KEMPEN 916 GOLD DAY & KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DI PG MALL

9:54 AM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di zaman pendemik ni cara hidup kita sudah banyak berubah. Terutama cara kita untuk mendapatkan keperluan harian dan juga urusan seharian. Sebagai ibu yang bekerjaya, masa Murni sangat terhad terutamanya waktu berada dirumah sangat2 singkat. Jadi untuk memudahkan kerja-kerja harian Murni, Murni banyak membuat urusan secara atas talian. Contohnya seperti membeli barang2 keperluan anak2 seperti susu, lampin pakai buang malah pakaian pon Murni lebih suka membeli secara online. Selain itu urusan pembayaran bill ataupun perbankkan pon Murni banyak lakukan secara atas talian. Tambahan sekarang musim pandemik memang tak digalakkan untuk kita berada di tempat-tempat yang sesak kerana mengundang bahaya penyakit Covid-19 menjangkiti kita. Selain dari menjimatkan masa kita, pembelian atas talian juga sangat2 menarik dan jimat kerana pembelian dalam talian terdapat banyak sangat pilihan dan kita juga dapat membuat perbandingan harga dengan lebih mudah dan senang. Salah satu platform untuk membeli belah yang Murni kunjungi adalah PG Mall kerana terdapat pelbagai promosi ketika membeli belah dengan PG Mall. Kalau tak percaya mai Murni ceritakan.


Jom Beli Emas di 916 Gold Day & Kempen Beli Barangan Malaysia di PG Mall

Murni pasti dah ramai tahu tentang PG Mall ni kan? Tapi Murni nak kongsikan juga sedikit tentang PG Mall ni. Untuk pengetahuan semua, PG Mall ( www.pgmall.my ) adalah platform E-Dagang Malaysia yang PERTAMA dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2017. Paling Murni kagum PG Mall adalah satu-satunya platform e-dagang tempatan yang berada di carta ke-3 seiring dengan platform e-dagang terkemuka yang lain di Iprice Insight Report

Yang paling menarik minat Murni. Selain barangan keperluan rumah dan juga persendirian, kita juga boleh dapatkan gold bar, dinar, dirham, dan juga barangan kemas. PG Mall juga menerima bayaran secara E-Wallet dan pembayaran secara online. Jadi lebih mudah untuk kita pilih cara bayaran yang kita suka.

916 Gold Day


Biar betul PG Mall ada melancarkan hari '916 Gold Day' Ini adalah berita gembira dan mesti dinanti-nantikan oleh peminat emas 916 di luar sana, masa ini lah peluang korang nak dapatkan emas 916 atau barangan kemas yang jadi pilihan hati korang. 916 Gold Day akan berlangsung dari 15 - 17 September 2021. Jangan lupa mark kalendar korang ya.

Sekarang ni terlampau banyak design-design yang menarik dan cantik, ada yang moden dan klasik. Jadi kita boleh pilih ikut kehendak kita dan bajet kita. Murni pon dah lama teringin nak dapatkan set emas design Coco impian Murni. InsyaAllah nanti boleh laa Murni beli di PG Mall nanti. 

Ada berita baik, kepada pembeli baru, yang baru pertama kali nak shopping dekat PG Mall, korang akan dapat diskaun RM25 dengan pembelian minima RM400. Manakala untuk pembeli yang sedia ada, korang pun akan dapat diskaun tau! Dengan pembelian minima RM400, korang layak dapat diskaun RM20 dan diskaun RM40 dengan pembelian minima RM600. Wah menarik kan? Jarang-jarang sekali ni dapat diskaun macam ni. Betul tak? Alang-alang korang dapat moratorium tu apa salahnya bekukan dekat barang kemas kan? Esok-esok berguna juga dikala sesak...hihi.

Kempen 916 Gold Day akan bermula pada 15 September 2021 pada 12 malam . Jadi standby ok! Kena cepat-cepat kalau nak grab design pilihan sebab Murni pasti ramai yang menunggu 916 Gold Day ni. Jadi tak perlu dah nak ke kedai emas, nak kena beratur mengikut nombor giliran dan nak pilih barang pon ada masa dihadkan. Beli di PG Mall korang boleh pilih sepuas-puas hati korang..Beli online je senang. Murni pun pernah beli barang kemas dan gold bar dekat PG Mall. Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Jangan risau ok! Jadi standby 15 September 2021 jam 12 malam dan terus klik 916 Gold Day !

Kempen Beli Barangan Malaysia


Untuk pengetahuan semua, Kempen Beli Barangan Malaysia pula masih berlangsung dari sekarang sehingga 31 Disember 2021 tau! Jadi korang masih berpeluang nak dapatkan pelbagai diskaun. Untuk pembeli baru, korang layak dapatkan diskaun RM10 dengan pembelian minimum RM30 dengan kod : KBBMNEW10 masa 'checkout'. 

Untuk pelanggan setia PG Mall, jangan risau korang juga layak dapat diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM30 dengan kod: KBBM5 dan diskaun RM10 dengan pembelian minimum RM50 dengan kod: KBBM10. 

Kod diskaun ini boleh digunakan dimana-mana KBBM store termasuk EMAS. Haaa...nak grab barang kemas pun boleh ni...hihi. Jangan lupa untuk nak buat pembelian terus je klik Kempen Beli Barangan Malaysia.

2 Kempen Menarik di PG Mall

Kedua-dua kempen, 916 Gold Day dan Kempen Beli Barangan Malaysia menarik! Murni dah buat belian untuk Kempen Beli Barangan Malaysia dan dah dapat diskaun pun. Lepas ni nak tunggu 916 Gold Day pula sebab memang ada yang dalam wishlist Murni. Alang-alang dapat diskaun baik grab betul tak? Jom korang, beli belah sekarang. Kalau terlepas nanti rugi....hihihi



Maklumat Lanjut Tentang PGMall:


Website: 

Facebook: 

Instagram: 

Tiktok : 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #KempenBeliBaranganMalaysia #916GoldDay2021 #GoldDay


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang