DR BEAU Pure Natural Skin Oil Merawat Kulit Muka Berjerawat dan Kusam

12:00 PM

Assalamualaikum..

Dah dua minggu kita berpuasa jadi tak lama lagi kita nak raya. Sejak berpuasa ni Murni dapat rasakan kulit Murni ni sedikit kering terutama kulit muka. Terasa kering dan kusam. Mungkin sebab tak cukup minum air dan rutin kerja yang sangat sibuk. Malah dark circle dekat mata pon makin terang sebab tak cukup tidur kerana selepas bangun sahur Murni dah tak tidur dan bila waktu malam selalu tidur lambat. Murni ada mengadu dalam group wasapp sekolah apakah produk yang bagus untuk kurangkan masalah kulit muka Murni ni yang kusam dan kadang2 jerawat batu besar muncul di kulit muka murni. Mereka perkenalkan Murni dengan produk Dr Beau ni. Kata kawan Murni serum ni sesuai untuk menjaga dan merawat kulit dan mampu menampakkan kesan yang positif dalam masa 24 jam tau. Jadi apa salahnya Murni mencuba. 





Mula2 Murni macam tak percaya tapi selepas meneliti isi kandungan produk ini dan membaca testimoni dari pemakai Serum Dr Beau ni Murni berminat untuk mencuba. Bila sampai jer terus excited nak pakai sampai buka parcel pon sampai terkoyak sekali dengan kotak Serm Dr Beau ni. Inilah dia Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan serum wajah yang lebih dikenali sebagai Serum Dr Beau. Comel sangat kerana serum dalam bentuk kapsul softgel. Ni kali pertama Murni tengok serum wajah dalam bentuk soft gel. Selalunya Murni jumpa serum rambut jer. Tapi bagi Murni okay jer kerana kalau dalam bentuk softgel comel ni senang nak gunakan. Just ambik sebiji picit dan oleskan pada wajah. Jom Murni kongsikan lebih details lagi berkenaan Serum Dr Beau ni.





Serum Dr Beau Diperbuat Daripada Herba Gred AAA 

Sebelum korang menggunakan produk kecantikan dan kesihatan kulit, perkara paling utama yang perlu dikenalpasti adalah produk yang selamat digunakan. Bukan apa, tersalah pilih produk akan memberi kesan buruk lagi kepada kulit korang dikemudian hari nanti. Serum Dr Beau selamat digunakan kerana ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM NO : NOT170502921K ).


Bahan herba yang digunakan di dalam Serum Dr Beau :

  • Ekstrak Rose Hip Oil
  • Ekstrak Argan Oil
  • Ekstrak Almond Oil
  • Ekstrak Apricot Kernel Oil
  • Ekstrak Wheatgerm Oil
  • Ekstrak Evening Primrose

Ketahui Manfaat Serta Kebaikan Serum Dr Beau:

Produk keluaran Teja Herbs ini merupakan produk keluaran bumiputera yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 lagi. Terbukti keberkesanannya, Serum Dr Beau telah laris dijual lebih 300,000 botol. Pengguna Serum Dr Beau bukan sahaja dari negara Malaysia malah negara luar juga turut menjadi pengguna Serum Dr Beau seperti di negara China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapore dan juga Indonesia.



Antara manfaat penggunaan Serum Dr Beau secara konsisten adalah :

  • Merawat masalah kulit kusam.Membantu memudarkan jeragat yang kronik.
  • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
  • Merawat kulit gelap yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terik.
  • Membantu menghilang masalah lebam bawah mata.
  • Membantu kulit untuk lebih lembab tanpa masalah kulit kering dan berminyak.
  • Membantu menghilangkan white head dan black head pada wajah.
  • Membantu merawat parut yang disebabkan melecur.

Wah banyak juga manfaat Serum Dr Beau ni. Paling best dan menarik adalah Serum Dr Beau ni mampu merawat masalah jerawat dan jeragat yang kronik. Bukan senang tau nak dapatkan kulit sihat bebas jerawat. Namun, formulasi bioteknologi terkini yang disahkan dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat membantu ramai wanita untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.


Serum Dr Beau Merupakan Serum Pilihan Artis di Malaysia

Kalau kawan2 nak tahu ramai juga artis Malaysia yang cantik jelita yang telah menggunakan Serum Dr Beau untuk dapatkan kulit yang cantik dan bersih bebas cela. Artis mana tak nak kulit yang sihat kan? Diaorang setiap masa kena bersolek, maka kulit haruslah sentiasa dijaga dengan betul supaya bahan kimia bahan solekan tidak memberi kesan yang buruk pada kulit wajah.




Cara Penggunaan Serum Dr Beau:

Penggunaan serum mestilah mengikut cara yang betul dan konsisten. Ini supaya serum berkesan dengan baik pada kulit korang nanti. Di sini Murni kongsikan cara penggunaan Serum Dr Beau yang mudah.

1) Bersihkan kulit muka : Muka haruslah berada dalam keadaan yang bersih agar serum dapat meresap ke dalam kulit lebih sempurna.

2) Sapukan Serum Dr Beau ke wajah : Tuangkan ke tapak tangan atau dititiskan ke muka. Penggunaan pada tapak tangan terlebih dahulu adalah untuk mengaplikasikan serum supaya serum meresap lebih baik ke dalam kulit.

3) Ratakan Serum Dr Beau ke seluruh wajah : Gosokkan serum dengan lembut menggunakan 2 jari anda dan lakukan gerakan memutar dan kearah atas.

5) Urutkan muka dengan lembut.
6) Tepukkan dengan telapak tangan pada muka.


SIAP!!




Pengalaman Menggunakan Dr Beau Vitamin E Serum

Murni suka gunakan Serum Dr Beau ni waktu malam selepas cuci muka dan pakai Dr Beau Serum ni pada keseluruhan wajah Murni. Murni suka sangat kerana bau dia sangat wangi. Kawan2 mesti tertanya2 adakah Dr Beau Serum ni akan berminyak pada muka. Sebenarnya tidak sama sekali. sebaik sahaja kita menyapu serum ni dekat muka dan biarkan dia kering selama 5 minit serum ni akan meresap terus kedalam kulit dan menjadikan kulit muka kita lembab dan segar. Jadi bila bangun tidur pagi esok kulit muka kita akan terasa segar bugar.

Selain dari pakai waktu malam Dr Beau Serum ni juga sebagai base make up supaya make up kita tidak bercapuk jika berpeluh. Muka pun nampak glowing bila make up. Murni dah mencuba sekali masa keluar shopping baju raya. walaupon seharian kat luar dan panas, make up Muka Murni still okay jer. Dan setelah hampir seminggu Murni memakai Dr Beau Serum ni Murni dapati parut jerawat dan dark circle pada mata Murni dah berkurangan. Suami pon puji kata kulit muka Murni dah bertambah berseri2. Nanti nak beli lagi laa Dr Beau Serum ni kerana penggunaan jimat dan harga berpatutan. Dan yang penting hasilnya yang memuaskan hati Murni.


Jom Lihat Testimoni Mereka Yang Dah Mencuba!!

 




Jom Dapatkan Kulit Sihat, Bebas Jerawat dan Berseri2 dengan Serum Dr Beau!!!



Kalau kawan2 berminat juga nak mencuba Dr Beau Serum ni, ni Murni bagi details dekat mana nak dapatkan Dr Beau Serum ni. Untuk order atau sebarang pertanyaan, kawan2 boleh hubungi link kat bawah ini:


FACEBOOK : drbeau malaysia

INSTAGRAM : drbeau_official

YOUTUBE: Teja Herbs Tv

PHONE : 016-9633443

Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang