Cheese Tart Kesukaan Danish dan Alysa

10:22 AM

Assalamualaikum..

Hari ini takde kerja, saje godek2 phone nak delete gambar2 yang beribu2 tu. Tiba2 sampai part gambar Cheese Tart yang Murni buat untuk Danish dan Alysa haritu. Rasa sayang pulak nak delete gambar ni maka tempek laa dekat blog kesayangan ni. Mana tahu lepas ni boleh buat lagi..


Mula2 Murni buat shell dia dulu.. Satu adunan dapat laa 18 biji shell besar dan 6 biji shell kecik. Nak resepi kat bawah ni:

BAHAN2 UNTUK PASTRY:

Butter 1 ketul (250g)
Tepung Gandum  500g
Tepung Jagung 50g 
Gula Icing  100g
Telur B 1 biji
Esen Vanilla  1 sudu teh

CARA-CARA MENYEDIAKAN PASTRI:

Pukul marjerin dan gula. Masukkan telur dan putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi lembut (Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh).
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. (Sekiranya acuan tart besar - Cucuk dengan garfu sebelum dibakar)
Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.



BAHAN2 UNTUK CREAM CHEESE:

250g cream cheese
50g gula ising
1 biji telur gred B
Jem Strawberi

Hiasan:
Pewarna Merah dan Hijau

CARA-CARA MENYEDIAKAN CREAM CHEESE:

Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan.(JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik).

Putar cream cheese, dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur. Putar lagi.

Masukkan sedikit jem strawberi kedalam shell.

Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam kulit tart tadi. 

Ambil sedikit cream cheese dan masukkan pewarna merah dan hijau. Menggunakan pencungkil gigi lorekkan cream cheese yang bewarna keatas cheese tart.

 bakar selama 10 minit pada suhu 160C menggunakan api atas bawah dan letak dekat rak bawah. Sejukkan dan boleh dihidangkan.




Setelah masak, beginilah hasilnya. Hanya tinggal yang besar kerana yang kecil dah selamat masuk mulut Danish dan Alysa. Sebab yang kecil cepat sejuk dan yang besar kena sejukkan dulu dalam petisejuk baru laa rasanye lebih sedap.




Maka keesokan paginya sarapan dengan Cheese Tart laa mereka berdua. Alhamdulillah.




Terima kasih!!




Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. Wow...hehehe...boleh buat lagi..

    ReplyDelete
  2. Nampak mudah mak buat. Nanti nak try ya resipi ni.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya cheese tart tu,.. ce kirim sikit ke Sha.. hehe

    ReplyDelete
  4. lawanya kejadiannya akak buat cheese tart.. terliur la hahaha..

    ReplyDelete
  5. Ena sgt kagum murni bole buat cheesetart sbb kena ada kerajinan n kesabaran yg tinggi. Hehe. Kalau ena mmg beli je. Xsanggup nk buat.

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri lagi puas makan...
    nieyl pun dah lama sgt x main baking² nie

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang