Tabung Oren Penyelamat Waktu Hari Rayaku

2:00 PM

Assalamualaikum...

Cantik pulak tengok note oren ni kan?? Walaupon dah tinggal separuh dah sebab dah gunakan masa hari raya 2 minggu lepas. Alkisah sebelum ni Murni ada tertengok dalam FB tentang tips menabung dengan tabung hijau (RM5), tabung merah (RM10) & tabung oren (RM20). Murni pon teringin laa nak cuba. Maka pada January 2019 Murni start dengan tabung oren (RM20). Kenapa pilih tabung oren? Sebab dalam pemerhatian Murni sebelum ni Murni jarang dapat duit oren dan jarang duit oren ada dalam purse Murni. Jadi Murni try tabung oren. Caranya mudah sahaja kalau Murni dapat baki atau sekiranya ada duit oren dalam purse Murni akan keluarkan dan letak dalam tabung telephone tu. (Tapi kadang2 terpakai laa juga).


Kebetulan masa gaji hujung bulan May baruni Murni ingatkan insentif sebulan gaji yang dijanjikan company tempat Murni kerja ni masuk. rupanya kerana kegawatan ekonomi duit insentif tu tak masuk sekali dengan gaji. terus rasa jemmed laa sebab memang duk plan duit insentif tu nak gunakan untuk raya. Maka Terpaksalah Murni gunakan duit dalam tabung oren ni. sekarang jumlahnya dah berkurang dan Murni akan sambung menabung duit oren ni sampai hujung tahun. InshaAllah.

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Itulah antara bagusnya amalan menabung. Eyda oun dah buat bermacam jenis tabung untuk menampung perbelanjaan luar jangka terutamanya memasuki sesi persekolahan baru tahun hadapan.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang