Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu ~ Belaian romantis mandianmu

8:34 AM


Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.


Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.


Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.


Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.


Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:

1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.


2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.




Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.



Artikel Menarik Yang Lain

21 ulasan

  1. Oooo....segarnya badan dengan kemewahan gel mandian Enchanteur ni... Harum semerbak ditambah badan rasa segar. Memang LeYa suka kannya...

    ReplyDelete
  2. Dulu suka pakai perfume Enchanteur. Bau dia tak pernah mengecewakan. Semua jenis bau best2. Tahan lama pulak tu. Skarang dah macam2 dorang keluarkan.

    ReplyDelete
  3. rekaan packaging gel mandian ini sangat mewah. Ada perasan dekat tv pasal produk ni. Hebak ! Rasa nak cuba gak la nanti,hehe

    ReplyDelete
  4. Enchanteur bertahan dari dulu sampai sekarang. Harum je baunya.

    ReplyDelete
  5. Akak suka gak mandian Enchanteur ni...best sangat...akak dapat yang warna pink..bau dia kekal beberapa jam..best sgt..rasa rasa sesegar je sepanjang hari..psst minyak wangi dia pun best kan?

    ReplyDelete
  6. tengok pun dah tau memang wangi.Kita memang suka wangian dari enchanteur ni.Nanti nak beli gel mandian dia pulak.mesti melekat bau dia kan

    ReplyDelete
  7. Tak sangka dieorang keluarkan sabun mandi pulak. Biasanya perfurm, deodorant dengan losyen je kan.

    ReplyDelete
  8. Kita pernah bau Enchanteur ni memang wangi dan best hehehe sekarang dah ada mandian lak hehehe hari-hari lah kita mandi macam ni wakakakkaka..

    ReplyDelete
  9. Enchanteur ni mmg dari dulu terkenal dgn bau bunga-bungaan yang wangi kan. DUlu famous bedak & wangian, skrg ada shower gel pulak.

    ReplyDelete
  10. Enchanteur keluarkan produk mandian baru ke tu.. Mesti best baunya kan.
    Yang tahu baunya tu best. Wanginya tu semerbak.
    Pastu tahan lama.

    ReplyDelete
  11. airah tengok gambar je pun dapat rasakan wangian dia.hahahha over tak? serious memang dari dulu suka sangat produk enchanteur. memang nak beli la gel mandian dia pulak

    ReplyDelete
  12. patut la nampak iklan echanteur keluar kat tv.. rupanya ada produk baru. wah best la mandi sambil gosok badan lepas satu hari penat kerja.. ni kalu mandi dengan echanteur sebelum tidur mau lena sampai termimpi indah..

    ReplyDelete
  13. Produk mandian Enchanteur ni memang wangi sekali, Saya suka sangat baunya kekal lama.. lepas guna rasa segar sekali

    ReplyDelete
  14. Semua dah maklum yang wangian Enchanteur ni memang sedap dan wangi bau dia. Dulu pernah gak gunakan produk ni...tapi dah lama tak beli. Nampak gaya kena cuba yang baru ni pulak

    ReplyDelete
  15. Nampak exclusive. Menarik kalau nak buat hadiah pada yang tersayang ni. Mesti suka kan

    ReplyDelete
  16. Ayu suka dengan haruman mandian ni. Wangi giler. Pernah cuba yang purple mmg puas hati dan berbaloi

    ReplyDelete
  17. Dapat bayang kan bau wangi dia tu sebab enchanteur memang wangi2 produknya. Dulu2 mmg suka pakai perfume dan bedak enchanteur ni. Pasni leh la try mandia di plak

    ReplyDelete
  18. enchanteur produk lagend kt malaysia ni....dari lbh 20 tahun dulu bonda dh gunakan produk ni...mmg baunya sedap sgtttt....

    ReplyDelete
  19. wangi semuanya.. hilang stress hidu bauan wangi ni kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Jenama Enchanteur ni memang best. Dari dulu suka je apa sahaja produk mereka jual. Dah la senang je nak dapatkan di kedai Watsons dan Guardian. Nanti nak cuba mandian ni. Best!

    ReplyDelete
  21. sedap bau gel mandian ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang