JS 17 Cusine | Famous Western Food di Pulau Pinang

7:00 PM


Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah bakal menjelma tak lama lagi. Selalunya di musim cuti sekolah ni la ibubapa akan membawa anak2 atau ahli keluarga untuk berjalan2 makan angin dan jalan jalan cari makan. Memandangkan Pulau Pinang juga merupakan salah satu destinasi tumpuan untuk jalan2 Murni nak share satu tempat makan yang best dan tempat ni juga merupakan tumpuan penduduk tempatan dan juga orang luar untuk menjamu selera. Tempat tersebut dikenali sebagai Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Dato Kramat Pulau Pinang. Disini ada bermacam2 jenis makanan. Tapi harini Murni nak review satu kedai makan Western Food yang famous iaitu JS 17 Cuisine. Kalau kawan2 masuk je ke kawasan gerai2 orang melayu akan terus ternampak sign board JS 17 Cuisine ni. Memang boleh nampak dari jauh tau.



Disini tempat duduk adalah bebas. Kawan2 boleh duduk dimana2 sahaja tempat yang kosong dan kawan2 boleh jer order kat mana2 kedai yang kawan2 suka. Macam2 ada kat sini. Tunggu pilih, makan dan bayar sahaja. Sebenarnya ini kali pertama Murni menjejakkan kaki kesini. Menurut kawan Murni, makanan dan minuman disini semua sedap2 dan murah. InshaAllah nanti Murni boleh datang lagi.


Okay kita berbalik kepada tujuan asal kita iaitu nak review tentang Western Food dari kedai JS 17 Cuisine ni. Kebetulan baru minggu lepas team Laparpo ada datang review makanan disini. Masa tengok video Laparpo tu memang tiba2 perut lapar..ahaha. Jadi pada Sabtu lepas Murni pon datang la ke JS 17 Cuisine ni. Murni dah terkeliur sangat dengan makanan yang team Laparpo review tempoh hari. Mula2 sampai Murni order dulu yang Murni terim=ngin nak makan iaitu Chicken Chop Chezzy, Soft Crab Special Cheesy & Chicken Chop Chezzy Burger. Dan sebaik sahaja sampai terus Murni terpegun. Bayangkan laa bila kita hantu cheese dan makanan yang ada cheese melimpah ruah dihadapan kita. Memang heaven sangat terasa. Kawan tengok laa sendiri bertapa meriahnya dengan warna yang menarik ni.. Jom kita rasa sedap atau tidak he he he.

Chezzy Chicken Chop
Chicken Chop Chezzy Burger
Soft Crab Special Cheesy
Setelah mencuba ketiga2 jenis makanan ni, terus terang Murni katakan memang sedap. Patut laa Team Laparpo bagi 4.6/5.0 surrrr kat depa ni. Anak2 Murni pon suka. Sebabnya makanan ni sedap secukup rasa. Chezzy Sauce pon sedap. Burger tu pon sedap. Yang paling Murni suka dan teringat2 sampai kehari ini adalah Soft Crab Special Cheesy (wajib cuba ni). Masa mula2 nak makan tu Murni agak ragu2. Tapi bila dah gigit dan kunyah soft crab tu memang terasa kemanisan daging ketam ni. Kalau kawan2 yang dah pernah makan soft crab mesti dah tahu kan macam mana ketam tu. Bagi yang tak tahu sebenarnya soft crab ni seekor ketam yang lembut kulitnya dan kita boleh makan keseluruhan isi ketam tersebut. Dan yang menjadikan lagi sedap bila ketam ini dicelup tepung dan digoreng, maka jadi laa ketam ni rangup diluar dan juicy didalam. Kena pulak dengan chezzy sauce yang melimpah ruah tu memang sedap laa...





Opsss..Mesti kawan2 tertanya2 betul ke warna chezzy sauce warna oren macam tu. Ya memang betul kerana Sauce Chezzy tu mereka masak sendiri tau (home made) menggunakan campuran 3 jenis cheese dan juga ramuan tersendiri. Begitu juga sauce black pepper pon home made. Masa Murni sampai tu mereka baru sahaja siap memasak sauce tu dan sempat laa Murni ambik gambar masa sauce tu baru masak tu.

Homemade Chezzy Sauce
Homemade Black Pepper Sauce

Selain dari menu yang ada cheese. Murni juga try menu yang ada sauce black pepper. Dan sesungguhnya semua makanan yang kami try ni tak mengecewakan. Sauce black pepper ni secukup rasa. Selalunya kalau Murni makan makanan western Murni akan minta sos chili. Tapi di JS 17 Cuisine ni tak perlu sebab makanan ni semua dah sedap secukup rasa kena dengan selera Murni dan keluarga. Ini antara menu yang menggunakan sauce black pepper yang Murni try.

Chicken Grill Black Pepper Sauce
Lamb Chop Special + Telur Mata
Chicken Chop Black Pepper Sauce
Jumbo Sausage Western 
Dan satu lagi yang Murni suka dekat JS 17 Cuisine ni. Iaitu Chezzy Meatball dan Fish & Chip dia. Kalau tengok dari luar nampak macam over cook. Tapi sebenarnya bila kita gigit memang rangup dan isi daging dan ikan didalamnya masih juicy. Dan meatball dia memang banyak daging serta lembut dan lain laa dari meatball yang pernah Murni rasa. Kawan2 mesti cuba ni tau..

Chezzy Meatball 

Fish & Chip Black Pepper Sauce 
Opss sebelum Murni terlupa, sebenarnya JS 17 Cuisine ni ada 2 cawangan. Dan Murni datang ni di Kompleks Padang Brown manakala HQ dia terletak dalam Kompleks Letak Kereta Bertingkat MBPP di Georgetown. Kalau di HQ mereka ada hidangan set dihidangkan bersama air. Kalau di Padang Brown kita kena order air di kedai sebelah. Tapi untuk keselesaan kalau kawan2 sukakan privacy boleh jer datang ke HQ kerana menu di Padang Brown dan HQ adalah sama. 

Complimentary Water (HQ Branch)


Dan istimewa untuk penduduk Pulau Pinang delivery service turut disediakan. Untuk pembelian melebihi RM50 layak mendapat FREE delivery. Tapi buat masa sekarang kawasan Balik Pulau takde delivery service ya. (harap maaf naa)


Recommended!!!!


Soft Crab Special Cheesy 
Alamat cawangan:

JS 17 Cuisine
No 45, Kompleks Makanan Padang Brown
Jalan Dato Kramat
Pulau Pinang

Waktu Perniagaan: 
4.00ptng hingga 11.00mlm
Monday to Sunday

HQ:


JS 17 Cuisine
Lot 17, Kompleks Letak Kereta Bertingkat
Bangunan MBPP 10300 Georgetown
Pulau Pinang.
(Landmark didalam bagunan Kompleks Letak Kereta Bertingkat Berdepan Standard Charted Bank) 

Waktu Perniagaan:
11.00pagi sehingga 11.00malam
Cuti hari Ahad


Service Delivery disediakan 

Sila Hubungi:
017-5377747 untuk Oder

Info:



Artikel Menarik Yang Lain

22 ulasan

  1. Cheezy Sauce nampak betul-betul menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. padang brom ni mmg port wajib kami
    pernah je order fish n chip kt sini

    ReplyDelete
  3. Teringin nak rasa Soft Crab Special Cheesy

    ReplyDelete
  4. aduhhh makanan dia memang terbaikk terliur tengok nanti kalau pulau pinang boleh g ni..

    ReplyDelete
  5. alahaiiii besarnya burger, banyak cheese pula tu... rasa lapar la pula

    ReplyDelete
  6. Wow akak, makanan meriah sungguh. Saya suka tengok Cheezy Souce dia meleleh tu. Nanti ke Penang nak pergi sini. Selalu malam-malam mesti mencari makanan western. Barulah layannnnn. Hehehe

    ReplyDelete
  7. wow! cheesy nyer entry ni!
    ohsem.
    anak2 aida memang terbukak ler mata memasing if belanja makanan gini, murni.
    their feveret :)

    ReplyDelete
  8. Anak suka la makan yang banyak cheese ni. Ummi dia kurang sikit. Kalau nak makan leh pilih menu lain yang takde banyak cheese. Nampak menu macam menyelerakan.

    ReplyDelete
  9. Tempat makan kat penang lagi. ni yang buat nak pergi penang ni. Best nye they all buat sauce sendiri. Memamng unik. Lama tak makan burger.

    ReplyDelete
  10. Tengok yangain okey lagi. Tapi bila scroll tang meatall tu aduhhhh. Tak tahan!
    Terliur tengok sos melimpah limpah ke ladang gandum ahahks

    ReplyDelete
  11. Nanti kalau p penang nk kena p ni kedai ni. Menyeleeakan betul ni. Biasa kalau ke penang mesri xtau nk makan kt mana.

    ReplyDelete
  12. Uishhh sedap betul tgok western food kt sini. Warna oren cheese homemade tu mmg nmpk mnyelerakan. Boleh try nnti kalau ke Penang. hehehe

    ReplyDelete
  13. Alahaiii...sedapnya le tengok cheese yang melempah ruah tu, sis ni dah le suka cheese. Nanti kalau sis ke Penang leh le singgah sana

    ReplyDelete
  14. sedapnya makanan dia..penuh kuah dia tu..nampak kuah blackpper memng terbaik la..air dia pulak..pergh buat jadi lapar pulak

    ReplyDelete
  15. Allahu sedapnya nampak chicken chop cheezy burger tu..kalo la dekat mesti dah serbu hehe tp pasni dh tau la kalo ke penang mana nak tuju

    ReplyDelete
  16. Wow...Meleleh air liur apabila terlihat makanan barat yang sedap sedap ini. Burger tu nampak macam sangat enak dengan sauce yang melimpah limpah. 😁

    ReplyDelete
  17. ya allah... sedapnya tgk menu western tu..terliur liez tgk..
    sos dia melimpah ruah tu mmg buat tertarik je.. ni kalau dekat dah g serbu ni

    ReplyDelete
  18. Alamak.. Tergoda betul tengok menu tu semua.. Sedapnya ada chesse leleh gitu..
    Memang boleh buat leleh airliur orang yang tengok ni haa..
    Menggoda betul.
    Haha

    ReplyDelete
  19. Wah sedap yer semua makanan kat sini. teringin pula nak menu2 menarik kat sini. Harga pun berpatutan. Wajib singgah sini bila bercuti ke Penang

    ReplyDelete
  20. Haa, bagus sangat la dah ada port nak makan kat Penang kat mana. Memang plan nak balik sana dalam bulan depan.

    ReplyDelete
  21. Astaga. Terliur terus Rawlins tengok juadah yang ada tu. Nampak lazat sangat dengan kuah meleleh dan melimpah tu.

    ReplyDelete
  22. Meleleh kita tengok sos yang disediakan tu memang menyelerakan lah heheheh kalau ada dekat sini lama kita akan pergi dulu makan sini tak apa nanti sampai Penang kita akan terjah tempat ini ok....

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang