ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER BY HANSAEGEE NATURE

1:40 PM

Assalamualaikum..

Sejak tahun lepas Murni banyak baca review dari kawan2 dalam Facebook & Instagram tentang satu cleanser dari Hansaegee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Tiba2 rasa sangat2 teruja nak mencubanya. Sebelum ni Murni pernah mencuba satu jenama cleanser yang menggunakan teknik bubble cleanser ni tapi tak sesuai dengan kulit muka Murni. Jadi kalini Murni ingin mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaege Nature ni. Mana tahu sesuai dengan kulit muka Murni yang jenis kombinasi ni.


Okay sebelum Murni review panjang lebar, Murni nak bagi info sikit. Produk Hansaegee Nature adalah 100% Original Made in Korea. Bubble Cleanser ini diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Bila cakap mengenai tumbuhan semulajadi, Murni percaya bahawa tidak akan ada kesan tidak baik pada kulit muka kerana semestinya produk ini tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya. Tambahan pula dua jenis bahan semulajadi utama dalam produk ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree OilJadi keyakinan untuk menggunakannya ada pada tahap yang paling tinggi..ehehehe.



Aloe Vera terkenal sebagai satu tumbuhan semulajadi yang turut menjadi penyembuh terhebat untuk kulit muka. Banyak manfaat aloe vera seperti membasmi jerawat, mengecilkan pori-pori, menghaluskan kulit muka, mengurangkan kesan jerawat mencerahkan wajah, melegakan kesan sunburn dan melembapkan kulit. 



Tea Tree Oil pula merupakan pilihan popular untuk mencegah dan mengurangkan parut jerawat. Gabungan aloe vera dan tea tree oil semestinya sangat bagus untuk membasmi jerawat dan juga melembapkan kulit. 

Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu dalam proses berikut: 

  • Menyembuhkan dan mengurangkan masalah jerawat
  • Mengawal sebum dan minyak
  • Melembapkan kulit
  • Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

Yang paling Murni suka adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini memang berbentuk buih2 lembut yang halus dan baunya sangat wangi dan segar. 


Cara Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser:

Cara penggunaan pon sangat senang dan hanya perlu ikut saja arahan di belakang kotak produk ini. Sebelum menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sila pastikan muka dan tangan kita dalam keadaan basah sepenuhnya. Pam jumlah yang mencukupi pada tangan dan terus sapukan pada muka. Sapu pada muka dan buat urutan muka dalam circular motion dan kemudian basuh dengan air hingga bersih.


Review: Murni baru menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser selama seminggu. Murni dapat rasakan setiap kali selepas Murni mencuci muka, kulit muka akan lembab dan segar yang berpanjangan. Tiada masalah kulit muka jadi kering. Sangat sesuai dengan kulit Muka Murni yang kering dan tambahan sekarang musim panas jadi bila kulit muka kering Murni akan rasa tak selesa. Bila bekerja dalam aircond atau keluar kena matahari kulit muka akan terasa kering dan bahang. Tapi sejak menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kulit muka akan terasa segar sepanjang hari. Jadi Murni sangat berpuas hati dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Dan pastinya akan terus menggunakannya.

Kepada kawan2 yang tengah mencari skincare dari bahan-bahan semulajadi, boleh try produk Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sekali guna mesti jatuh hati. Lupa nak inform, pencuci muka berisi 150ml dengan harga RM65. Untuk pembelian boleh klik link2 dibawah:







Artikel Menarik Yang Lain

13 ulasan

  1. Saya memang guna Aleo Ac Cleanser ni.. suka sangat buih-buih lembut urut dekat muka tu.. muka jadi segar dan kelembapannya kekal.. kalau habis pasti beli lagi

    ReplyDelete
  2. Ramai juga yang kata cleanser ni bagus & serasi ngan diorang. Teringin pulak nak cuba guna juga.

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka pakai cleanser ni. Rasa best je. Dah 2 bulan juga pakai. still tak habis lagi. kita pun tergoda jugak bila baca review kawan kawan. tu grab jugak tu.

    ReplyDelete
  4. Suka soft foam mcm ni as cleanser sbb dia tak heavy kat muka. I guna brand lain but thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. Uik banyaknya buih hehehe kita suka produk macam ni yang bila kita sapu kat muka terus penuh dengan buih dan lembut senang nak sekata masuk dalam kulit hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Tengok nama Hansaegee je dh tau dari korea. one world maksudnya. duduk korea 6 tahun mase buat diploma n degree dulu. Produk skin care korea mmg tak dinafikan sgt berkualiti n R&D mereka mmg bagus.

    ReplyDelete
  7. How much is this cleanser? I'm interested in buying one for myself, this is something I need.

    ReplyDelete
  8. Produk hansaegee memg best.. Nad dh pakai dua produk di.. Memg elok dekt muk.a.cleanser dia beluk cuba lagi. .Nak cuba la nnti.. Nak usha website dia sekrg

    ReplyDelete
  9. Ramai dah sis tengok kwn2 gunakan produk ni. Teringin jugak nak mencuba...suka tgok foam dia tu, jarang ada pencuci jenis foam cam gini.

    ReplyDelete
  10. Memang tengah pakai cleanser hansaegee ni. Memang best .Muka rasa fresh dan bersih je lepas cuci dengan aloe ac cleanser ni kan .Yang geram hat buihnya tuh .Halus dna wangi jer

    ReplyDelete
  11. wahhhhh unik betul cleanser dalam bentuk foam macam nie. first time jumpa. mesti rasa best je muka bila pakai cleanser hansagee nie kan. org kata bagus produk nie. nanti nk cuba

    ReplyDelete
  12. Brand hansaegee ni makin mendapat tempat pulak di hati org ramai. Mana tidaknya, dalam kalangan kenalan emi pun ramai yg mula guna hansaegee ni.

    ReplyDelete
  13. Banyak buih ni, mesti seronok nak basuh muka. Nampak kamu basuh muka pun best tu!

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang