Review Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle

11:50 AM

Assalamualaikum..

Bila semakin bertambah usia ni Murni sekarang sangat cerewet semasa ingin membeli dan menggunakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran. Kalau masa remaja dulu Murni suka meniru kawan2, kalau kawan2 menggunakan produk entah apa2 dekat muka mereka dan nampak cantik Murni akan turut membeli dan menggunakan tanpa memikirkan risiko yang akan timbul. Tapi sekarang Murni lebih memilih untuk menggunakan bahan semula jadi khsususnya yang mengandungi antioksida untuk kecantikan yang semakin semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Kalau kawan2 nak tahu, antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan kulit akibat radikal bebas adalah dengan mengambil bahan yang mengandungi antioksida.



Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.

Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas. Dah seminggu Murni telah mencuba dan menggunakan Antioxidant Serum from Sanny & Joleen Lifestyle dan harini Murni nak review tentang keistimewaan Antioxidant Serum from Sanny & Joleen Lifestyle.



Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Serum Antioksidan?

Bahan penemuan: Tocotrienol

  • Tocotrienol dan tokoferol adalah ahli keluarga Vitamin E.
  • Walau bagaimanapun, Tocotrienol terbukti 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan biasa Vitamin E (alpha-tokoferol).
  • Tocotrienol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. Ia membantu mencegah penuaan kulit & meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dengan mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit & kesan pelicinan.
  • Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan mengurangkan kandungan melanin. Ia juga berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.
  • Penggunaan jangka panjang Serum Antioksidan menggalakkan kulit yang sihat.




Antioxidant serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk for those yang ada sensitive skin. Serum ni dermatologist tested, free from sulphates and paraben dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya for long term which is:
  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harsh detergent
  • No artificial colours
  • No EDTA
  • No propylene glycol
  • No synthetic fragrance

Keunikan utama Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle:
1. Mengandung Vitamin E ** tocotrienol - kajian menunjukkan tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa varian Vitamin E alpha-tocopherol. (kebanyakan produk penjagaan kulit Vitamin E di kedai adalah tokoferol)

2. Penyejukan & formula bukan berminyak




Kebaikan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle:

  • Memudarkan Bintik-Bintik Gelap & Pigmentasi
  • Mengurangkan Jerawat Tanda Jerawat 
  • Mengurangkan Parut
  • Melembapkan Kulit Yang Dehidrasi
  • Mengurangkan Kesan Sunburn sinaran matahari
  • Mengurangkan Kesan Stretch Mark
  • Menjadikan Kulit Lebih Anjal
  • Melambatkan Proses Penuaan
  • Melicin dan Mencerahkan Kulit


Pengalaman Murni semasa menggunakan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle pula adalah sangat memuaskan hati. Cara penggunaan pon sangat senang. Hanya titiskan beberap titis pada kulit muka atau badan dan usap perlahan2 sehingga keseluruhan serum ini meresap kedalam kulit. Jangan risau serum ni formula bukan berminyak dan menyejukkan. Lagi best serum ni meresap dengan cepat ke dalam kulit dengan satu sapuan jer..jadi tak mengambil masa yang lama untuk kita make up. Tak payah tunggu lama2 sehingga ianya kering macam sesetengah serum. 

Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle ni didatangi dalam dua saiz. Saiz kecil (10ml) besar (30ml). Untuk mendapatkan antioxidant serum ni secara offline pula, korang boleh pergi ke kedai farmasi yang terpilih sahaja. Kedai farmasi terpilih ni mostly ada di semua negeri termasuklah Johor, Pahang, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Melaka dan juga Negeri Sembilan ( SENARAI FARMASI TERPILIH)


Untuk maklumat lanjut:

Website : Sanny & Joleen  
Facebook : Sanny & Joleen 

Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. wah..mkin cantik la dia..:)

    ReplyDelete
  2. makin cantik la kak murni ada serum ni

    ReplyDelete
  3. Cantiknya packaging dia~~ sekarang ni mmg perlu sangat antioxidant ni tua atau muda. Sbb berbanding dulu and sekarang, mmg kita pny sekeliling ni tercemar kan. Perlu jugak utk fight.

    ReplyDelete
  4. Serum dgn bahan2 semulajadi ni, mohon bagitau keputusan slps guna sebulan ya. Berminat jugak dgn produk semulajadi ni! Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Rata2 memang orang akan cari produk yang ada antioksidan sebab dia boleh melambatkan penuaan.

    ReplyDelete
  6. I want to try this, my skin got so many scars and for some reason the pimples also never stop popping. If this can save my skin, why not kan...

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang