KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB Untuk Kesihatan Kanak - Kanak

12:35 PM

Apa itu Probiotik

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.


Kelebihan Mengambil Probiotik

Dengan Mengambil Probiotik dapat menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12. Jadi sangat bagus untuk kanak2 mahupun orang dewasa.


Selain itu, yang paling penting dapat menguatkan sistem ketahanan badan. Ini adalah faktor utama sebab Murni memilih KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB. Disamping itu juga, ia boleh meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus yang mana memang amat penting untuk pembesaran anak-anak. Probiotik jugak boleh meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu).


Ibu bapa kalau ada anak yang selalu bermasalah dengan penghadaman pun boleh beli produk ni, kerana probiotik yang ada didalam produk KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB. ini dapat meningkatkan penghadaman dan melegakan gejala cirit-birit.


KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB Pilihan Kami

Kenapa Murni pilih KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB. Sebabnya produk ini mengandungi probiotik yang mana boleh menguatkan sistem ketahanan badan dan bertambah yakin untuk Murni pilih produk ini kerana ada Vitamin C sekali dalamnya. Seperti maklum budak2 susah nak makan buah oren jadi kalau ada vitamin C sekali sangat laa berbaloi2 nak beli.


Paling utama pastinya kerana produk KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB ini mendapat kelulusan KKM dan boleh check ye nombor MAL18056008N.


Cara Pengambilan dan Dosej

Cara pemgambilan : Boleh di minum dari umur 1 tahun ke 12 tahun
Dosej : Ambil 1 paket sekali sehari, diminum sebelum makan. 1 paket di campurkan dengan 100ml air.


Video Review KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB



Untuk Ibu bapa di luar sana yang berminat boleh dapatkan produk KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB seperti link di bawah.


Selain itu, boleh jugak didapati di kesemua Farmasi Alpro. Selain itu boleh beli secara atas talian di shopee di bawah shop [GK Bio International].


Tunggu apa lagi ibu bapa di luar sana, jom kita beli produk KIDS Probiotic + Vitamin C keluaran GKB untuk menguatkan ketahanan sistem tubuh badan anak kita, lagi-lagi sekarang ni negara kita dilanda dengan wabak virus covid-19. Kita sebagai ibu bapa, wajib mencari inisiatif lain untuk kesihatan anak-anak kita.


Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang