Kebaikan Madu Tualang Asli dari Honey Hub Life Elixir

1:35 PM

Assalamualaikum..

Ada tak di antara kawan-kawan yang suka makan madu? Mesti ramai yang sukakan madu kan? Tidak kira umur dari kecil sampailah ke dewasa mahupun orang tua. Selalu kita makan madu dengan pelbagai cara. Ada yang suka makan terus dan ada yang suka bancuh dengan air minuman. Dan ada juga yang suka campurkan madu dalam masakan. Walau macam mana sekalipun cara pengambilan madu dalam pemakanan kita tapi madu tetap berkhasiat. Kerana madu juga adalah satu makanan Sunnah yang diamalkan oleh Nabi kita.



Madu juga menawarkan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain mengandungi karbohidrat dan protein, madu juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin dan phytonutrien yang penting untuk mengekalkan kesihatan. Oleh kerana usia Murni dan suami dah menghampiri 40tahun, memang terasa tahap kesihatan dan keupayaan badan makin menurun. Kebetulan baru2 ni Murni diperkenalkan dengan satu pengeluar Madu Tualang Asli iaitu HONEY HUB Life Elixir yang dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah arthritis seperti keradangan pada sendi di bahagian tangan, tulang belakang, pinggang, lutut dan pinggul. 




Mungkin kawan-kawan tertanya kenapa Murni memilih jenama Honey Hub ini. Setelah Murni penelitian Murni mendapati Honey Hub telah memilih hanya madu yang premium sahaja untuk dikeluarkan sebagai produk mereka. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi bila kita fahami mengapa harga madu berbeza-beza kerana:

1) kewujudan madu tiruan atau madu proses.
2) kerana madu ladang atau madu ternak adalah lebih murah berbanding madu tualang.
3) madu yang direproduksi
4) madu liar mentah.

Jadi untuk mendapatkan madu yang premium perlulah keluarkan modal lebih sedikit dari madu2 yang Murni sebutkan diatas.


Madu Hub juga hanya menghasilkan madu tualang yang berkualiti dan paling mewah . Madu Tualang adalah banyak di rantau utara-barat semenanjung Malaysia, madu hutan yang dihasilkan oleh lebah batu dengan nektar pada pokok Tualang.


Madu boleh dikelaskan kepada empat gred mengikut tahap kelembapannya:

  • Premium - kurang 18% kelembapan
  • Grade A - kurang 20% kelembapan
  • Gred B - lebih 20.5% kelembapan
  • Gred C - 22% kelembapan
  • Gred D - lebih 25% kelembapan


100% madu Tualang asli mengandungi 100% madu gelap keemasan serta 100% Royal Jelly merupakan bahan utama dalam Honey Hub Life Elixir. Selain itu, ia juga mengandungi:

  • ginseng Amerika
  • Astragalus
  • Curmin hitam
  • 100% Royal Jelly

Mereka yang berminat boleh membaca lebih lanjut mengenai Honey Hub disini: 


Bagaimana untuk mengambil Honey Hub Life Elixir?

1) Ambil 1 sudu pada waktu pagi sebelum sarapan pagi
2) Ambil 1 sudu pada waktu malam sebelum tidur
3) Elakkan menggunakan sudu logam
4) Jangan campurkan dengan air
5) Ia dinasihatkan untuk mengelakkan minuman sejuk dan makanan


Murni sangat mengesyorkan kawan-kawan yang juga mempunyai masalah arthritis seperti kami seperti keradangan pada sendi di bahagian tangan, tulang belakang, pinggang, lutut dan pinggul untuk mencubanya. Produk ini bukan hanya madu biasa tetapi ia menyembuhkan masalah sendi. Rasa Honey Hub Life Elixir ini mungkin sedikit berbeza kerana mereka ada menambah curcumin dan rasa curcumin segar sangat kuat tapi seimbang dengan rasa manis madu dan menjadi sedap. Dan setelah seminggu kami mengamalkannya dan kami mendapat kesan yang baik. Dan kami suami isteri akan terus mengamalkannya. Alhamdulillah.

Kawan-kawan boleh mengunjungi laman Facebook HONEY HUB untuk melihat semua produk HONEY HUB yang sesuai untuk anda.

Untuk pembelian Honey Hub Life Elixir boleh klik sini:

Untuk melihat TESTIMONI Honey Hub Life Elixir ni boleh klik link ini:






Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. Thanks for sharing... Saya memang suka minum honey... Bolehla saya kaji jenama ni..

    ReplyDelete
  2. Tengah-tengah tak sihat dan berjerebu ni bagus juga amalkan madu

    ReplyDelete
  3. sedapnya madu. suka makan roti cicah madu sedap.

    ReplyDelete
  4. Bestnya madu, makan dengan penkek pun sedap

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang