Pencuci Muka Untuk Kulit Kering | Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Hansaegee Nature

8:38 AM

Assalamualaikum..

Sibuk sungguh sejak dua menjak ni. Sebenarnya sudah lama Murni nak update tentang pencuci muka yang Murni gunakan sejak bulan April 2019 dan sehingga sekarang masih menggunakannya. Dan sesungguhnya Murni dah jatuh suka pada pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaege Nature. Nak tahu lebih detail Murni ada tulis di review Murni sebelum ini. Boleh baca pada link dibawah.



Jadi selepas 6 bulan, Murni masih lagi menggunakan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaege Nature ni tau kerana pencuci muka ni sangat serasi dengan kulit muka Murni yang jenis kulit kering. Memandangkan cuaca sekarang yang panas dan kering, Murni mesti menggunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit Murni. Kalau tak sesuai boleh menyebabkan berlakunya iritasi atau breakout keatas kulit muka Murni. Tapi sejak menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaege Nature ni kulit muka Murni terasa segar dan walaupon keluar rumah tanpa memakai make up pon Murni rasa lebih berkeyakinan. Takde dah masalah kulit muka menjadi kemerah merahan macam kulit udang kena bakar. Dan paling Murni suka jerawat2 pasir yang kecik2 tu pon dah hilang.




Caption : Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Hansaegee Nature berbentuk cecair di dalam botol, tetapi berbuih apabila di pam keluar, menjadikan aktiviti mencuci muka lebih mudah. Dan senang dibilas juga.

Selain itu Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Hansaegee Nature ini berkesan membersihkan kulit wajah, harga yang ditawarkan hanya RM65.00 untuk isipadu 150ml. Satu botol boleh bertahan hingga 2-3 bulan bergantung kepada penggunaan anda

Kepada kawan2 yang tengah mencari skincare dari bahan-bahan semulajadi, boleh try produk Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sekali guna mesti jatuh hati. Untuk pembelian boleh klik link2 dibawah:


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang