Berhati2 Bila Enjin Kereta Mati Dan Kita Bersendirian

9:10 AM

Assalamualaikum..

Dugaan di tahun baru 2019. Semalam masa Murni balik kerja, Murni singgah stesen minyak sekejap. Tiba-tiba Murni teringin nak minum Nescafe sejuk dan nak beli barang peribadi tapi malas nak singgah kedai. Alang-alang lalu kat stesen minyak dekat dengan tempat kerja ni singgah beli saja lah kat sini. Murni dah matikan enjin kereta baru teringat nak call pengasuh bagitahu harini lambat sikit ambil anak. Panas pula cuaca hari ni. Murni start semula enjin kereta nak on aircond sebab panas, tiba2 argh sudah. Enjin tak hidup pula! Murni dah cuba banyak kali tapi tak boleh hu hu hu.



Murni panik laa duk pikir macam mana nak balik ni. Nak call encik suami supaya datang pon dia kerja jauh. Murni kerja di Georgetown manakala encik suami pula kerja di Bayan Lepas. Haritu Murni balik kerja awal pukul 4 petang.

Macam mana ni? Murni tak ada choice terpaksa juga call encik suami kalau-kalau dia boleh tolong. Tapi betul sangkaan Murni encik suami tak boleh datang. Kalau dia datang pon lambat dalam pukul 6 petang. Alamak, takkan nak tunggu sini sampai 2 jam. Dah laa anak-anak nak balik sekolah pukul 6.30 petang.

Dalam kepala otak ni asyik duk hitung waktu saja. Mujur laa Zulaikha duk dengan pengasuh. Terus call pengasuh cakap Murni ambik Zulaikha lambat sikit sebab kereta rosak.

Encik suami pula minta Murni duduk dalam stesen minyak tu. Sejuk sikit katanya. Selamat pon selamat. Dia akan tolong hubungi bateriku.com, bateri kong rasanya. 

Bertambah seram pula bila encik suami kata macam tu. Dah la pertama kali jadi macam ni masa Murni seorang diri. Teringat kes penipuan famous pasal kereta ni. Sabar dan tawakal jer la masa ni sementara tunggu bantuan tiba. 

Murni pun rasa bateri kereta ni dah kong sebab dah dekat 2 tahun tak tukar bateri. Patut laa pagi tadi masa nak start enjin agak susah dan masa Murni start tiba-tiba radio off sendiri dan alarm berbunyi sekejap. Tapi lepas tu dia hidup balik. Mujur laa Murni tak berhenti isi minyak pagi tadi. Kalau tak naya juga la. Mesti terpaksa datang kerja lambat atau ambil "emergency leave" haritu. 

Encik suami call katanya bateriku.com akan datang lagi sejam. Ada banyak masa ni. Baru teringat nak cari barang tadi. Sambil memilih barang, otak sibuk juga fikir itu ini, tangan sempat lagi google pasal kereta tak boleh hidup. 

Kereta tak boleh hidup ni mungkin disebabkan:-

1. Bateri kereta kong


2. Alternator


3. Starter




Mekanik Bateriku.com datang tepat pada masanya. Perkara pertama mereka buat adalah periksa keadaan bateri kereta. Memang betul bateri kereta Murni dah kong. Rupanya encik suami dah deal semua bateri kereta Murni. Jadi mereka hanya tukar bateri sahaja. Kebetulan pulak Murni tak ada duit cash masa tu. Mujur Encik suami dah bayar menggunakan payment gateway Bateriku.com.

Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 20 minit semuanya selesai. Bateri yang lama mereka ambil dan kereta dah boleh hidup semula. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan. Cepatlah sampai rumah pengasuh. Rindu dah Murni pada Zukaikha. Balik nak gomol Zulaikha, nak masak dan banyaknya kerja!



Murni puas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com. Staff dia meyakinkan dan tak ada nak ketuk-ketuk minta tukar benda lain.


Haa ni Murni share nombor telefon Bateriku.com 


1300-22-2324 (Toll Free) 

Whatsapp/ SMS: 018-202 6019 



Atau muat naik applikasi di Google Play untuk android dan App Store untuk IOS ya...FREE ajer..



Artikel Menarik Yang Lain

21 ulasan

  1. allah memang kejadian macam ni seram. syukur akak kat petrol station ada ramai orang. and alhamdulillah senang nk uruskan ada pihak2 yg tlg. memang kena always berhati2. syukur semua da okay =)

    ReplyDelete
  2. Awat dulu xkenai lagi bateri.com ni. .. Ingat lagi masa study bawak keta kancil ayah. Hbis exam nk balik asrama .Keta xhidup rupanya bateri hbis. . Merata cari mintak tlg. ..
    Pas2 kali kedua. Masa kerja, tume hbis kerja nk balik rumah...keta xmau hidup sbb bateri habis. .

    ReplyDelete
  3. Ya allah. Kereta takmo hidup time sorang2 memang cuak. Dengan panasnya. Pernah juga terjadi. Mau gelabah teruk. Tapi husband suh relax. G rehat dulu. Fikir apa nak buat. Moga dipermudahkan urusan kita semua ya.

    ReplyDelete
  4. Senang ada apps Bateriku ni. Dulu kita pernah kereta mati atas jalan jem balik keje, terkial2 gak la nak buat apa. Nasib baik dpt call insurans diorang tlg settle call pomen. Tapi leceh la sikit. Ni pakai apps senang je.

    ReplyDelete
  5. agak complete apps bateri.com ni.
    harga. jenis kereta. jenis masalah. bagus. memudahkan.
    di melaka, aida perasan juga powil bateri.com ni.
    cuma lom la pernah guna servis nyer, murni.
    2 kali bateri kong. satu sebab memang bateri dah sampai time.
    sekali lagi tu sebab, bateri baru tu adalah bateri ciplak!!!
    aida yg drive. call mr.asben jer hi hi hi hi hi... sib baik la dlm melaka jer.
    dia la yg urus selepas tu.

    ReplyDelete
  6. memang kena save number tu siap-siap.apa-apa emergency nanti tak ada la panik sesorang. airah selalu bergantung dekat husband je lepasni boleh berdikari sikit

    ReplyDelete
  7. Sis 2 kali guna khidmat bateri.com ni, memang pantas diaorng datang, panggil je tak lama tu dah terpacul depan rumah..hehehe. Memang dah save kan dah no diaorg ni

    ReplyDelete
  8. Seram juga kalau kereta tiba tiba tak boleh start ni. Walaupun sebenarnya kita dah standby akan call sekian sekian orang, tapi tetap akan kecut perut juga kan. Mujur la ada beteriku.com
    Selamat juga.

    ReplyDelete
  9. Betul kalau kete mati kat tempat yang sunyi dan tiada orang memang kita akan gelabah tak tahu nak call sapa yang dekat. Kalau ada kawan boleh lah contact kalau tidak Bateriku juga hehehehe tapi nasib ada khidmat ini...

    ReplyDelete
  10. Bagus Bateriku dot com ni memeang pantas bila call crew dia orang sampai.. tak kira dekat mana tepi jalan ke , dekat mall ke, dekat parking lot opis ker pantas diaorang datang!

    ReplyDelete
  11. Lia dah beberapa kali try khirmat bateriku.com. kes yang sama gak bateri Kong. Stress gak lah .Tapi pakai apps terus senang keja.

    ReplyDelete
  12. Fuh pengalaman yang mendebarkan bila kereta tak boleh start dan kita sorang2 jer kan. Mujur Allah permudahkan dan mekanik bateri.com ni boleh handle masalah ni cepat. Nak install apps bateriku.com jugak lah, persediaan andai berlaku kecemasan macam ni

    ReplyDelete
  13. Jgn panic bila enjen keta x leh hidup...relaks n fikirkan utk minta bantuan..ada bateri.com tu ok laa...dpt bantu selesaikan masalah..

    ReplyDelete
  14. Good info. Thanks for sharing. Will keep it in mind to use this next time.

    ReplyDelete
  15. Pernah kena kereta tak boleh hidup sebab bateri. Dah laa bulan puasa, dekat komtar pula tu. Masa tu belum ada lagi perkhidmatan beteriku.com nih.

    Memang membantu dengan adanya perkhidmtan ni terutamanya kita perempuan yang ada kalanya cepat gelabah klu jadi perkara macam nih.

    ReplyDelete
  16. Nampak servis yang professional drpd Bateriku ni, bayaran berapa ya? Nak simpan nombor ni utk kes kecemasan nnt jugak.

    ReplyDelete
  17. Wah baguslah servis bateriku.com ni..pantas. Satu Malaysia diorg cover kan..wajib save no kontek bateriku.com

    ReplyDelete
  18. pergh memang risau bila kereta rosak ni..lagi kalau suami jauh uii..ya ampun..nasib ada servis batri.com ni erk..eh kene simpan nombor ni..kot ada masalah macm ni

    ReplyDelete
  19. Senang betul ad perkhidmatan mcm ni sbb bateri ni bukan bg sign pun nk kong. Boleh cube nanti. hehehe. Org kata sediakan payung sbelum hujan. hehehe

    ReplyDelete
  20. Ya memang lar kena selalu bersedia sekiranya bateri kereta betul-betul jadi macam ni kan? Kena ada back up plan kan. :D

    ReplyDelete
  21. Syukur ada baterikong.com kalau tak, memang menangislah jawabnye ~ I think this article is worth reading and good info. Thanks for sharing

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang