'Selera Nusantara Ramadhan Buffet' Di Olive Tree Hotel, Penang.

6:57 PM

Assalamualaikum..

Setelah seminggu berpuasa, pada 08 Ramadhan lepas Murni dan keluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di Olive Tree Hotel sempena hari pertama Olive Tree Hotel, Penang mengadakan Ramadhan Buffet Dinner bertemakan 'Selera Nusantara Ramadhan Buffet'. Seperti tahun2 lepas juadah yang disediakan oleh chef Olive Tree Hotel ni memang sedap2 belaka. Dan juga variety. Jadi kalau kawan2 yang berada berdekatan dengan Bayan Lepas dan Bayan Baru sesuai sangat kalau memilih Olive Tree Hotel untuk berbuka puasa. Untuk yang datang ke Penang dengan flight pula jarak Olive Tree Hotel dengan Bayan Lepas Airport hanya 0.9km. Malah ada shuttle transport juga untuk ke airport. Sangat2 senang.





Pembuka selera

Okay jom kita sambung cerita tentang 'Selera Nusantara Ramadhan Buffet' di Olive Tree ni. Kita mulakan dengan Sajian Pembuka Selera. Terdiri dari aneka jenis kerabu, ikan masin dan telur masin.




Gado2 dan Rojak Buah




Ulam-ulaman dan pencicah seperti sambal belacan, budu dan cencaluk



Salad segar dan aneka jenis sos




MENU UTAMA

Menu utama yang ditampilkan kali ini seperti Pan Fried Fish with Lemon Butter Sauce, Kurma Telur dengan Ubi Kentang, Gulai Daging Batang Pisang, Lamb Varural, Kong Poh Squid, Sayur Goreng Campur, Sambal Udang Petai, Ayam Percik dan banyak lagi.










Untuk yang tak makan nasi boleh cuba Bake Macaroni with Cheese dan aneka jenis Sushi yang sedap. Sushi memang favourite Danish. Syok betul dia makan.




KAMBING GOLEK

Tidak sah kalau buffet Ramadhan takde Kambing Golek. Di warung aksi juga pengunjung dapat menikmati hidangan tempatan seperti Kambing Bakar dengan Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, sup cendawan dan juga tidak ketinggalan hidangan timur tengah seperti Chicken Shawarma.






MINUMAN

Terdapat minuman sejuk, minuman panas, ais kacang, cendol dan aiskrim.





WARUNG AKSI

Di warung aksi kita boleh menikmati hidangan panas2 seperti aneka ikan bakar bersama air asam dan sambal kicap, char Koay Teow Isi Ketam, Roti John (ayam dan daging), Bergedil tofu dengan sambal kicap, Sate ayam dan daging berseta timun, bawang dan kudah kacang.





KIDS CORNER

Paling best di sini turut diadakan Kids Corner yang menampilkan menu yang sesuai untuk kanak-kanak. Antara menu yang dihidangkan ialah Hawaiian Pizza dan Pandan Chicken yang mampu membuatkan si kecil tersenyum. Juga terdapat jajan dan snack disediakan untuk kanak2.






PENCUCI MULUT

Aneka jenis kek, tart, puding dan jelly, kuih tempatan, Buah-buahan dan juga Kurma.




Keseluruhan pengalaman kami berbuka puasa di Olive Tree Hotel ni sangat2 memuaskan. Lauk pauk dan dessert disini sangat sedap. Untuk pembuka selera seperti pelbagai jenis kerabu tu menepati citarasa kami sekeluarga. Makanan untuk anak2 pon variety dan menyelerakan. Kalau kawan2 teringin untuk berbuka dengan 'Selera Nusantara Ramadhan Buffet' di Olive Tree Hotel Penang boleh baca info dibawah.



Selera Nusantara Ramadhan Buffet Dinner

Tarikh : 13 - 31 Mei 2019

Masa : 7.00 - 10.00 malam

Tempat : Sukkah Coffee House, Level 2

Harga : RM99 / dewasa

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah PERCUMA* (dengan pembelian minimum 2 orang dewasa)

KEMUDAHAN 

Surau lelaki dan wanita ada disediakan di tingkat 8, Olive Tree Hotel Penang untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

TEMPAHAN

Untuk tempahan, pembelian baucar atau maklumat lanjut sila hubungi 04-6377856 atau emailkan ke restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my

Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Wah menariknya! Alang2 nak gi Penang ni, boleh berbuka dekat sini :D

    ReplyDelete
  2. meriah betul menu dia..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang