Press Release - More than 70,000 new local MSMEs benefitted from Shopee 9.9 Super Shopping Day on the back of robust shopping activities

10:52 AM

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2021 - Shopee Malaysia menyaksikan permulaan yang rancak untuk musimmembeli-belah akhir tahun dan usaha berterusannya untukmemacu digitalisasi membuahkan hasil pada 9.9 Hari PembelianHebat iniIa melaporkan bahawa festival membeli-belahutamanya telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikrokecil dan sederhana (PMKS) tempatanbaharu yang menyertai jualan tersebut buat pertama kalinya.

 

Sementara itu, 50 PMKS tempatan teratas di platform - berdasarkan prestasi pendapatan dalam satu hari - masing-masing mencatatkan jualan purata berjumlah kira-kiraRM350,000 dalam pada rakyat Malaysia menyahut pendekatanutamakan barangan tempatan”.

 

Para penjual juga menyaksikan peningkatan jualan semasaMidnight Madness Sale dari 12 tengah malam hingga 2 pagiapabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali gandaberbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September.

 

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami berbesar hati dengan semangat dan sokongan padu bagi9.9 Hari Pembelian Hebat kami. Memandangkan kita masihsedang menghadapi wabak pandemik yang berlanjutan, kami berasa rendah hati dapat memainkan peranan dalammenyediakan platform bagi penjual tempatan untuk berhubungdengan pelanggan merekaLebih daripada ituia adalah satuinspirasi untuk melihat lebih daripada 70,000 peniaga tempatanbaharu mengambil bahagian dan menerima manfaat daripadakempen 9.9 kami tahun iniIni menunjukkan bahawa lebihbanyak perniagaan di Malaysia sedang mendigitalisasikanoperasi mereka. Kami berharap dapat membantu merekamemanfaatkan ekosistem dan sokongan pemasaran Shopee yang bersepadubagi merebut peluang pertumbuhan baharu dan menjangkau pelanggan yang mengutamakan saluran atas talianatau online-first.”

 

Bagi pihak pengguna pula, rakyat Malaysia telah mengambilpeluang untuk membeli pelitup muka - terutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual pada 9 September. Pelindung muka atau face shield dan sut PPE juga merupakan dua daripada barangan yang paling laris dibelimemandangkan usaha memerangi wabak Covid-19 masihberterusan

 

Pada masa yang samadengan ramai warga Malaysia yang kekalberhati-hati dan memilih untuk duduk di rumahkelambunyamuk magnetik DIY juga merupakan satu lagi produk yang banyak dijumpai dalam troli membeli-belahdengan lebih15,000 unit dijual. Rakyat Malaysia juga didapati sedangmemulakan hobi atau mempelajari kemahiran baharu sepertimengaitHasilnyalebih 4,000 unit benang kait telah dibeli

 

Shopee juga menyaksikan rakyat Malaysia semakin banyakmenggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudahselamat dan memberikan lebih nilaiDengan jumlah kedai luartalian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahunrakyat Malaysia juga mengambilpeluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabilamereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 senpada 9.9 Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me. Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus’s, KK Mart dan Tealive.

Di seluruh rantau: Shopee menyaksikan lebih daripada 45 jutabarangan dijual dalam masa 99 minit pertama jualan tersebut. Para pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa Midnight Madness Sale.

Penstriman langsung terus menjadi bahagian penting dalampengalaman membeli-belah atas talianDalam masa tiga minggusebelum menjelang 9 September, para pembeli telah menontonpelbagai rancangan penstriman langsung berbeza selama lebihdaripada 24 juta jam termasuk temu bual eksklusif bersamaJackie Chan dan persembahan menarik oleh kumpulan-kumpulan K-Pop terkemuka iaitu TWICE dan Secret Number.

 

Para pembeli juga meluangkan lebih banyak masa untukbermain permainan kegemaran mereka di Shopee Prizes. Salah satu permainan istimewa Shopee, Shopee Shake, bersertakan sentuhan bertema Jackie Chan yang uniktelah menjadikegemaran orang ramai dengan 440 juta goncangan direkodkanPermainan lain seperti Spin & Win dan Shopee Farm terusmendapat sambutan baik setelah dimainkan sebanyak 4.5 bilionkali secara keseluruhan sepanjang tempoh kempen.

 

Tambahan kepada ciri dalam aplikasi Shopee, para pembeli juga banyak berinteraksi dan mengambil bahagian dalam pelbagaicabaran yang menyeronokkan dan pemberian hadiah menarik di saluran media sosial Shopee dengan 70 juta interaksi secarakeseluruhan di seluruh rantau.

 

Pang menambah, “Kami berasa gembira dapat memberikanlebih banyak nilaipilihan, dan hiburan kepada para pembelidaripada keselesaan rumah mereka. Kami akan menyajikantawaran dan aktiviti yang lebih menarik untuk musim membeli-belah pada akhir tahun ini, dan akan terus membawakegembiraan kepada para pengguna melalui pengalamanmembeli-belah yang diperibadikanmenyeronokkan, dan bersifat sosial.”


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang