Ramadhan Buffet Dinner by Vistana Hotel Penang | '101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan'

1:33 PM

Assalamualaikum..


Ramadhan 2019 menjelma lagi. Seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dan pada tahun ini, kita semua berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa bersama rakan2 dan keluarga tercinta. Jadi bagi kawan2 semua yang berada di sekitar Pulau Pinang dan teringin untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan2 boleh laa raikan di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul dengan resepi kebanggaan Hotel Vistana Penang iaitu 'Tok Wan 101 Resipi'. Buffet Ramadhan ini bermula dari 6 May hingga 3 Jun 2019. Rasanya ni dah tahun ke-3 tema 'Tok Wan 101 Resipi' di hidangkan di Vistana Hotel Penang ni.


Bertemakan dengan hidangan melayu tradisional diilhamkan oleh 101 Resepi Tok Wan. "TOK WAN" merupakan gelaran kepada nenek oleh masyarakat Negeri Pahang. Jadi bila kita dengar sahaja perkataan Tok Wan mesti kita terbayangkan keenakan dan kesedapan masakan hasil tangan nenek kita dikampung. Betul tak???. Jadi tanpa berlengah masa mari kita tengok apa lagi yang menarik disana.


Pembuka selera

Hidangan pembuka selera ni wajib bagi Murni kalau berbuka Puasa sebab bila dah berpuasa ni lidah jadi payau kerana seharian tidak merasa makanan. Jadi dengan adanya Hidangan pembuka selera seperti pelbagai jenis ulaman dimakan bersama pelbagai sos penyicah seperti budu, sambal belacan, air asam dan cencaluk. Tak lupa juga pelbagai jenis kerabu dan juga ikan masin. Pastinya akan menambah selera ketika berbuka puasa nanti.







Menu Utama

Menu utama 'Resepi Penuh Tok Wan' adalah seperti Ayam Masak Merah Anak Mami, Ayam Goreng Ala Mamak Style, Masak Lemak Dahing Serai, Ikan Bakar Air Asam dan Ikan Pari Bakar AlaPortugis. Untuk pilihan lain yang dimakan bersama nasi kukus panas termasuk Gulai Daging Kawah, Sambal Sotong Maharani, Paru Goreng Berlada Ala Kampung dan Pucuk Ubi Lemak Manis. Dimakan bersama Nasi Tomato atau nasi putih















Hidangan Istimewa

 A Signature masakan "Bakar-Bakar" seperti kambing golek juga disediakan secara dibakar segar dan panas2 di station bakar2 tersebut. Kambing Panggang tersebut dihidangkan bersama empat jenis sos yang sedap. Di stesen bakar2 juga terdapat satay ayam yang baru dibakar panas2 dan lembut isinya. Satay Ayam tersebut dimakan bersama kuah kacang yang sedap dan menyelerakan. Begitu juga dengan Char Kue Teow dimasak dan dihidang panas2.









Warung - Warung

Di bahagian dalam terdapat puluhan warung yang menyediakan pelbagai juadah seperti Warung Asam Laksa, Warung Nasi Ayam, Warung Roti John, Warung Ketupat & Lemang, Warung Sup & Bubur Lambuk, Warung Kerang dan banyak lagi.


























Pemanis Mulut

Tidak lengkap menjamu selera tanpa ada pemanis mulut. Bermacam-macam menu pemanis mulut dari kuih muih tradisional, kek, puding dan juga ais kacang. pilih sahaja mana yang berkenan di hati.













Rasanya ini sahaja yang dapat Murni kongsikan tentang Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul ini. Kalau kawan2 ingin merasai suasana sebenar menikmati juadah berbuka puasa dengan 101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan, kawan2 datang la sendiri kesini. Jangan lupa bawa seisi keluarga dan juga rakan-rakan. Maklumat lanjut ada dibawah: 


Tema:
101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan

Tarikh:
6 Mei 2018 - 3 Jun 2019

Lokasi:
Grand Ballroom,
Vistana Hotel Penang

Harga:
RM75.00 nett/dewasa, RM30.00 nett/kanak-kanak 
Diskaun tempahan awal sebelum 10 Mei 2019

Telefon: 
+60464680000

Website:

Facebook:

Instagram:







Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. tergugat iman kalau buka blog kak murni siang hari hahaha... mujur masuk malam ni tahan la tapi gak lapar la pulak

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang