Kenduri Kahwin Acik Nor, Kelantan - Muar - Melaka.

5:53 PM

Assalamualaikum..

Ini pon entry tahun lepas, Kenduri kahwin adik Murni yang no-5. kami panggil Nino @ Acik Nor pada 10.08.2019 ( pihak pompuan) & 26.10.2019 (pihak lelaki). Alhamdulillah kedua2 majlis di Kelantan dan Muar, Johor berjalan lancar. Jadi sebab nak clearkan memori phone ni Murni tempek di blog ni laa buat kenang2an esok2. Loni Acik Nor pon dah mengandung 5 bulan dah..Alhamdulillah..

selepas akad nikah bergambar bersama ma & ayah

Bersama Angah sekeluarga

Family besar kami

Bersama family suami Murni

Adik beradik perempuan kami (Angah hilang)
Seusai majlis di Kelantan, pada cuti hari Deepavali 2019 kami ke Muar pula untuk majlis sebelah lelaki. Oleh kerana cuti tidak mencukupi kami bertolak dari Penang pukul 4pagi dan sempat sampai untuk kenduri di Muar pada pukul 12tghari. Dan selepas selesai kenduri kami bermalam di Elite Hotel, Muar. Walaupon hotel ni budget hotel tapi sangat luas untuk kami sekeluarga. malam tu sempat laa pekena Mee Bandung Muar..masih terasa2 kesedapannya dan mesti nak pi lagi. Sebab haritu kesuntukan masa tak sempat ronda puas2. Keesokan pagi kami bersiap untuk ke Melaka pula kerana plan nak berjalan2 ke Melaka bersama keluarga.




   
Sebelum tu singgah untuk bergambar di Bandar Muar..Sangat cantik tempat ni. Tapi kami kesuntukan masa tak boleh nak jalan2 satu Muar.










Setelah habis bergambar kami bertolak ke Melaka. Di Melaka Murni dah booking sebuah homestay 4bilik semua ada aircond untuk kami bermalam semalaman di Melaka. Memang puas hati menginap di Homestay D'Q Putra Homestay Melaka . Murni pon ada booking set BBQ untuk malam tu. Pada petangnya kami keluar untuk ke bandar Melaka tapi sayang sekali jalan jem teruk dan parking pon takde. Jadi kami balik awal dan masak BBQ jer untuk makan malam.


Master bedroom

2nd bedroom

3rd bedroom

4th bedroom

Putri & Arissa


BBQ sessi


With Ma Tersayang

Adik no 6 & 7

Alysa dan Putri

Tokma & Aqil



Keesokan pagi kami masing2 berpecah, Murni sekeluarga balik ke Penang, Angah sekeluarga balik ke KL (angah takde dalam gambar sibuk uruskan Arissa) Achik, Nino, Ma & adik2 balik ke Merlimau dulu sebelum balik JB. Walaupon penat seronok sangat2 dapat berkumpul bersama keluarga. InsyaAllah ada rezeki boleh jalan2 lagi. Bubyeee!






Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang