mencuba resipi masakan dan berjaya maka syok laa ambik gambar dulu untuk kenang-kenangan. Sebab bukan selalu buat. Dalam banyak2 gambar makanan dalm telefon adalah Kuih Akok Kedut. Rasanya Murni buat ni masa bulan puasa baruni. Dan rasa2 seumur hidup baru 2 kali Murni mencuba resepi akok kedut ni. Dan setiap kali nak buat mesti godek2 Google cari resipi. Jadi alang2 dah pernah buat Murni nak laa tempek resepi Murni sendiri dalam blog Murni sendiri untuk rujukan sendiri di masa hadapan.


Bahan-bahan:

5 biji telur 
200 ml santan pekat - guna santan segar lagi sedap
100 ml air 
150 gram gula melaka  
30 gram tepung gandum 
3 helai daun pandan - disiat-siat 
2 cubit garam halus 

Cara cara:

Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.

Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.

Panaskan oven pada suhu 200C. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. 

Isi penuh acuan dan bakar selama 10-15 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 

 Credit : Blog Azie Kitchen.

Kalau resepi Aziekitchen masak dengan oven. Murni masak dengan Cupcake Maker. lagi senang Murni rasa sebab tak payah nak control api dan hasilnya memang menjadi. Malah tengah2 masak pon kita boleh buka dan terbalikkan akok tu untuk dia masak garing sekata atas dan bawah.



Bila dah hampir masak terbalikan dia dengan sudu atau garfu


Bila kedua2 bahagian masak boleh laa angkat dan hidangkan.


Kawan2 jangan terkejut kalau mula2 masak dia kembang dan tak berkedut. Sejukkan dia seketika dan dia akan berkedut bila sudah mengecut. Murni suka makan sejuk jadi Murni boh dalm peti sejuk dulu.


Selamat Mencuba!!!


Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. Selalu nampak kuih ini.. Tapi tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. sedapnya akok kedut.. nak kena beli barang supo kak nanti boleh buat hihihi

    ReplyDelete
  3. jeles tau, rajin masak..bilalah kita nak dpt mood rajin begini

    ReplyDelete
  4. Ena xpernah makan. Hehe. Susah nak cari kt muar ni. Meh hantar cikit nk rasa.

    ReplyDelete
  5. comeynya bekas tu.. sesuai sgt untuk buat akok yer.... tp nnt azni malas buat .. p mkn rumah cik murni kita ni jelah hahahha

    ReplyDelete
  6. mudah sangat nak buatnya...hehehe... tapi selalu jer beli kat kedai.

    ReplyDelete
  7. wow nampak sedap sekali

    ReplyDelete
  8. singgah sini, jadinya akok kedut dia.. nak buat x de cup cake maker hii

    ReplyDelete
  9. nieyl pernah makan 2x je akok ni...
    sedap...

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang