Review Althea A'Bloom - Koleksi Terbaru Dari Althea Korea

2:05 PM

Assalamualaikum! 

Korang masih mood beraya ke atau dah kembali kepada rutin harian yang busy dengan kerja. Sebelum terlupa beberapa hari sebelum bercuti raya baruni Murni ada terima satu parcel dari Korea tau. Sebelum ni Murni hanya mampu tengok jer kawan2 duk update dapat Parcel Pink dari Althea Korea ni. Alhamdulillah sekarang Murni pon dapat memiliki produk yang disukai ramai ini. Kalau nak tahu apa yang ada dalam kotak pink ni boleh tengok video unboxing Athea Korea kat bawah ni. Lepas tu baru Murni terangkan satu persatu apakah barang2 dalam box tersebut.




Okay inilah dia rangkaian produk A'Bloom dari Althea Korea. Dalam box A'bloom ni ada BHA Blackhead Blaster, Fruit Mask Sheets, Giant & Baby Meringue Puff. Wah banyak sangat produk A'Bloom ni dan semuanya comel belaka!

A'Bloom Fruit Mask Sheets (RM2)



Packaging yang cute dan istimewa ni pasti menarik perhatian sesiapa je untuk membelinya. Beruntung Murni terima mask ni beberapa hari sebelum raya jadi boleh laa pakai untuk dapatkan kulit muka yang sihat menjelang hari raya nanti. Kat bawah ni Video Murni mencuba sendiri memakai salah satu Althea A'Bloom Mask Sheet. Dan terus terang Murni suka sangat. Hasilnya pon superbbb best. 


Ada 4 variasi pilihan masks dari A'Bloom:

  • Water-Me-Long - Moisturizing Watermelon Mask

- Untuk kulit kering atau kombinasi.

- Berfungsi untuk melembapkan kulit

- Mengandungi Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract.


  • Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask

- Untuk kulit kering.

- Kaya dengan anti-oksida untuk menyuburkan kulit muka serta mencegah kedutan di muka. Kulit juga menjadi lebih lembut dan glowing.

- Mengandungi Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.


  • Sparkle-Me-Bright - Brightening Lemon Lime Mask

- Untuk semua jenis terutamanya kulit kombinasi

- Mencerahkan kulit kusam

- Mengandungi Niacinamide, Citrus Lemon Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract.

  • Ac-Me-Peach - Anti Blemish Peach Mask

- Untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak

- Membersihkan dan melegakan kulit dari sebarang iritasi atau kulit sensitif. Peach dan Tea Tree Oil akan mengawal kandungan minyak di muka, imbang kelembapan muka, dan membersihkan kulit untuk menjadi lebih lembut dan mulus.

- Mengandungi Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Malaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract

Cara-cara penggunaan:

1. Cuci bersih muka dan apply toner.

2. Keluarkan mask dari bungkusan, dan terus letakkan di muka.

3. Tanggalkan mask selepas 10-20 minit dan urut perlahan lebihan essemce tu di sekitar muka, leher dan tangan.

A'Bloom Giant & Baby Meringue Puff (RM8 & RM11)

Kini lebih mudah untuk apply foundation & concealer dengan menggunakan A'Bloom Giant & Baby Meringue Puff ni. Bulan puasa camni, nampak sponge bentuk macam ni pun terasa nak makan hah! Giant & Baby Meringue Puff ni boleh digunakan secara basah atau kering, dan ianya sangat lembut! 

  • A'Bloom Giant Meringue Puff 


  • A'Bloom Baby Meringue Puff


Untuk Meringue Puff ni biasanya yang besar tu Murni guna untuk coverage muka di bahagian yang besar. Yang kecik pulak Murni guna untuk detailing seperti bahagian mata, hidung, bibir, dan lekuk muka. Kalau Murni travel Murni bawak Baby Meringue Puff kerana lebih mudah sebab ianya kecil. Tapi kadang tak puas, pakai yang Giant Meringue Puff lebih cepat kerja makeup.



A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)



Disebabkan suami Murni ni banyak ada banyak blackhead & whitehead dekat hidung dan malas nak menyentalnya. Maka Murni sebagai isteri cerdik dan solehah ni offer laa kat dia nak buang segala blackhead dan whitehead di hidungnya. kalau sebelum ni kena memicit blackhead & whitehead dengan sekuat hati kadang2 sampai merah2 hidung dia. Tetapi dengan A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni sangat membantu dan mudah sekali blackhead & whitehead tu keluar. 

Sebelum


Masa Murni pakaikan BHA Blackhead Blaster ni encik suami tengah main game. Tak perlu picit2 cuma sapu macam kita sapu gam stick dekat kertas pastu lap dengan tissue. Alhamdulillah clear semua. Tak caya tengok hasil kat pic bawah sekali. Selain itu BHA Blackhead Blaster juga membantu untuk menghalang blackhead & whitehead baru muncul kembali. Hebat sungguh!



Selepas
Murni suka bau BHA Blackhead Blaster ni wangi! Murni berani pakaikan encik suami kerana tekstur dia lembut dan tidak memberi iritasi kepada kulit mungkin kerana ianya mengandungi bahan-bahan semulajadi antaranya ialah White Willow, Charcoal, Apricot Seed, dan Tea Tree Leaf Oil. Produk nk juga dah diuji secara klinikal bahawasanya ianya tidak akan menhasilkan iritasi kulit pada si pemakai. Rasa gentle je sapu blaster ni di bahagian hidung atau sekitar muka yang lain. Memang habis dia melt away impurities yang ada. Kalau pakai nose strip sakit pulak nak tarik kan? 

Okay best kan semua koleksi A'Bloom kalini. Kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom ni boleh order terus di website https://my.althea.kr/brands/all/abloom






Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. agak lama juga kak fa tak bermain-main dengan produk althea... ha ha ha...dah resign dah dari jadi althea angels dah....

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun teruja nak cuba produk dari Althea nie..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang