SUNWAY HOTEL GEORGETOWN AND SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA MENAWARKAN HIDANGAN RAMADAN SEDAP DINIKMATI DENGAN KESELESAAN DI RUMAH

8:57 AM


George Town, Penang, 30 April 2020 – Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya menawarkan Ramadan Grab N ’Go, membawa lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk berbuka puasa di rumah masing-masing.




Nikmati pilihan makanan iftar terbaik dengan hidangan seperti Nasi Minyak Saffron dengan Ayam Peri-peri, Nasi Putih Pandan dengan Kepala Ikan Salmon (boleh didapatidalam hidangan sekeluarga untuk empat orang), Grilled Chicken Skewer Yakitori, Cheesy Salmon Lasagna, dan Lamb Fajitas. Sempurnakan iftar dengan pencuci mulut seperti Crème Brulee, Mango White Pearls, dan Melange of Tropical Fruits. Harga hidangan utama bermula dari MYR32 dan MYR10 untuk pencuci mulut.

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, para tetamu boleh memesan dari keselesaan rumah mereka dengan menghubungi hotel melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Pengambilan makanansecara pandu lalu atau Grab Delivery boleh diatur sebaik kenyataan pembayaran dihantar ke hotel melalui e-mel atau WhatsApp. Bayaran akan dikenakan untuk kemudahan Grab Delivery. Selain itu, tetamu yang mengambil makanan dari hotel akan menerima air botol dan kurma percuma. Pesanan harus dibuat sekurang-kurangnya 4 jam sebelum pengambilan.





Promosi ini akan berlangsung dari 1 Mei hingga 23 Mei 2020, dan waktu operasi adalah dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Untuk membuat tempahan, sila hubungi Sun Café di Sunway Hotel Georgetown di 04-229 9988 / 012-416 9769 (WhatsApp), atau Sunway Hotel Seberang Jaya di 04-377 7788 / 018-983 0500 (WhatsApp). Kunjungi laman web kedua-dua hotel di https://georgetown.sunwayhotels.com/en dan https://seberangjaya.sunwayhotels.com/en untuk menu penuh dan maklumat lanjut.


Sunway Hotel Georgetown and Sunway Hotel Seberang Jaya mengucapkan Ramadan Mubarak kepada masyarakat Muslim.





Sunway Hotel Georgetown
33 New Lane (Off Macalister Road)
Georgetown
10400 Penang
Malaysia




Sunway Hotel Seberang Jaya
11 Lebuh Tenggiri Dua
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700 Prai, Penang
Malaysia

Tel: +604 370 7788 / 377 7788

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang