MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR

1:24 PM


~MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI~

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin, ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.







CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.





Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Artikel Menarik Yang Lain

21 ulasan

  1. Comel pulak sabun carrie junior ni. Yela, selalu tengok jenis cecair je kan.. Mesti bau dia wangi jugak kan.
    Ni anak anak kita kalau dapat ni, mau mandi tak sudah sudah ni.

    ReplyDelete
  2. wow you got the panda so cute la. I got the red beatle, hehe.. anak suka mandi guna Carrie Junior. Bekas sabun memang senang pakai juga.

    ReplyDelete
  3. Smell so nice.. my kids are using these, too! Refreshing and fun bathing time for them with carrie junior!

    ReplyDelete
  4. Nice sabun ini. The price really affordable. kids surely love the adorable design kan hehehe

    ReplyDelete
  5. Alahai comelnya la set mandian carrie junior ni. Mesti anak2 teruja kan? Kte yg tua menengok pun teruja

    ReplyDelete
  6. Boleh try for my cucu ni, dulu mandikan mama dia guna yang cecair aja, now ada yang buku.. cool
    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    ReplyDelete
  7. Tak sangka carry junior ni dah keluar soup bar plak. Menarik betol. Budak budak pun mesti suka ni.

    ReplyDelete
  8. Cantik pulak tengok bar soap ni. Kalau tak dak anak kecik..mak budak leh pakai kan? Hehehe.
    Bagus lah ada sabun cam ni..sure anak2 suka mandi lps ni

    ReplyDelete
  9. Comel la soap bar and bekas dia. Saya pun nak juga soap cute macam ni...lol

    ReplyDelete
  10. Kita salah satu pengguna carrie junior juga. Hehe.. Sbb bau dia wangi sgt yg grooveberry tu.. Smpikan ank buah kata eee moksu mcm budak kecik..hahahaha.. Ada sabun bru ni lg la nk try nnti

    ReplyDelete
  11. Excited la nak beli ji. Sbb mmg bg anak2 pakai carries junior dr kecik.. xpernah nak tukar lain sbb rs dah serasi dan senang nak cari.

    ReplyDelete
  12. tak disangkal lagi. carrie junior ni mmg all time fav. dari dulu pun khai time kecik pakai brand ni. sesuatu yg bagus apatah lagi dah macam2 produk dorg kan . heehe

    ReplyDelete
  13. Comel nya beg elephant tu! Berkenan sungguh! Hehe. Bdk2 msti suka kalau mandi ngan soap bar i sbb lain sikit. Selalu guna shower gel je kan.

    ReplyDelete
  14. Wah dah ada soap bar ye carrie junior. Sebelum ni dalam bentuk liquid ja. Something new. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  15. Hehehe comelnya laaaa ada sabun buku pula Carry Junior ni. Hahaha. Memang best. Ruby suka mereka punya mandian botol tu. Memang berebut la anak-anak nak toys. Yang sabun ni ada toys tak?

    ReplyDelete
  16. Amboooiiii kemain budak budak suka main air kan. I like to use baby or children shower gel actually coz they are more gentle on the skin.

    ReplyDelete
  17. senang jugak bawak travel kan... dah ada pack mcm ni

    ReplyDelete
  18. Best juga kan boleh mandi dengan menggunakan Carry Junior ini. Penyimpan sabunnya memang comel lar. Kalau boleh nak collect. :D

    ReplyDelete
  19. seronok anak2 kak mandi sabun carrie junior ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang