Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

5:46 PM

Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya


Kuala Lumpur, 25 Oktober 2018 – Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.



Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.



Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. 

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi. 

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. 






Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

**Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit


Tentang Dettol


Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.





Artikel Menarik Yang Lain

16 ulasan

  1. yang biru sedap pakai hihihi

    ReplyDelete
  2. As'kum, salam perkenalan...
    Memang rasa segar bila pakai, wangi pulak tu kan...

    ReplyDelete
  3. nieyl pakai yg original punya...
    nanti boleh try...

    ReplyDelete
  4. penting untuk nyahkan kuman...me also like dettol

    ReplyDelete
  5. Peminat dettol sejak dulu lgi. Paling suka warna hijau lasting fresh. Baunye kuat tahan lama..

    ReplyDelete
  6. Nak cuba jugak la... next shopping akan di masukkan ke dalam list...

    ReplyDelete
  7. Oo.. selalu kita guna sabun je sebelum ini. Boleh cuba ini

    ReplyDelete
  8. Kat rumah sekarang memang produk dettol jer banyak...sebab mak dialysis so memang rumah kena bersih sentiasa..sabun ke apa semua guna jenama dettol..nanti nak carik yang ni plak la...

    ReplyDelete
  9. memang suka bau sabun dettol.. dari dulu pakai..

    ReplyDelete
  10. Anak Mrs. A Along memang suka guna shower foam dettol nanti nak try yang nilah

    ReplyDelete
  11. Dah guna produk Dettol sejak kecil lagi..pasni nak try yg baru ni plak

    ReplyDelete
  12. Suka pakai dettol..rasa yakin dengan kesegaran selepas menggunakannya

    ReplyDelete
  13. best gunaa dettol shower macam ni,, guna sikit pun dah buih banyak

    ReplyDelete
  14. Dua2 best.. tapi kita suka yg lemon tu mmg bau dia fresh betul..

    ReplyDelete
  15. kat rumah abang Izzat suka guna yang cool fresh.. segar ja dia kata..

    ReplyDelete
  16. Saya juga salah seorang pengguna dettol

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang