Domino’s Pizza Memperkenalkan Pengalaman “EGG-CITING” bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!

12:17 PM

Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan denga piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.


Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut. 

Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”


Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami. 


Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau RM9.25 sebagai ala carte.

Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.

Artikel Menarik Yang Lain

15 ulasan

  1. Wah..langkah baru domino's ni 2019.

    ReplyDelete
  2. wow. yg baru from dominos.
    lama aida tak oder dominos pizza.
    more than 6 bulan kot hu hu hu hu rinduuuuuu...
    wajib try ni. alang2 ada yg baru, kan :)

    ReplyDelete
  3. Kena terjah Dominos ni..dah ada dah kan..SA suka jer nak cuba pizza baru diorang ni..mana tau sedap kan..lagi satu suka larva cake diorang tu...

    ReplyDelete
  4. Wah...i am very hungry now. I always like dominos pizza and now with salted egg is a must try.

    ReplyDelete
  5. Suka Pizza nyumsss sangat. Pizza ni belum cuba lagi. Telur masin ni pernah makan kalau masak dengan ketam, atau dim sum. Kalau pizza kena cuba lah.

    ReplyDelete
  6. Lama tak order Dominos ni tengok selalu ada pizza baru yang sedap-sedap macam ni menyelerakan tengok ya Allah rasa macam nak pergi esok harga pun makin berbaloi hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Nampak promo pizza baru dominos sedap sungguh.. mmg kena dengan selera masyarakat tempatan.. harus bak cuba satu hari nanti

    ReplyDelete
  8. Wow...tak boleh ni. Mesti kena cuba. Salted egg lagi...mak oi mesti sedap meletup kan. :) Besok terus akan makan sebagai dinner.

    ReplyDelete
  9. Saya dah lah memang suka salted egg. pandai pulak dominos ni buat menu baru macam ni. nanti nak cuba jugak. hopefully they do taste great

    ReplyDelete
  10. Ramai pulak yg post pasal pizza terbaru dari dominos ni. Nampak gayanya kena pergi cuba ni. Dah la emi memang penggemar salted egg.

    ReplyDelete
  11. So far makan salted egg crab or prawn mmg sedap, tapi bila kena kat pizza ni, kena pikir sat nak try. Huhu. Kita kalau pizza suka fave topping je. Jrg try yg baru.

    ReplyDelete
  12. AM tak cuba lg versi Domino's yg baru nie tapi AM mmg minat makan salted egg.. Leh la ajak kengkawan try versi salted egg nie pula.

    ReplyDelete
  13. ramai orang post ni..terasa nak cuba pulak ..masin ke agak2 ye..hahaa..sebab kan telur masin..sellau makan denagn nasi je

    ReplyDelete
  14. Wahhh sedapnya ada dominos gan telur masin, sis apa2 yang kalau diletak telur masin memang akan jadi fav sis..memang gila telur masin..hehehe. Nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  15. lama x makan pizza.. loni alergik pizza hahaha

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang