Resipi Biskut Sarang Semut

1:54 PM

Harini tengok Draft Blog ada gambar Biskut Sarang Semut yang Murni buat masa raya baru ni. Maka Murni update laa Resipi Biskut Sarang Semut dalam Blog ni. Mana tau boleh dijadikan rujukan untuk Raya2 tahun depan.. Biskut sarang semut ni memang kegemaran kami sekeluarga..Sebab itu laa Alysa & Danish pon suka menolong kalau buat biskut ni..senang kerja mak dia..hehehe


Bahan – Bahan:

250 gram butter

100 gram gula halus

350 gram tepung gandum

100 gram tepung kastard

100 gram tepung jagung

1 biji kuning telur gred A

1 sudu kecil esen vanila



Bahan Hiasan:


Sedikit coklat rice bewarna warni

Paper cup kecil secukupnya 


Cara Penyediaan Biskut Sarang Semut:

1. Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang butter dan gula halus dalam satu bekas, bila mengembang , masukkan lagi kuning telur dan kacau sehingga rata.

2. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata. Adunan yang telah menjadi doh itu diparut ke dalam bekas lain.

3. Ambil parutan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam papercup serta taburkan coklat rice. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C.

4. Bakar biskut sarang semut pada suhu yang sama selama 15-17 minit bergantung pada oven anda. Siap.








Selamat Mencuba!!

Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. rajin murni buat biskut raya..:)

    ReplyDelete
  2. salah satu biskut kegemaran ni tapi tak pernah buat yang ni lagi heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. buat biskut tempahan ..banyak tu..boleh jual

    ReplyDelete
  4. entah bila nak buat biskut sendiri ni

    ReplyDelete
  5. sngnya buat, bole ajak anak2 beraktiviti time skolah ni kan

    ReplyDelete
  6. Saya tahu makan ja. . Buat xtahu. . Harap2 kedepan nnt rajin la nk buat

    ReplyDelete
  7. Mai semua kuih tunjuk2 je, hehe. Harap dah kawin ni insoff la tahun 2019 ni :P

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang