Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax

1:42 PM

Assalamualaikum semua..



Adakah anda bimbang ketika hendak menghantar anak ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2019, terutama jika mereka akan memasuki pra-sekolah buat kali pertama atau beralih ke sekolah rendah? Walau kanak-kanak mungkin rasa sangat teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baru, Antabax memahami perasaan ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.




Pada tahun 2018, sebanyak 58,6931 kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan2. Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan. 

Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak anda!

Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda 
Untuk memberi ketengan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.




Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil. 


Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar. 


“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.” 


“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee. 


Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .


Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax.

Artikel Menarik Yang Lain

18 ulasan

  1. bagus ada kit pembasmi kuman macam nih. boleh mengurangkan risiko penyakit pada anak-anak

    ReplyDelete
  2. bagus nyer. ada kit.
    aida now memang ada wet tissue dettol.
    sebab memudahkan bila travel. mesti ada dlm beg & kereta. wajib!
    utk kita. utk anak-anak.

    ReplyDelete
  3. I have tried this brand before, not bad. it's nice to educate the children from young about hygiene. good that they have the small travel set for them to bring to school

    ReplyDelete
  4. memang patut bekal satu botol kecik antabax dalam beg sekolah. sebagai parents kita tahu apa budak-budak sentuh, pegang, guna kat sekolah. kena didik dorang selalu sapu antabax terutama lepas makan dan guna toilet

    ReplyDelete
  5. I bought this for my mum. This sabun memang berkesan for anti bacteria. Great for those who have allergy too. Love the travel pack.

    ReplyDelete
  6. bagusnya ada kit antabax ni..sng letak dalam beg anak2..lebih baik kita mencegah dulu kan..dari dari dah kena ajar anak2 aspek kebersihan..

    ReplyDelete
  7. Selalu tengok produk antabax tapi belum try lagi. Looks good. Will try soon.

    ReplyDelete
  8. Comelnya kit antabax tu.
    Skrng ni memang kena banyal berjaga jaga.
    Kuman ada je dimana mana.
    Untuk anak sekolah, memang kena sentiasa dalam keadaan bersih.

    ReplyDelete
  9. Persediaan bagus buat kanak2. Zaman sekarang kuman bakteria semakin rintang. Dorang pun berevolusi dan semakin moden jugak. Memang tahun lepas kes HFMD meningkat. Its a good start guna kit ni buat mereka.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada set produk macam ni. Sangat memudahkan. Cuma ibu bapa kena ajarlah cara penggunaan yg betul supaya anak2 tak membazir

    ReplyDelete
  11. mmg risau bila anak-anak byk habiskan masa diluar dan kuman penuh keliling.
    so kena ada kits yg membantu anak-anak kita dari bakteria..dan parents tak susah hati kan?bagus ada antabax ni

    ReplyDelete
  12. Bagus ade pembersih antabx kit ni.. Mudah dibawa kemana sahaja. .Penjgaan ,kebersihan diri memmng kena jaga sekrng. Macam-macam penyakit yang kita tak nampak ada di sekeliling kiita

    ReplyDelete
  13. Baguslah antabax ni.. Bkn stkt shower gel shj bagus malah skrg dh kluarkan kit utk basmi kuman juga.. Kita dah pakai hand sanditizer dia mmg best...

    ReplyDelete
  14. Baguslah ada travel kit mcm ni. Mudah untuk bawa ke mana shj. Especially untuk anak2

    ReplyDelete
  15. tisu basah Antabax tu sentiasa ada dlm beg anak2..senang di bawa ke mana-mana. Mandian antabax pun menjadi pilihan kat bilik mandi rumah kami hehe

    ReplyDelete
  16. Ini kena standby banyak banyak for kids and also when i travel. Sometimes memang susah nak cari tempat cuci tangan or o wipe the surface so this wet wipe is the rescue.

    ReplyDelete
  17. It's good for children actually, ajar anak diusia muda tentang kebersihankan. InshaAllah dijauhkan dari pelbagai penyakit. Nak cari gakla Antabax nanti. :D

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang