Pulut Kuning Berhias untuk Ulangtahun Perkahwinan ke-10

6:37 PM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tarikh 11.12.2018 semalam genap la usia perkahwinan kami yang ke-10 tahun. Rasa baru jer kami kahwin..sedar2 dah 10 tahun. Selalunya kami meraikan hari anniversary kami dengan bawa anak2 bercuti. Tapi tahun ni kami tak kemana2. Memandangkan cuti tahunan dah habis dan tarikh 11/12/2018 pon jatuh pada hari Selasa jadi kami hanya sambut dekat rumah jer. Keluar beli hadiah dan makan2 kat kedai tomyam jer dengan anak2. Tahun ni juga buat kali pertama kami takde kek Anniversary. Bila balik rumah rasa kurang sesuatu laa. Maka terlintas laa difikiran apa kata try masak pulut kuning dan hiaskan cantik2 (konon). Maka cepat2 buka youtube dan google. Maka terjadilah Pulut Kuning Berhias untuk Anniversary kami yang ke-10. Dan tarikh ni juga laa kami mendapat kunci rumah kami sekarang. Maka dah setahun laa usia rumah kami.


Alhamdulillah.. Sepanjang usia Murni 36 tahun ini adalah kali pertama Murni masak pulut kuning ni. Mula2 ingatkan susah sangat. Rupanya senang sajer. Lepas ni boleh laa buat selalu. Murni makan dengan gulai ayam jer. Gulai ayam tak sempat ambik gambar. Alhamdulillah juga kerana suami suka dengan pulut kuning ni dan dia makan dengan berselera sekali. Anak2 pon sama.


Ini saje hadiah yang mapu kami belikan. Jam tangan Swatch untuk si isteri. Beli satu jer yang hitam tu. Tapi masa bayar tu depa ada buat happy hour dengan setiap pembelian 300 keatas, bayar lg RM95 dapat lagi satu jam Swatch dalam kotak misteri. Buka2 seronok pulak dapat seketul lagi jam Swatch bernilai RM300 lebih tapi model lama. Takpe laa boleh buat basahan untuk lasak2. Untuk encik suami Murni memang dah niat nak belikan dia ipad baru. Kerana ipad 2 dia dah uzur. Begitu juga dengan Wallet dia pon dah uzur. Maka beli juga laa wallet biasa2 kat dia. Yang penting dia suka. Alhamdulillah.

  

Dah alang2 tulis entry Pulut Kuning maka nak share laa cara mudah masak pulut kuning ni. Mula2 beras pulut tu rendam dulu dalam 3-4 jam bersama serbuk kunyit dan pewarna.


Lepas tu toskan dan kukus sehingga masak. Bila dah masak keluarkan dari pengukus kemudian gaulkan dengan santan dan sedikit garam sehingga sekata. Lepas tu kukus lagi sekali selama 10 min.


Dah siap kukus masukkan dalam acuan dan tekan rapat2. Murni letakkan serunding daging ditengah2 jadi nampak 2 layer la.


Keluarkan dari acuan dan boleh hiaskan.



Maka jadi laa Pulut Kuning Berhias Anniversary Murni & Rash yang ke-10 Tahun dan Rumah kami setahun. Semoga Allah sentiasa Merahmati Rumah Tangga kami selalu. Aamiiin!



Selamat Mencuba!!




Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. alahai cantiknyaaa pulut kuning :)

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary kak murni..

    ReplyDelete
  3. ohhh ingatkan bentuk love pulut kuning tu akak potong haha rupanya masuk dalam acuan love. terbaikk! :D

    ReplyDelete
  4. Happy 10th anniversary.
    Cantik pulut kuning berhias tu.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hiasan pulut kuning. Hadiah pun menarik sangat. Happy Anniversary..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang